Cara Mudah Untuk Download Video Dari Youtube
AKu sebenarnya, dah lama nak tulis tutorial macam ni kat sini. Rasa macam dah terlalu lapuk pulak tips hari ini, tapi maybe ada yang diluar sana masih tidak tahu bagaimana nak download video dari top video site seperti Youtube, Dailymotion, CollegeHumor dan mahupun Mangga Tv. Selalunya kita diberitahu untuk menggunakan third party application dari laman web lain untuk download seperti Zamzar dan sebagainya.
Tetapi, lebih mudah rasanya sekiranya kita download sendiri video tersebut dengan satu klik tanpa cut and paste alamat URL yang sememangnya amat melecehkan. Aku menggunakan Real Player 11 untuk acara ini, jadi, segera download software ini sekarang di sini.
Selepas itu, download juga perisian ini untuk memudahkan kau convertkan file video itu tadi ke extension video yang lain seperti MP4, 3GP2 dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam handphone masing-masing mahupun sebagai collection.
Selepas semuanya telah di ” install ” kan, kita proceed pada bagaimana nak download video tersebut.Aku ingat, ingin menggunakan Rumah Tumpangan Sabul sebagai platform, tetapi aku agak aware dengan isu-isu dan sensitiviti di sini, so, aku hanya menggunakan Mangga Tv sebagai platform yang mudah.
Sekiranya kau jumpa video yang menarik dan ingin download video tersebut ke PC, hanya perlu menggerakkan cursor mouse kau ke video tersebut, dan akan terkeluar satu “link” di atas video tersebut yang perlu kau klik untuk download.Contoh seperti ini:

Mudah bukan? Klik dan seterusnya ia akan download video tersebut terus ke dalam library Real Player kau. Fail yang di download adalah .flv. Sekiranya kau ingin menukar extension video tersebut kepada 3GP atau lain-lain, gunakan Converter Media tadi. Setakat ini, aku dapat download hampir semua video di mana-mana video sites. Kebanyakan video sites menggunakan teknologi Flash Player sebagai platform teknologi mereka.
Jika ada sebarang masalah, jangan lupa untuk berinteraksi dengan aku disini, dan jangan lupa untuk subscribe feed aku untuk memudahkan kau menerima tutorial-tutorial lain yang akan datang.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Cara Mendapatkan Pengunjung Ke Blog Anda
Mulai hari ini, aku akan lebih serius dalam menulis setiap post di dalam blog ini agar apa yang dibaca, dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Salah satu perkara penting dalam dunia “blogging”, ialah bagaimana untuk mendapatkan pengunjung ke blod atau website kita. Apa yang ditulis, adalah dari pengalaman sendiri dan orang lain, serta dari penilaian semdiri terhadap perkara ini.
Sebelum kita bermula, perlukah kita mempunyai pengunjung yang banyak ke blog kita? Tidak perlu untuk aku mengulas lebih lanjut tentang itu. Apalah guna sekiranya kita mempunyai blog, tetapi tiada pengunjung untuk berinteraksi bersama.
Percuma
1. Komen dan Komen
Jangan jadi macam katak bawah tempurung.Sekiranya kita mahu orang datang ke blog dan komen tentang apa yang kita tulis dan suarakan, tinggalkan juga komen pada rakan-rakan blogger yang lain. Tinggalkan komen yang bernas dan bukan secara membabi buta. Ia adalah percuma tetapi mengambil sedikit masa. Kau boleh mulakan dengan satu list sebanyak 20 - 30 blog yang perlu kau baca setiap hari, dan tinggalkan komen disitu setiap hari.
2. Tinggalkan Alamat Laman Web Di Forum
Ini juga adalah salah satu daripada cara yang mudah.Sekiranya kau aktif di dalam sesuatu forum, pastikan kau letak alamat laman web atau blog kau di profile agar setiap kali kau post sesuatu, kemungkinan para pengunjung akan melihat dan datang ke blog kau. Pastikan juga apa yang kau tulis di dalam forum tidak merepek.
3. Gunakan Social Networking
Berapa banyak social sites yang kau aktif? 3,4 ataupun 5? Friendster, FaceBook,Myspace,LinkedIn dan sebagainya? Gunakan platform ini sebaik-baiknya. Potensi untuk para pengunjung hadir ke blog kau adalah lebih besar dari jangkaan sekiranya kau menggunakan platform ini dengan sebetulnya. Gembar-gemburkan blog kau disitu, dan pasti kau akan terkesima dengan hasilnya.Lagipun, ianya percuma.
4. Buat Themes Sendiri Dan Edarkan
Cara ini agak sukar untuk diaplikasi, tetapi membawa impak yang lebih besar.Yang pastinya, sekiranya kau pandai dalam design dan coding, cara ini adalah anugerah untuk kau yang mahir.Sekiranya themes yang kau buat itu menarik serta menawan, aku pasti ramai yang teruja dan pasti menggunakannya. Tetapi, yang tidak mahir untuk membuat themes sendiri, ada juga jalan yang lain.
5. Buat Entry Yang Berguna Dan Tiada Had Masa
“Create timeless content” dalam english. Anggaplah kau seperti vokalis sebuah kumpulan yang sekarang berada dihadapan pentas untuk menghiburkan peminat. Fokuskan minda kau ke arah itu. Dan pastinya kau akan menulis dengan lebih baik agar setiap pengunjung yang datang berasa terhibur dan tidak lupa tentang persembahan kau nanti.Walaupun ia sudah bertahun lamanya, ia tetap diingati.
6. Buat Entry List Yang Menarik
Cuba kau luangkan masa untuk listkan 50 blog yang memberi inspirasi di Malaysia seperti Sabahan lakukan. Ataupun, 20 Rakyat Malaysia terkaya di bawah umur 25 tahun.Pastinya ia mendapat liputan meluas dari rakan blog serta rakan media yang lain. Walaupun ia agak sukar dan mungkin mengambil masa yang banyak, tetapi “linkbait” adalah sesuatu yang cukup hebat serta dapat mempopularkan blog kau lebih cepat.
Berbayar
1. Iklan dan Iklan
Pengiklanan. Apa lagi yang dapat aku terangkan. Iklankan blog kau dan pastikan kau ada budget untuknya. Tidak salah untuk mengeluarkan duit sekiranya kau malas untuk buat saranan aku di atas tadi dan jika kau inginkan kesan yang cepat. Iklankan blog kau di 10 blog yang agak popular mengikut budget kewangan yang ada, dan pastikan kau telah bersedia dengan content yang menarik untuk pembaca yang datang nanti. Untuk mengelakkan duit kau terkubur atau hangus sahaja tanpa apa-apa kesan yang menarik, iklankan blog kau di blog yang related ataupu hampir sama dengan content di blog kau sendiri.
2. Berikan T-Shirt Percuma
Branding amat penting sebenarnya. Keluarkan RM 400, design satu logo dan T-shirt kau sendiri. Edarkan secara percuma kepada pembaca. Ataupun lebih best lagi, pastikan kau membuat satu contest di dalam blog.Dan berikan T-shirt percuma kepada pembaca yang menang. Kau akan menang dua perkara. Pengunjung serta branding.
3. Buatkan Pertandingan Dan Hadiah
Lebih kurang sama dengan yang di atas, keluarkan sedikit wang untuk membeli hadiah, dan buatkan satu pertandingan di blog kau. Pastikan hadiahnya juga adalah lebih menarik daripada berus gigi atau spender koyak kau. Berikan nilai kepada pembaca, dan pembaca akan memberi nilai kepada blog kau kembali.
4. Gajikan Designer Untuk Blog Kau
Cari designer yang mengikut kemampuan kau, buatkan satu themes yang menarik untuk blog kau. Dan jangan lupa untuk buatkan ia dalam dua versi, satu untuk kau dan satu lagi untuk muatturun pembaca. Pastinya kau akan dihargai oleh pembaca kau sendiri nanti.
Sekiranya Kau Sudah Cukup Popular
Jangan lupa untuk berterima kasih kepada setiap pembaca setia kamu. Pastikan mereka rasa dihargai. Balaslah setiap komen mereka.Buatkan mereka rasa sedang berinteraksi. Ada yang malas nak jawab komen pembaca mereka.Katanya, ianya terlalu banyak dan naif. Sekiranya begitu, lebih baik kau jangan blogging.Sape cakap blogging ini mudah.Ianya memerlukan kepala yang sedikit biol dan lain dari yang lain. Dan jangan lupa, subscribe blog aku ini. Bukan susah sangat. Jangan lupa datang ke sini setiap hari. Aku hargai kedatangan kau semua.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






