Melayu Boleh-Frasa Melayu Yang Boleh
- 10
- Add a Comment
Hmm..kalau hendak diceritakan pasal melayu boleh ni, sampai besok pun belum tentu habis lagi ceritanya.Tapi kali ini, cerita pasal melayu boleh ini adalah disebabkan aku join satu pertandingan SEO anjuran Saudara Inspiration yang mengumumkannya di Wangcyber dan juga Jombincang.
Bukan hadiah dia sangat yang aku nak kejar.Tapi, cuma nak test skill SEO aku yang dah berabuk ni, samada masih relevan atau tidak.Kalau dilihat di first page Google kalau kalian menaip perkataan melayu boleh, hampir 80% website itu adalah website atau laman web lucah.Seperti sudah sinonim pula keyword melayu boleh itu dikaitkan dengan aksi kelucahan melampau rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dan ini sangat memalukan.
Jadi, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk membersihkan laman-laman web lucah tersebut daripada 1st page di carian Google dan digantikan dengan laman-laman web atau blog yang bersih serta lebih relevan dengan semangat melayu boleh yang sebenar-benarnya.
Jadi, aku membeli domain blog melayu boleh untuk menyertai inisiatif mulia ini.Namun, sampai sekarang masih lagi berlaku masalah.Adutai.Tapi tidak mengapa.Aku tahu syarikat Hosting aku akan mengambil perkara yang sewajarnya.Masa yang sudahpun berlalu 5 hari yang lau, kini tinggal beberapa puluh hari sahaja lagi sebelum pertandingan tamat.namun aku tidak risau.
Jika niat yang baik dan juga asas SEO aku digabungkan, pastinya perkara yang menarik akan berlaku.Harapan aku agar, sekiranya aku tidak memenangi pertandingan SEO Melayu Boleh ini, sekurang-kurangnya, rakanrakan lain yang menyertai pertandingan ini akan dapat mencapai tujuan asal pertandingan ini diadakan.Oleh itu, kepada para bloggers yang membaca entry ini, diharap anda dapat memberi sepenuh sokongan anda tanpa berbelah bahagi diantara nafsu liar dan juga niat baik kami ini. Apa-apa pun, Melayu Boleh!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




