Kenapa RTM Selalu Lembab Dalam Arus Perdana

April 21, 2008 by uzair  
Filed under Review

Aku sebenarnya baru sahaja selesai menonton rangcangan Blog pukul 8.30 tadi di Tv1.Ada aku dengar pasal ni di blog MohdIsmail, jadi rasa teringin pulak untuk melihat apa yang dibincangkan dan yang bertuah sekali, panel yang dijemput adalah saudara Kadir Jasin kita.So, aku rasa, ia pasti menarik.

Ternyata telahan aku benar sama sekali. Soalan-soalan yang diujakan kepada panel kita tadi, memang agak panas telinga juga didengar. Ianya banyak kepada seolah-olah memberi satu persepsi yang buruk kepada blogger dan blog, sebagai mediumnya. Yang membuatkan aku ingin ketawa adalah, apabila pihak yang bertanya soalan menanyakan soalan yang amat menunjukkan dirinya amat naif sekali pengetahuannya.

Pertanyaan seperti, adakah blog sesuatu yang baru? Ini yang membuatkan aku marah. Sepatutnya, adakah blog sesuatu yang baru dalam kamus hidup dirinya? Ya, itu memang amat tepat sekali. Aku amat sedih dan kecewa dengan pertanyaan-pertanyaan yang amat tidak sama sekali mengujakan aku.

Blog, blogger, merupakan istilah yang terlalu lama. Sekiranya kau berkahwin dan mempunyai anak yang sudah masuk dalam darjah 1, begitulah juga usia blog dan blogger. Cuma, kedaifan teknologi komunikasi, internet serta tahap keterbukaan Malaysia dalam perkara ini, yang membuatkan kebanyakan rakyat kita tertinggal dalam perkara-perkara seperti ini.

Blog, merupakan sesuatu medium komunikasi. Dan blogger merupakan pihak yang menggunakan blog sebagai platform untuk berkomunikasi. Samada kita sedar atau tidak, pihak akhbar utama, kebanyakannya, lebih terarah dalam menghentam blog dan para blogger.Dan ini yang menyebabkan persepsi masyarakat Malaysia terhadap blog adalah amat buruk dan dangkal sekali.

Kita selalu dijajakan dengan cerita blogger yang menghentam sana-sini, dan menghentam kerajaan. Sedangkan peratus blog yang sebegitu tidak sampai 0.01 peratus di Malaysia. Dan seperkara lagi, ramai dulu masyarakat dan ahli politik yang menghentam blogger sudah mula ada blog sendiri. Selamat datang ke dunia binatang dan goblok. Aku mahu tunggu sekiranya Zainuddin ada “balls” nak buat blog.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!