Personal

Entry Tegang Menegang Dan Tertegang

Phew..agak lama juga aku tidak hapdet blog ini. Rasa rindu pulak untuk menaip menggunakan jari-jemariku yang tough ini. Minggu ini, aku agak sibuk sedikit(alasan..). Selain daripada membeli HTC TyTN II, aku juga berkira-kira ingin membeli kereta.Di saat ini, Persona SE menjadi pilihan.

Rasanya, tak salah kalau aku ingin membeli kereta baru.Tapi kadang-kadang, terfikir juga mana aku nak letakkan kereta ini nanti. Argh..itu semua bukan masalah.Pandai-pandailah aku usahakan nanti. Jadual juga akan sibuk sekarang ini dengan Coaching Affiliate serta manage business aku sendiri. Sampai tak perasan aku dah lebih seminggu aku tak hapdet post baru.

Macam-macam cerita politik 2 bukit 1 batang yang akhirnya telah dimenangi bukitnya oleh Barisan Alternatif dan mcm biasa, Batang di menangi oleh Barisan Nasional. Fikir logik pun, Batang memang lemah bile nampak bukit yang mengkal. Tu yang jadi tak keruan tu.Ha.ha.Tidak mengapa. Persetankan seketika.

Setakat ini, kehidupan kembali stabil. Setelah berbulan aku cuba schedule kan waktu aku ini agar lebih proper. Akhirnya, jadual hidup kembali seimbang semula. Hari ini, aku nak pegi main futsal. So, sape nak join? Pastikan team yang dibawa cukup hebat untuk bertarung sebab aku teringin team kami dibelasah pula.Ha..ha..Gurau..Jumpa saje di entry yang alin kemudian.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Hari Sabtu-Apa yang Kamu Buat

Hari sabtu bagi kebanyakan orang kerajaan macam aku, pastinya merupakan saat yang indah.Namun, di Jabatan Ketua Menteri melaka, ianya tidak seperti itu. Boleh jadi hari ahad pun kamu masih menghadap kerja yang berlambak di pejabat.

Tapi, telah aku nyatakan di sini, bahawa aku ingin membuat perkara lain dari kerja di pejabat oleh kerana aku perlukan sesuatu yang dapat menyegarkan minda aku kembali ke paras normal. Iaitu, berjalan menghayati dan memerhatikan tingkah laku manusia di jalanan. Selain itu, aku juga ingin mencuci beberapa gambar untuk koleksi serta menggunting bulu di rambut(bukan di kotey ye) kerana inginkan kelainan sedikit dari biasa.

Semalam aku agak kepenatan dan aku masuk tidur awal untuk bangun secara luarbiasa awal pagi ini iaitu pukukl 4 pagi. Masa tidurku sudah berlainan rentak sekarang.Kalau dahulu,tidur tanpa cukup 12 jam sehari akan membuatkan aku kurang waras membuat hala tuju hidup hari-hari.Keadaan sudah berubah, 5 jam sehari sudah mencukupi bagi aku sekarang.

Di rumah, kebiasaannya aku akan melepak menonton DVD atau menghayati rancangan Discovery atau National Geographic untuk penambahan ilmu, selain menonton rancangan sukan di sebelah malamnya. Sambil menghirup kopi dan berkain pelikat, secara amnya, aku masih tegar jejaka melayu maskulin. Tiada boxer atau G-String. kain pelikat sudah cukup memberahikan seoarang wanita melayu yang akan cuba berfantasi tentang apa yang bakal dilihat olehnya di sebalik celahan kain itu.hahaha..

Baiklah kawan-kawan semua, aku perlu menyelesaikan apa yang dirancang pada hari sabtu ini.Adios..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kisah Kontraktor dan Pegawai Majlis Perbandaran

Tersebutlah kisah yang dikatakan berlaku di sebuah Majlis Perbandaran di sebuah negeri di pantai timur.

Kontraktor : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh,lagu mano gak caro dia?

Pegawai:lagu ni..mula-mula wat pele(pelan) dulu.

Kontraktor : Pele?Ambo ado doh!

Pegawai: Mano?kalu ada wat tubikla kawe nok tengok.

Kontraktor : Errr!Tok leh!Tok leh!

Pegawai: Bak po tok lehnyo,cepatla wat tubik!

Kontraktor: Kalo dok tengok dok leh ko?

Pegawai: Tol lehla!!!kawe nak lulus luluh gano kalu kawe dok tengok!!!?

Konraktor: Eh!Ambo ghoyat doh ambo malu nok tunjuk.

Pegawai: Malu bakpo pulok?Pah tu bawak pele wat gapo kalu tok sir tunjok? 

Kontraktor: Ehhh!malu la nok tunjok,pele ambo kecik!

Pegawai: Laa..kecik pun takpo kalu cukup syarat.Kalu dok tunjok,kawe nok sain lulus lagu mano?

Kontraktor: Nok wat tubik nok tunjok kat mano?orghe ramai nih..malu ambo!Malu ambo weh!!

Pegawai: La,tak apo..nak malu ko gapo?Wat tubik letok atah meja kaunter ni pun buleh.Cepatlah,kawe ada khija lain lagi nih!Sibuk benar nih,kena pehe la!

Kontraktor: Hoh..ambo wat tubik dah ni..cepatla tengok..!

Pegawai: Ya Rabbi(sambil melompat terkejut)buke pele ni!!!

Kontraktor: Tula ambo dah ghoyak tadi kan?Pele ambo kecik,demo nak jugok tengok!

Pegawai: Laaaaa..buke pasal kecik besornyo!Maksud kawe pele bangune(pelan bangunan)

Kontraktor: La!Kawe ingat pele ni..kalu pele bangune ado la dale beg ni!Tak ghoyak pun pele bangune..mana ambo tahu.

Pegawai: Kawe ingat demo pahe.Hok dok mari doh pun dok jadi lagu ni.

ha..ha..bolehlah untuk dijadikan santapan gelak ketawa aku di saat-saat tegang time buat kerja..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!