Tentang Diri

 

Assalammualaikum bagi yang beragama Islam dan Selamat sejahtera pada rakan-rakan sekalian. Kau boleh panggil aku Uzair sahaja.Ringkas dan mudah diingati, tapi susah nak sebut sikit.Lahir dan dibesarkan di Negeri Sembilan tetapi bukan anak jati. Ayah aku orang Perak dan Mak aku orang Melaka.PEKA. Aku memang peka dengan sekeliling. Buat masa sekarang, aku menetap dan bekerja di Melaka.

Nama sebenar aku ialah Ahmad Uzair Bin Ahmad Fuzi. Berumur 25 tahun dan sekarang bekerja di Jabatan Ketua Menteri, Melaka berstatus, tetap. Hidup aku semasa remaja bolehlah disifatkan sebagai happening. Diikutkan, aku seorang yang amat degil.Pernah aku melukakan hati mak aku semata-mata melawan cakapnya semasa mak aku menyuruh aku belajar dari menonton cerita Doraemon dan Gaban kerana UPSR telah dekat.

Pertama kali aku melihat mak aku mengangis kerana perangai aku dan dari situ aku terus tersentuh untuk tidak lagi melawan. Akhirnya, berkat doa mak dan ayah, aku mendapat 4A dalam UPSR. Kemudian, aku menyambung pengajian di Sek. Men. Keb. King George V, Seremban, N.S, sebuah sekolah elit di N9. Namun langit tidak selalunya cerah. Aku jadi buta kerana kawan-kawan dan akhirnya, semasa SPM, keputusan aku hanyalah sekadar dibibir longkang sahaja. Namun begitu, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM. Aku tahu, sekiranya aku belajar, aku akan pergi ke oversea mengikut rakanku yang lain.

Namun begitu, aku tidak patah hati. Hajat di hati aku ingin menjadi orang seni dengan band aku, Submerge, dianggotai oleh Mohd. Amir, Abdul Rahman, Mahathir dan aku sendiri sebagai gitaris dan vokalis. Kesibukan kerja dan perbezaan waktu hidup akhirnya membuatkan kami kandas. Band yang aku tubuhkan ini pada 1996. akhirnya berkubur dengan gahnya pada 2002. Melihatkan pada arus muzik perdana sekarang yang berbaur flavour indon, aku sebenarnya telah bermain muzik begitu semenjak 1998 lagi, dan idola aku pada masa itu adalah kumpulan Dewa. Sheila On 7 pun belum gah lagi namanya disini.

Aku pernah bekerja di macam-macam tempat yang selalunya melayu susah nak bertahan. Aku pernah jadi Pump Attendant di Shell, Petronas, Esso. BP je tak pernah. Kemudian, pernah bekerja di Cybercafe, dan jadi pencacai di kedai runcit Roshatika. Last sekali, di Printeam Advertising sebagai Account Manager. Tetapi, kenangan di Roshatika adalah yang paling lahanat sekali tetapi memberikan aku pengajaran yang paling aku ingati. Tidak perlu aku jelaskan disini.Hanya Allah sahaja yang bakal membalasnya.

Dan sekarang, aku bahagia dengan hidup aku, tetapi manusia tidak pernah puas bukan.Begitu juga dengan aku.Niat untuk mencipta dan menyanyikan lagu masih ada, cuma rupa yang membataskan ke konfidenan aku buat masa sekarang.Aku banyak belajar dari pengalaman hidup dan kepahitannya. begitu juga dari celah celah cinta dari internet dan sebagainya. Akan tetapi, aku juga sangat terbuka dengan pandangan orang lain dan dapat menerimanya.Bagi aku, tiada yang sempurna. Begitulah juga dalam mencari gadis pilhan untuk dibuat isteri. ” Percintaan suami isteri adalah perkongsian cinta diantara dua insan yang tidak sempurna, tetapi menjadi pelengkap antara satu sama lain”. Maksudnya, yang melengkapkan.Kau tidak akan dapat jumpa yang sempurna 100%.

Aku juga mencari duit di internet dan hasilnya, bolehlah untuk menanggung sewa rumah dan bil-bil aku.Tidak perlu aku nyatakan dimana, dan bagaimana, kau selaklah setiap celah keramat enjin carian di internet, kau pasti menjumpainya. Dan sekarang, aku bergiat dalam Design pula.Hobby barangkali.Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih pada semua yang sudi datang ke rumah sewa buruk aku ini.

Cara Menghubungi

Yahoo Messenger : alphagiga83

email: editor@miijoo.com