Update:Monsun Biz

Hari ini, desas desus tentang design terbaru untuk laman web Monsun Biz akhirnya timbul. Setelah beberapa hari site monsub biz ini tidak dapat diakses, aku akhirnya dapat menjelajah ke alam design monsun biz yang baru dengan color scheme biru muda yang menarik. Tahniah aku ucapkan atas usaha mereka untuk menggunakan duit yang ada bagi mengupgrade design website mereka dahulu yang kelihatan seperti budak-budak. Dan kali ini, nampak lebih kepada moden, style dan web 2.0.
Cuma apa yang aku tidak berapa berkenan adalah mereka masih mengekalkan logo “monsun mereka” itu yang bagi aku, tidak sesuai dengan perniagaan juta-juta diorang. Dan masih mengekalkan flash. Bagi aku, flash tidak menimbulkan masalah, cuma ianya membuatkan page loading mereka agak lambat dan amat tidak disukai oleh web crawler.
Satu kejujuran dari aku, aku suka dengan perubahan ini, tetapi bukan bermakna aku menyokong mereka. Jikalau ada Vice President atau CEO dari MIRSB yang membaca blog aku ini, aku mengharapkan agar segala plan dulu, serta merepek di ikuti software BossMailer yang terkenal dengan spamnya itu, ditarik balik dan di improvisekan.
Antara cadangan aku sebelum monsun biz melangkah lebih jauh.
1) Dapatkan kadar traffic yang tinggi lebih dahulu ke portal anda sebelum menjual apa-apa di dalamnya.
2) Jadikan ia portal perniagaan yang free untuk rakyat Malaysia
3) Hire seseorang yang tahu apa itu perniagaan internet dan berpengalaman. Pecat Puan Nora!
4) Menerima pandangan orang lain yang lebih mengetahui dan jangan jadi bodoh sombong.
5) Dan kalau mereka terlalu banyak duit, beli Lelong.com.my, Mudah.com.my.Intergratekan kedua-dua ini dalam monsun biz. Bina satu network yang besar untuk jangka panjang online advertising yang cemerlang.
6) Create satu widget bagi blogger untuk dipaparkan ke dalam blog dan bayar komisen sekiranya ada jualan yang datang dari mereka.
Sebenarnya, market yang monsun biz cuba explore ini adalah sangat competent sekali. Cuma idea yang unique, huge base visitors, dan marketing yang berkesan akan menjadi penentu hidup atau tidak portal mereka ini. Namun, aku tidak merasakan yang mereka mampu membuat begini. Itupun jika diaorang dapat tangkap apa yang aku cuba ceritakan. So, you still sucks then.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Mari Jumpa Aku Kalau Tidak Puas Hati-Lihat Siapa Yang Bacul
April 13, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam, Personal

Mari kita baca komen dari uzairubiahbodoh ini sebelum kau mengulas lebih lanjut.
uzairubiahbodoh
Ini lah penyebabnya kenapa orang Melayu tak maju-maju. Baru naik sikit adeee jer yang potong stim. Korang tahu tak bagaimana orang putih, cina dan india boleh kaya berbanding dengan korang orang melayu?? Cuba lah kaji sikit,.. jangan main sedap cakap jer,.. kaji betul2,.. dengar dari mulut orang yang dah buat duit. Aku nak tanya,.. sejak korang main internet ni,.. dah berapa juta korang buat?? Kalau sekadar bayar bil internet pun x lpas jangan cakap besarlah. Korang lulusan mana?? Kalau lulusan univrsiti bodoh sombong,.. memang patutlah dok merapu dalam blog ni. Be professional. Tak puashati,.. call kami di nombor yang tertera di akhbar atau datang sendiri ke pejabat kami.
Yes.Amat kelam kabut sekali komen yang diberikan.Tahniah aku ucapkan kepada “makhluk” ini yang akhirnya berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan bisnes merapu yang mereka jalankan. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi datang ke blog aku ini. Yang keduanya, kerana sudi tidak meninggalkan nama sebenar di dalam komen box aku.

Beginilah saudara,
1. Aku bukan setakat dengar cakap orang, malah aku pernah pergi monsun biz punya talk dan seminar sebulan yang lepas, dan dari pengalaman aku dan dari lulusan universiti bodoh sombong aku ini, memang monsun biz ini adalah satu perniagaan internet yang paling merapu sekali pelannya dan hanya dieksploitasi oleh orang-orang seperti kamu yang memang tidak tahu apa sebenarnya perniagaan internet ini pada asasnya. Dan yang menjadi mangsa adalah orang-orang Malaysia yang kurang faham tentang perniagaan di internet ini. Aku nasihatkan saudara agar jangan bersilat lidah sekiranya anda sendiri tidak mengerti apa yang anda cakapkan.
2. Aku tahu bagaimana orang India dan Cina lebih maju. Ternyata soalan kau itu sangat merendahkan martabat diri sendiri dan cuba membuatkan aku seperti budak yang baru nak kenal dengan dunia perniagaan internet ini. Bangsa lain maju kerana mereka tidak malas seperti bangsa kita. Mereka berusaha berbulan-bulan, malah bertahun-tahun baru mendapat hasilnya.Tetapi bangsa kita semuanya ingin cepat,Ingin cepat jadi kaya, ingin cepat nak tunjuk kat orang kita kaya sedangkan kau juga menipu duit orang lain. Kau beli lot dan kau sewa kat orang lain.Apa yang mereka dapat? Jangan kau cuba untuk menafikan yang ada pihak lain juga yang sudah tidak puas hati dengan monsun biz ini dan ia datang dari orang kau sendiri. Nak aku temukan.Sila datang berjumpa dengan aku sendiri, ataupun kalau ingin lebih meriah lagi, mari kita berdebat bersama-sama di siaran langsung televisyen. Aku amat teruja untuk bertemu saudara yang memberi komen ini dan memberitahu kepada seluruh rakyat malaysia tentang perniagaan ini sebenarnya.
3. Sejak main internet berapa aku dapat? Kau nak lihat buku akaun aku? Sila jumpa aku di NO.10, Jalan Puncak 3, Taman Puncak Bukit Katil, 75450, Bukit Katil, Melaka. Aku harap, selepas kau lihat berapa jumlah yang aku buat di internet ini, kau boleh berfikir kembali tentang apa yang kau lakukan sekarang. Aku hanya mengeluarkan RM 2,100 sebagai modal sepanjang 3 tahun aku aktif di internet ini. Dan ya, aku membayar sebanyak RM 188.00 untuk Streamyx 2 MB aku. Belum pernah lagi sangkut pembayarannya.
Sebenarnya saudara, aku sangat suka dengan kehadiran kau di blog aku ini. tetapi, asah dulu pemikiran kau sebelum bertarung atau berdebat dengan aku. Kau boleh panggil seberapa ramai panel monsun biz kau untuk buat satu debat dengan bloggers. Dan aku juga boleh kumpul beberapa blogger yang prolofik di Malaysia yang membuat duit di internet. Mungkin kau buat sebanyak RM 20000 sebulan,mahupun berapa saja jumlah yang kau cuba war-warkan, tetapi blogger di Malaysia juga ada mempunyai pendapatan sebanyak USD 10000 hingga USD 30000 sebulan, dan ia dalam USD wahai kawan. Yang paling penting, pendapatan itu datang dari hasil pengiklanan yang pofessional dan tidak menipu orang lain, serta design website dan blog mereka, 100 x lebih cantik dan teruja dari monsun biz itu sendiri.
Sebelum aku menamatkan post ini, aku harap, sokongan dari pihak blogger lain untuk sama-sama kita menamatkan segala spekulasi tentang monsun biz ini.Benda - benda seperti ini yang sebenarnya memberi persepsi buruk kepada orang ramai di Malaysia, tentang apa itu perniagaan internet yang sebenarnya.
*update : Ahli monsun biz yang tidak puas hati
Monsun Biz perniagaan mengarut
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


