Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia
April 7, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam, Personal
Hari ini, aku terpanggil untuk bercerita tentang perniagaan Monsun Biz ini, yang pastinya telah menjadi agak popular dan maafkan aku jika ayat aku agak terkurang ajar kali ini. Aku bukan mahu biadap, tetapi kadang-kala ia perlu untuk membukakan minda sempit kebanyakan rakyat malaysia.
Dari apa yang aku tahu mengenai perniagaan ini, ia adalah seperti portal perniagaan seperti Lelong, dan juga eBay yang kita sedia maklum tentang kadar pengunjung yang tinggi serta kepopularitiannya.Dan pendatang baru, Mudah.com.my juga tidak kurang hebatnya.
Dari apa yang diberitahu oleh Mohd Ismail di dalam blognya, akan ada pula rancangan realiti TV bertajuk ” Ubah nasib bernama Nora”. Geli hati juga aku mendengarnya.Wah, sudah semakin rancak nampaknya. Apa yang aku kesalkan ialah, sebenarnya, orang yang buat perniagaan ini sebenarnya tidak tahu apa pun tentang perniagaan internet. Kalau ada pun, aku rasa berdasarkan dari cakap-cakap orang dan pastinya ia amat basic sekali. Aku tidak mengatakan ianya scam, kerana plannya tidak menunjukkan ianya scam, tetapi sekadar tidak masuk akal sama sekali.
Aku tidak mahu berkata apa-apa tentang design website ini, yang pastinya amat tidak professional sekali jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang telah mereka terima setakat ini. Apalah salahnya jika mereka mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menaiktaraf atau membina portal perniagaan yang lebih baik serta meyakinkan untuk pengunjung. Kalau kau tiada orangnya, aku pasti Bob boleh bantu ye Bob?
Satu lagi ialah kadar pengunjung yang bertandang ke laman portal itu sendiri? Rasa hendak menangis aku melihat graf pengunjung mereka jika hendak dibandingkan dengan portal perniagaan malaysia yang lain.Kau lihat sendiri,
Di manakah monsun.biz.com? Untung berjuta hanya untuk kantung sendiri.Apalah salah sekiranya kau menggunakan kembali duit itu untuk ditaburkan di Adwords, Adcenter atau Yahoo Search Marketing? Bukan hanya di dada-dada akhbar picisan yang hanya tahu mengambil untung pengiklanan tanpa mengetahui kesan dan baik buruk pengiklanan tersebut terhadap pembacanya. Aoa kejadahnya dengan surat khabar kita sekarang?
Konsep Perniagaan
Konsep yang paling sampah pernah aku dengar. Kau bayar RM50,000 dan kau akan terima 20,000 lot panel yang akan kau jual kembali sebanyak RM 50 seunit. Masalahnya disini, adakah kau tidak berfikir dahulu tentang apa yang kau beli itu. Kau pergi sendiri di laman web mereka, dan kenal pasti sendiri keboidohan kau disitu. Dan yang paling aku terkejut, masih ada yang mampu membayar jumlah sebanyak itu. Nescaya jika kau berikan pada aku, aku mampu membuatkan satu portal yang lebih menarik dari mereka dan menjanjikan jumlah pengunjung yang lebih ramai dari apa yang mereka berikan, dan nilainya pun tidak sampai kepada jumlah yang kau laburkan itu serta, kau mempunyai portal kau sendiri.Bukan portal orang lain yang kau terpaksa beli dan sewa kembali.
Kesalnya aku kerana rakyat Malaysia sering diperbodohkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang tahu mengambil peluang tentang kelemahan orang lain. Bukan mahu membantu, tetapi lebih memburukkan keadaan lagi.Sesiapa rakyat Malaysia yang ada membaca post aku ini, harap kau semua sedar tentang perkara ini. Tolonglah, hentikan benda-benda macamni.Aku sudah muak.
*update*
Website Monsun-Biz sedang diupgrade.Pada permerhatian dahulu, hanya sedikit sahaja product yang ada di dalamnya.Dan selepas 3 hari pengumuman, dari pemerhatian website mereka sekarang sudah tidak ada lagi list barangan yang biasanya kita nampak. Semuanya telah menjadi kosong.Mungkin dia nak letakkan lebih banyak lagi didalamnya.Penipuan bakal berlaku selepas ini.Website masih boleh di akses di alamat ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





