rahsia clickbank

Buat Duit Dengan Clickbank

aomcb12

Meminjam screenshot Alan, tiada yang mustahil dengan clickbank. Hanya kesabaran dan kesungguhan sahaja yang boleh membuatkan samada kita berjaya atau tidak.Buat sesiapa yang ada membeli produk buat duit di internet namun masih belum berjaya,bukan ebook itu yang membantu anda, tetapi usaha anda sendiri yang akan menentukannya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bonus Rahsia Clickbank-Update

Baiklah, selepas semalam aku cuba untuk conquer keyword “bonus rahsia clickbank” ini, akhirnya, ia memberi keputusan yang positif pada hari ini, walaupun ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk berada di dalam serp, iaitu lebih kurang 3 jam dari masa mula-mula post aku dipublishkan.

Aku mengambil kira ranking di Google.com dan juga di Google.com.my. Keputusannya adalah:

1) Google.com = Ke 16
2) Google.com.my = Ke 5

Ranking yang aku maksudkan adalah bukan kepada domain, tetapi kepada page Bonus Rahsia Clickbank yang aku post semalam. Jadi, setakat pada hari ini, keputusannya adalah memberangsangkan tanpa melakukan banyak kerja untuk link building dan sebagainya.

Fokus utama aku semasa menulis adalah menulis untuk dibaca oleh visitors, bukan untuk bots-bots dari search engine.Jika diperhatikan ranking aku di Google.com .my , pages-pages yang berada di atas aku merupakan pages yang dari social site dan juga forum.

Perkara yang paling penting mengikut pengalaman aku dalam SEO(walaupun aku agak malas untuk SEO) adalah, membuatkan Google merasakan page atau website/blog korang, relevan dengan keyword yang korang cuba aim. Ia sebenarnya tidaklah sesusah mana. Perlukan sedikit usaha untuk improvekan page dan blog masing-masing.

Perlu diingat, aku masih lagi tidak menggunakan direktori untuk submit page BonusRahsia Clickbank ini. Semuanya menggunakan teknik yang free dan yang biasa ko dengar di mana-mana blog dan juga forum. Untuk berlaku adil, aku menetapkan selama 7 hari bermula dari semalam, untuk aku rank first dalam keyword “bonus rahsia clickbank” ini.

Dan objektifnya juga, bukan untuk rank tempat pertama dalam masa 2,3 hari, tetapi dalam jangkamasa yang lama. Jadi, sekurang-kurangnya, ia akan membuktikan, samada teknik yang aku pelajari selama ini,tetapi aku tidak gunakan sangat, berkesan atau tidak.

Jumpa esok saja!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bonus Rahsia Clickbank

Salam, sudah agak lama juga aku tak postkan apa-apa di sini.Jadi aku mengambil keputusan untuk cuba mendominasi keyword “bonus rahsia clickbank” yang aku rasa, aku ingin cuba. Ianya bermula dari thread di Wangcyber di sini oleh, Skywalker8085, dan aku dengan rasa rendah diri, ingin mencuba method aku di sini, dan juga untuk membuat live testimonial tentang percubaan ini juga.

Objektifnya adalah, aku ingin page bonus rahsia clickbank dari blog aku ini, yang dapat rank. Bukan dari hubpages, squidoo ataupun digg. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk review sedikit apakah “Bonus Rahsia Clickbank” yang diceritakan.

Bonus Rahsia Clickbank yang dikatakan adalah, cabang satu produk yang berpandukan untuk menjana pendapatan bagi pembeli  Rahsia Clickbank tempoh hari. Jadi, apakah produk yang dikatakan?

Produk ini, yang domainnya adalah Rahsia Clickbank Yang Terlarang, memfokuskan tentang “Bagaimana Untuk Mendapat First Page di Google” dengan menggunakan teknik dan juga langkah yang mereka akan bongkarkan. Jadi, ini merupakan teknik Search-Engine-Optimization atau akronim mudah SEO yang dijanjikan akan dapat membantu website atau blog anda untuk ranking first page dalam Google dalam masa 24 jam, sekiranya anda betul-betul mengikut langkah yang disediakan.

Produk tersebut masih lagi dalam peringkat draft dan belum lagi bersedia untuk dikeluarkan buat masa ini. Sekiranya korang semua ingin memantau proses produk ini, boleh sahaja terus ke thread di wangcyber ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa tujuan entry ini adalah bukan untuk mempromosi produk [bonus rahsia clickbank] ini, tetapi adalah salah satu cabaran yang ingin aku lakukan untuk mencuba teknik aku sendiri dalam mendominasi keyword tersebut.

Sekiranya ada apa-apa persoalan, anda semua korang semua bolej sahaja menggunakan ruangan Contact page aku untuk bertanyakan info dan maklumat.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!