wordpress

Rahsia Bengkel Wordpress Oleh Catzer

Baiklah, hari ini, ada satu lagi review yang perlu disetelkan.Perlu diberi perhatian sekali lagi, bahawa review ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu mahupun atas influence disebabkan wang ringgit. Jadi, ianya adalah betul-betul tulus dan ikhlas dan aku tidak akan memihak pada mana-mana sekalipun.

Sebelum itu, apakah yang dikatakan tentang Bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh saudara saudari Catzer ini?

Bengkel Wordpress ini adalah untuk mereka yang mahu mengurangkan perbelanjaan memiliki dan menguruskan laman web serta mengetahui selok-belok untuk meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform Wordpress sebagai laman perniagaan anda.

Mungkin ramai di antara anda semua sudahpun tahu bagaimana untuk mengendalikan blog atau website dan sebagainya, dan diingatkan di sini, bahawa sasaran bengkel ini adalah kepada individu-individu atau pun organisasi-organisasi perniagaan yang mahu memperkenalkan perniagaan anda atau menjelmakan imej anda kepada prospek yang lebih meluas lagi.

Tahukan anda tentang pembinaan imej, merupakan satu faktor penting untuk anda mahupun perniagaan anda agar lebih dikenali dan juga membina satu trust yang amat penting di antara anda dan juga klien. Dengan adanya blog, ataupun laman perniagaan anda sendiri, ianya bakal memberikan impak yang lebih berkesan terhadap prospek perniagaan anda di mata bakal-bakal klien.

Walaupun ada banyak jenis CMS seperti Joomla, Drupal, PHPNuke, dan sebagainya, yang boleh dijadikan platform untuk anda memperkenalkan perniagaan anda, bagi pendapat aku sendiri, Wordpress merupakan satu platform yang lebih mudah dan efektif untuk semua orang, yang menjadikan masa itu merupakan input yang paling penting.

Kelebihan menggunakan Wordpress sebagai platform untuk membina laman web adalah:

1) Mudah diselenggarakan

2) Mempunyai banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menyesuaikan projek, atau perniagaan anda

3) Tidak memerlukan PHD atau master untuk diselenggarakan.

4) Mempunyai banyak ruang untuk di kembangkan dan mempunyai ribuan themes yang boleh digunapakai.

5) Ianya sangat mudah, dan senang untuk diintregasikan dan paling penting, user-friendly.

Ini adalah di antara kelebihan-kelebihan yang ada sekiranya anda merupakan pengguna Wordpress.Dan, lebih menarik lagi, anda semua boleh menjimatkan masa anda. Ada yang berkata, nak buat web ni free jer, dan boleh search kat Google.

Tapi tahukan anda, orang yang bijak adalah orang yang menghargai masa. Sekiranya anda yang tidak tahu apa-apa, saya sarankan anda untuk menghadiri bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh Catzer ini untuk menyingkatkan perjalanan pelajaran anda dan seterusnya menggunakan kelebihan masa itu untuk membina imej danĀ  brand anda seterusnya menjana pendapatan yang berkali ganda dari sebelumnya.

Saya amat menyarankan kepada sesiapa yang ingin mendalami bagaimana untuk menggunakan Wordpress sebagai platform CMS atau blog anda ataupun bagi membina jenama syarikat, Bengkel Wordpress anjuran Catzer ini adalah yang terbaik. Hanya dengan RM 290, agak murah jika dibandingkan dengan seminar0seminar lain yang hanya lebih kepada teori dan motivasi, bengkel ini lebih kepada hands-on.

Belajar sambil buat. Cara paling mudah dan berkesan untuk anda mempelajarinya. Mari rakan-rakan yang sudah frust dengan Blogstarz, hadiri bengkel ini dan pelajari apa tidak di ajar oleh Bos anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Uzairubiah[dot]com Sudah Pun Upgrade Ke 2.7

Aku mahu berterus terang. Aku amat suka dengan improvement yang dibuat oleh team Wordpress ni. Daripada simple dulu, sekarang features dia dah macam pro. Nampak lebih tersusun dan memberikan aku lebih kuasa untuk mengolah segalanya mengikut kesukaan. Disertakan juga video untuk kamu semua dari team wordpress. Selamat upgrade.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Wordpress 2.5.1 Bersedia Untuk Di Download


Wordpress telah mengeluarkan files versi 2.5.1 untuk diupgrade dan aku telah pun mengupdate blog aku ini kepada versi tersebut. Diberitakan bahawa jika kau mengupgrade kesmua files, ini bermakna kau akan dapat memperbaiki 70 bugs yang lain. Sari berita boleh didapat kan di sini.

Jadi kawan-kawan, mari kita upgrade version yang baru ini. Dan aku harap ianya dapat fixe bugs masa nak upload gambar, but still, xde perubahan. Anyway, aku notice tiada apa-apa lagi masalah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!