perniagaan internet

Satu Gambar Membawa Seribu Makna

Hari ini, aku agak bosan untuk menulis apa-apa dan agak sibuk sejak kebelakangan ini. Jadi, aku ambil peluang untuk letakkan gambar je lah kat sini. Daripada aku biarkan blog ini kosong tanpa ada apa-apa content.Nanti kamu semua bosan. ataupun kalau aku post lagi korang bosan? lantaklah kan.

market-leverage1

Bukan banyak sangat pun duit tu ye tak? Ada banyak Internet Marketer kat Malaysia ni yang buat duit gile-gile kat Clickbank, CJ semua. Aku biasa-biasa je. Kalau rasa-rasa nak jadi affiliate dengan CPA offers, sila sign-up sahaja menerusi Market Leverage ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Seminar Perniagaan Ebook Oleh Mohd Suhaimy

Salam, terlebih dahulu, aku minta maaf kerana mungkin kali ini, entry di dalam blog ini lebih menjuruskan kepada review produk-produk hasil dari IM tempatan. Namun, aku ada alasan tersendiri untuk membuat review yang aku rasakan perlu. Dan untuk makluman, aku tidak mendapat hasil sesen pun dari review ini, dan kebanyakan link affiliate yang ada adalah melalui link sahabat aku sendiri iaitu Catzer.Jadi, aku hanya menolong kawan-kawan.

336x280 Seminar Perniagaan Ebook

Baiklah, entry kali ini adalah untuk memberi ulasan terhadap “Seminar Perniagaan Ebook” oleh saudara Mohd Suhaimy a.k.a. Shuth yang juga merupakan di antara IM Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan internet. Sebelum itu, adalah lebih baik sekiranya, kita mengenali terlebih dahulu, sedikit sebanyak tentang diri beliau.

Mohd Suhaimy, atau lebih dikenali sebagai Shuth di dunia internet, sudahpun berkecimpung hampir 3 tahun di dalam perniagaan internet. Dan ironinya, pada bulan Ogos tahun 2008, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melibatkan diri sepenuh masa dengan aktiviti perniagaan online yang diceburi.

Beliau juga terkenal dengan produk-produk yang dikeluarkan sebelum ini iaitu, MasKahwin.com, SempoiHosting.com, RahsiaBlogger.com, SetBersalin.com, RahsiaKambing.com, CadarShop.com, dan juga MyPermataHati.com. Selain itu juga, beliau merupakan pemilik forum perniagan internet yang terkenal di Malaysia iaitu Wangcyber.com yang diasaskan pada tahun 2005. Dan setelah hampir 4 tahun, forum tersebut sudahpun menjadi satu trademark yang unggul bagi sesiapa yang ingin mengetahui asas-asas perniagaan internet.

Baiklah, apa yang ada dalam Seminar Perniagaan Ebook ini?

Seminar perniagaan ebook ini adalah satu lagi hasil buah tangan beliau dalam membantu anda semua bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet.

Mungkin ada sesetengah di antar anda sudahpun mengetahui apakah maksud memjana pendapatan dari perniagaan ebook ini. Namun, sebenarnya, tidak semua mengetahui cara dan langkah-langkah yang sebaiknya dalam bentuk penghasilan sesebuah ebook, pemasaran, dan juga proses transaksi yang berkesan.

Jadi, di dalam seminar ini, saudara Shuth akan menjimatkan masa anda semua dalam mencari segala maklumat dalam merealisasikan impian anda untuk mengeluarkan produk ebbok anda sendiri dan beliau juga akan berkongsi segala-galanya dengan anda bagaimana dia melakukan segala proses tersebut yang memberikan pendapatan sebanyak 5 angka setiap bulan untuk beliau.

Sekiranya anda mendaftar untuk menghadiri seminar perniagaan ebook ini, ada juga layak untuk mendapatkan beberapa bonus yang menarik yang disediakan. Diantaranya adalah:

1) Ruangan Forum Eksklusif – Hanya Layak Untuk Peserta Seminar

2) Persian EWriter Pro Yang Bernilai RM 67

3) Template Ebook Yang Unik- Dihasilkan Sendiri Oleh Shuth

4) eCover Action Script- Untuk Menghasilkan Ecover Ebook Anda

5) MinisiteTemplate – Untuk Mengiklankan Ebook Anda(Fail juga diberi dalam bentuk.psd)

6) Video Panduan Mereka Bentuk Website

7) Pakej Sistem Affiliate

8) Webhosting Percuma Selama Setahun- Di SempoiHosting.com

9) Pengiklanan Percuma Selama Sebulan Di Forum Wangcyber.com

Pendapat saya tentang semua bonus yang disediakan ini adalah sangat menarik kerana ianya adalah di antara produk dan servis yang perlu anda ada bagi menghasilkan ebook anda sendiri sehingga ke proses promosi dan seterusnya.

Adakah ianya berbaloi?

Baiklah, saya tidak akan rekemenkan sesuati yang tidak berguna di dalam blog saya untuk pembaca-pembaca di blog ini. Tidak kiralah samada saya dibayar atau tidak, setiap ulasan saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana atau sesiapa sahaja.

Pendapat saya untuk seminar ini adalah, ianya amat bagus sekali! Dengan adanya bonus yang relevan untuk seminar ini, saya boleh mengatakan, seminar ini tidak akan menjadi sia-sia. Sekiranya anda semua ingin menjana penapatan melalui ebook, tetapi masih lagi terawang-awang mencari maklumat, saya menyarankan agar anda menghadiri seminar perniagaan ebook ini. Saya berani mengatakan, ianya sangat berbaloi untuk duit anda.

*p.s. Perlulah diingatkan disini, bahawa saya tidak terikat dengan Shuth ataupun sebaliknya, malah dia juga tidak menghubungi saya untuk membuat ulasan ini. Ulasan ini dibuat, berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan kualiti perkhidmatan dan juga produk yang diulaskan.Oleh itu, jangan ada di antara anda semua menganggap, saya cuba untuk mengambil hati atau memuja “otai-otai” IM ini. Harap maklum.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bonus Rahsia Clickbank-Update

Baiklah, selepas semalam aku cuba untuk conquer keyword “bonus rahsia clickbank” ini, akhirnya, ia memberi keputusan yang positif pada hari ini, walaupun ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk berada di dalam serp, iaitu lebih kurang 3 jam dari masa mula-mula post aku dipublishkan.

Aku mengambil kira ranking di Google.com dan juga di Google.com.my. Keputusannya adalah:

1) Google.com = Ke 16
2) Google.com.my = Ke 5

Ranking yang aku maksudkan adalah bukan kepada domain, tetapi kepada page Bonus Rahsia Clickbank yang aku post semalam. Jadi, setakat pada hari ini, keputusannya adalah memberangsangkan tanpa melakukan banyak kerja untuk link building dan sebagainya.

Fokus utama aku semasa menulis adalah menulis untuk dibaca oleh visitors, bukan untuk bots-bots dari search engine.Jika diperhatikan ranking aku di Google.com .my , pages-pages yang berada di atas aku merupakan pages yang dari social site dan juga forum.

Perkara yang paling penting mengikut pengalaman aku dalam SEO(walaupun aku agak malas untuk SEO) adalah, membuatkan Google merasakan page atau website/blog korang, relevan dengan keyword yang korang cuba aim. Ia sebenarnya tidaklah sesusah mana. Perlukan sedikit usaha untuk improvekan page dan blog masing-masing.

Perlu diingat, aku masih lagi tidak menggunakan direktori untuk submit page BonusRahsia Clickbank ini. Semuanya menggunakan teknik yang free dan yang biasa ko dengar di mana-mana blog dan juga forum. Untuk berlaku adil, aku menetapkan selama 7 hari bermula dari semalam, untuk aku rank first dalam keyword “bonus rahsia clickbank” ini.

Dan objektifnya juga, bukan untuk rank tempat pertama dalam masa 2,3 hari, tetapi dalam jangkamasa yang lama. Jadi, sekurang-kurangnya, ia akan membuktikan, samada teknik yang aku pelajari selama ini,tetapi aku tidak gunakan sangat, berkesan atau tidak.

Jumpa esok saja!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!