Menyiapkan Portal Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
Minggu ini,aku agak sibuk sedikit untuk menyiapkan portal Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka yang dijadualkan akan ke-udara pada 1 Januari 2009. Melalui Positive Media, syarikat yang telah aku tubuhkan sendiri pada April 2008,ini merupakan satu portfolio yang menarik untuk dihasilkan.
Selain menjana pendapatan melalui affiliate Market Leverage dan Clickbank, ini juga merupakan satu lagi sumber pendapatan yang dapat menambahkan lagi income untuk diri aku. Maaf sekiranya aku tidak dapat post something yang useful di sini buat sementara waktu. Dan aku mengharapkan sekiranya ada rakan-rakan di luar sana yang sudi membantu untuk menjadi blogger undangan dan post entry yang berguna di sini. Sekiranya kamu ada sesuatu yang menarik untuk disampaikan,silalah hubungi aku agar kita boleh berdiscuss dengan lebih detail.
E-book Affiliate aku pula juga akan dijadualkan sama dengan tarikh pelancaran Laman portal Upen iaitu 1 Januari 2009.Jadi anda di luar sana boleh bersedia pada tarikh tersebut. Harga e-book tersebut adalah RM 67 untuk 1000 yang pertama dan RM 97 untuk yang seterusnya. Ianya amat berbaloi dengan isi dan teknik yang aku ulaskan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Esok Aku Ada Perlawanan Futsal
August 5, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam
Buat kawan-kawan yang berada di sekitar Melaka atau lebih spesifik, Batu Berendam dan Ayer Keroh, bolehlah menonton perlawanan futsal kami di Sport Planet, Batu Berendam, pada pukul 9 malam esok. Perlawanan melibatkan pasukan aku, UPEN( Unit Perancang Ekonomi Negeri) dan pasukan dari PTG( Pejabat Tanah & Galian) Melaka Tengah.
Perlawanan berasaskan kalah bayar. Terkejut jugak aku memandangkan ini perlawanan pertama di antara kami dan mereka telah menjemput kami untuk friendly ini. Di beritahu oleh “insider” kami, mereka bermain dengan emosi dan pastinya, agak sukar untuk bertoleransi dengan sukan yang banyak melibatkan sentuhan seperti ini. Namun, ianya kami ketepikan di atas sikap professional kami dan sekiranya mereka melibatkan emosi dalam perlawanan esok, ianya di atas kelemahan mereka sendiri.
Sebenarnya, pasukan ini diasaskan melalui Team Respect, team sebelum ini dan Team UPEN ini adalah pasukan kedua kami dan baru diasaskan 3 hari yang lalu manakala Team PTG Melaka Tengah sudahpun terkenal.Apa-apa pun, perlawanan esok agak penting bagi kami untuk menilai kedudukan sebenar Team UPEN samada mampu mencabar jabatan kerajaan lain di Melaka.
Bagi saudara Zool, datanglah ke Bukit Berendam malam esok sekiranya kau ada kelapangan. Aku bukanlah star. Kaki bangku yang baru nak belajar menyepak bola. Jadi, keputusan perlawanan esok mungkin sudah aku jangkakan. Ha..ha.. Doakan kejayaan kami agar tidak dibelasah dengan teruk oleh mereka.
Update: Nampaknya perlawanan tersebut batal kerana Team PTG telah menarik diri kerana takut dibelasah teruk..apa daa…
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





