Keperluan Pertama Dan Statistik

June 16, 2008 by uzair  
Filed under Tips Dan Trick

Ini adalah entry tentang berkenaan dengan blog ini, tetapi lebih mendalam sedikit tentang bagaimana aku akan memulakannya. Aku tidak mahu berlagak pandai dalam perkara ini, dan segala apa yang diaplikasi, adalah semata-mata dari rujukan dan hasil pengalaman aku sendiri sebagai seorang blogger sebelum ini.

Aku telah menetapkan bahawa, untuk membawa blog ini ke satu tahap yang lebih dari apa yang ada sekarang, ianya perlulah ada satu rujukan asas atau tapak yang ingin boleh dijadikan indicator dalam benchmarking. Jadi, aku telah pun mengambil langkah pertama dengan meletakkan skrip Google Analytics untuk blog ini. Aku memilih servis ini kerana ianya lebih reliable dari Awstats dan yang lain-lain. Sebagai alternatif, aku menggunakan WP- Stats yang disediakan oleh Wordpress sendiri.

Google Analytics

- Secara kesimpulannya, ia adalah satu online servis yang disediakan oleh Google kepada webmaster untuk menganalisis setiap details,keywords, dan behavior pengunjung yang datang ke website anda dan ianya tidak terhad pada blog dan website sahaja. Malah statik html serta landing pages juga boleh menggunakannya.

Telah dimaklumkan bahawa, meletakkan skrip Google Analytics ini akan melembabkan sedikit kadar loading sesuatu blog, jadi aku telahpun mengambil solution dengan meng”install”kan beberapa plugin yang telah disediakan oleh Wordpress( aku menggunakan Wordpress sebagai pelantar).

Aku memilih untuk menggunakan plug-ini WP Super Cache yang akan bertindak untuk melajukan sedikit kadar loading blog ini. Satu lagi cara yang aku implementkan untuk melajukan kadar loading blog ini adalah dengan melimitkan kadar post yang akan dipaparkan pada muka utama blog ini kepada 5 post sahaja berbanding 10 post sebagai default sebelum ini.

Aku juga telah membuat benchmark sendiri untuk kadar loading blog sebelum dan selepas improvisasi. Sebelum improvisasi, kadar loading blog adalah purata dalam 8-9 saat.(Setiap benchmark di uji 3 kali untuk kesahihan). Dan kadar selepas improvisasi adalah 5-6 saat. Jadi, ada dua saat berharga bagi diri aku untuk tidak kehilangan visitor dengan begitu cepat.Seperti yang kita seida maklum, kadar seseorang purata pengunjung baru, kita hanya ada 8 saat untuk menarik perhatian mereka sebelu mereka beredar dan improvisasi sebanyak 2 saat adalah amat bernilai bagi case studies ini.

Dan, aku juga telah menyebelahkan wang sebanyak RM 100 sebagai permulaan yang kecil untuk blog kecil ini bergerak ke satu tahap yang lain. Dan untuk makluman, ianya akan digunakan untuk kos pengiklanan blog ini selain dari trafik percuma dari search engine. Aku sedang meneliti beberapa profil blog yang mempunyai statistik pengunjung yang sesuai dengan blog ini, serta kadar traffic sesebuah blog itu.

Aku memilih untuk tidak terlalu teruja dengan kadar trafik yang tinggi, tetapi tidak berkualiti. Objektif di sini adalah untuk cuba menarik dan capture seberapa ramai pembaca setia dan dengan itu, aku menggunakan Feedburner sebagai statistik. Buat masa sekarang, aku tidak akan memaparkan Ticklet Feedburner tersebut sehinggalah ianya mencapai sekurang-kurangnya, 200.

Jadi, buat masa sekarang, aku mengumpulkan statistik blog ini sendiri sebagai asas dan rujukan terlebih dahulu. Aku juga telah menetapkan untuk membuat satu page baru tentang bagaimana untuk memulakan sebuah blog(berasaskan Wordpress) dari asas sehingga ke bagaimana menguruskannya. Sekurang-kurangnya, ia bakal menyelamatkan beberapa lagi RM yang bakal anda terbangkan dalam dunia Open Source ini. Tetapi, jika anda tidak mahu mengambil pusing tentang wang anda dan mahu solution yang cepat, dan mudah, beli sahaja Panduan Wordpress ini atau bayar seseorang untuk membuat satu blog untuk anda.

Jumpa Lagi.

*Adv : Catzer adalah salah seorang IM yang boleh membantu anda membuat blog anda sendiri dengan mudah dengan bayaran yang berpatutan.*

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!