monsun biz

Review Jujur Untuk Blogstarz | Karl Iskandar

Hari ini, aku terpanggil untuk menulis tentang Blogstarz.my, sebuah portal komuniti yang diasaskan oleh Syarikat Tager Media Sdn. Bhd, dan di bawah anak Syarikat Oversea Delight Group Company yang mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang IT ini.Diasaskan pada 31 Ogos 2008, mereka mendakwa bahawa mencatat keuntungan RM 500,000 sebulan.

Dan sekarang telahpun mempunyai user seramai lebih dari 10,000 ribu, maka secara puratanya, mereka telahpun membuat duit yang banyak dari portal mereka ini. Dan kepada Karl Iskandar, Founder atau lebih tepat, orang belakang bagi Puan Nora Monsun Biz, harap anda mengambil input positif dari review ini.

Pertama sekali ialah, bagi aku, ini merupakan idea yang menarik, walhal, ia telah lama pun diasaskan oleh Blogmas.com tidak lama dahulu.Cuma, mungkin saudara Karl lebih pandai dalam bagaimana untuk membuat revenue model bagi Blogstarz.Infact, aku tabik dengan skill marketing dan branding beliau.

Blogstarz ini, bagi aku, tidaklah scam atau apa benda yang kebanyakan blogger lain pernah katakan dalam blog masing-masing. Namun, secara jujurnya, implikasinya dan juga natijah dari portal ini, bukanlah sesuatu yang menarik. Kebenarannya ada dalam setiap tulisan blogger-blogger lain tentang Blogstarz ini. Cuma, adakah pihak Blogstarz ini betul-betul berniat untuk membantu masyarakat dalam menjana pendapatan dari internet, atau ingin mengkayakan lagi kantung masing-masing? Lihat apa terjadi dengan Monsun Biz tahun lepas? Anda semua boleh nilaikan sendiri.

Berkenaan dengan sistem yang dikatakan RM 10,000 yang digunakan pihak BlogStarz, rasanya kamu semua mampu untuk buat lebih dari apa yang kamu buat di Blogstarz sekarang ini. Themes dan Layoutnya terlalu “childish” dan nampak seperti sesuatu yang tidak siap. Adakah kamu terlalu terburu-buru dengan pelancaran produk kamu ini? Berdasarkan dari komen-komen di blog lain, jelas dan nyata bahawa Blogstarz ini tidak akan kemana dan akan mulai merudum pada tahun ini, seiring dengan domainnya sendiri yang akan berakhir pada 19 Ogos 2009.

Bagi syarikat yang mempunyai suntikan modal sebanyak 5 juta dan revenue model syarikat yang berasaskan portal dan blog untuk menjana pendapatan, selayaknya anda update domain anda untuk 3 atau 4 tahun kehadapan. Ambil ini sebagai kritikan bernas. Mungkin saudara Karl pandai dalam membina brand dan melakukan marketing besar-besaran, namun aku tidak hairan sekiranya ia mendapat suntikan modal yang besar untuk melakukan semua itu.

Dan diberitakan juga bahawa, blogger-blogger yang berdaftar di Blogstarz boleh menjana pendapatan dengan Referral Program dan juga Clickshare. Namun, untuk click ads sesama sendiri bukanlah satu etika yang baik. Aku tidak pasti samada pihak Blogstarz sendiri yang menyuruh mereka membuat begitu, namun sikap ini membunuh advertiser. Sekiranya saudara Karl tidak pernah membuat arahan sedemikian, alangkah baiknya jika akaun-akaun user anda yang berperangai sedemikian ditamatkan.

Dan maafkan saya saudara Karl, selepas perenggan ini, saya agak biadap. samada saudara ingin terima kritikan ini atau tidak, terpulang kepada anda.Berikut adalah komen dari founder Blogstarz, Karl Iskandar di blog Bob sebelum ini:

Assalamualaikum semua. Saya sebagai founder blogstarz amat berbesar hati dengan komen anda semua dan utk pengetahuan blog anda semua dalam perhatian kami dan juga pihak berkuasa. Saya juga telah membuat report kepada pihak berkuasa keatas semua blogger yang terlibat untuk menjatuhkan blogstarz dan akan menyaman sesiapa juga blogger yang cuba menabur fitnah terhadap kami. Anda semua jangan risau IT forensik pun dah mula memantau semua blog anda. Saya masih lagi boleh dibawa berbincang. Kalau anda semua tak tahu apa yang di bayar oleh semua orang di blogstarz dan kenapa makin ramai yang menggunakannya, ianya adalah kerana sistem yang kami berikan berharga lebih dari RM10,000. Saya mengajak anda semua ke pejabat dan cuba berbincang dengan saya secara telus. Terima kasih kepada semua yang menyokong blogstarz.my

Dan satu lagi

untuk pengetahuan semua. Blog mohdismail.net adalah blog yang pertama akan dikenakan tindakan mahkamah kerana cuba membuat tuduhan melulu dan juga menabur fitnah kepada orang ramai. Kalau anda semua disini juga ingin mengikuti beliau, silakan. Saya tidak akan berdiam diri, saya akan menggunakan pihak berkuasa dan berwajib untuk memantau segala tidak tanduk orang yang ingin menjatuhkan anak melayu sendiri. Inilah yang dikatakan sudahlah bodoh sombong pulak tu. Jangan ingat kita pandai, ada lagi yang lebih pandai dari kita. Sedarlah wahai anak melayu, tiada siapa yang akan tolong kita kecuali bangsa kita sendiri, tapi ini tidak. Kita jugalah cuba menjatuhkan anak bangsa kita sendiri. Nauzubillah minzalik

Aku tidak pasti samada benar itu adalah Saudara Karl, namun, komen anda itu jelas menunjukkan siapa yang bodoh dan sombong. Bangsa melayu memang jelas tidak tahan dengan kritikan. Anda tidak layak membodohkan seseorang yang mempunyai nama yang agak besar dalam dunia Blogging di Malaysia seperti saudara Mohd Ismail. Dan sekiranya kamu ini anak melayu, jadi, tolonglah bangsa melayu betul-betul. Bukan dengan cara membuat duit di atas angin sahaja. Lihat blogger yang berdaftar di Blogstarz tersebut dan bandingkan kualitinya. Hampir 80% memceritakan benda yang sama dan tidak ada apa-apa manfaat dan maklumat yang boleh diambil.

Sistem sebegini, sememangnya hanya akan bertahan sementara sebelum pengguna-pengguna anda sendiri yang akan memberontak seperti mana berlaku pada Monsun Biz. Dan kenapa perlu bayar kepada akaun Puan Nora dan jikalau membuat bayaran melalui tager media juga perlu include id Puan Nora? Hmmm..Ya, kamu memang pandai mengambil peluang ke atas budak-budak baru yang teruja dengan terma buat duit dengan internet ini. Adakah kamu jujur mahu membantu melayu? Maka sahut cabaran saya sekarang.

  • Ubahkan sistem blog anda menggunakan wordpress yang lebih menarik, secure, dan juga fleksibel.Blog anda kelihatan seperti profiles friendster sahaja.
  • Dan juga listkan blog-blog berdaftar dalam kategori.
  • Hapuskan sistem click ads sesama sendiri.

Berikut merupakan komen dari Ali Setan di post Mohd Ismail.

buat ape ada blog yg dpt hitz tggi spt blog cik ismail ni tp x mendtgkn hsil..sy akan mmbawa kesemua bloger blogstarz akan hentam cik ismail.. blogger semua ada dlm 10 ribu org.. jgn risau ramai yg akan dtg tgk hitz yg x mendatangkn hasil ni.. kalu bleh buktikan la brpe cik ismail untung dr blog yg xmendatangkan apa2 hasil ni!!!!!!! huhuhu sbb nak hit tinggi tabur fitnah kat periuk nasi org lain TAK MALU!!!!!!!!!

Dan lagi dari Rajablog

kalo wordpress guna style blogstarz macam mana? kalo myspace guna cara blogstarz macam mana? kenapa blogspot tidak menggunakan cara sebagaimana blogstarz?

sudah tentunya ini adalah pertama kali yang dilakukan oleh blogstarz. kalah pendapatan otai internet orang puteh nampak gayanya.

boleh belajar buat blog dan guna blog (blog ke? )secara percuma. siapa yang bagi semua itu untuk belajar IT. konsep sebenarnya adalah memberikan bantuan untuk pembelajaran IT sambil tambah pendapatan.

Demmit! Ini cerita lawak dari orang yang kata ada business 50 juta dan mempunyai pendapatn RM 17 k dengan Blogstarz. Dengan sini RajaBlog(Raja???), Blogstarz bukan yang pertama,malah nak dibandingkan dengan Blogspot, Wordpress, dan juga Myspace, langsung tidak sepadan. Dari komen kau pun aku dah boleh agak peribadi kau ni. Cerita gebang je lebih. Ingat blogger macam kami ini tidak ada pendidikan ker? Bodoh sangat ke kami?

Ada business 50 juta, tapi ada masa pulak spamming komen orang dan buat perniagaan yang kau sendiri yang akan berasa ragu-ragu tentang masa depannya. bagi businessman macam kau yang dah buat juta-juta ni, jangan jadi bullshit. Cakap tidak sama dengan fakta.Berikan fakta baru bercakap. Orang yang berpengalaman tinggi dalam business seperti kau tidak mungkin akan mempunyai kualiti seorang leader seperti ini.

Dan bagi sesiapa warga Blogstarz yang tidak puas hati,seperti biasa dalam kes Monsun Biz dulu, boleh sahaja datang di rumah aku di no.10, taman puncak bukit katil, 75450, bukit katil, melaka. Dan ini no phone aku, 013-2548255 dan ini no phone rumah, 06-2318750. Boleh jumpa.Tidak ada masalah. Nak tengok pendapatan ke, nak borak-borak ker, atau nak bincang ke, tiada masalah. Aku sangat open. Nak saman, samanlah.

Negara kita ada undang-undang dan aku pun tahu undang-undang. Nak charge aku fitnah, silakan. Buat rugi duit guaman je nanti. Aku counter attack dengan “misleading information” punya civil. Kalau tak tahu, pergi bukak buku. Kalau dulu ada belajar business law, kau pasti dah biasa dengar. Jangan cakap je, aku sambut kedatangan kamu dengan mesra. Jangan risau. Salam kritik dari aku, Ahmad Uzair Bin Ahmad Fuzi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Update:Monsun Biz

Monsun Biz

Hari ini, desas desus tentang design terbaru untuk laman web Monsun Biz akhirnya timbul. Setelah beberapa hari site monsub biz ini tidak dapat diakses, aku akhirnya dapat menjelajah ke alam design monsun biz yang baru dengan color scheme biru muda yang menarik. Tahniah aku ucapkan atas usaha mereka untuk menggunakan duit yang ada bagi mengupgrade design website mereka dahulu yang kelihatan seperti budak-budak. Dan kali ini, nampak lebih kepada moden, style dan web 2.0.

Cuma apa yang aku tidak berapa berkenan adalah mereka masih mengekalkan logo “monsun mereka” itu yang bagi aku, tidak sesuai dengan perniagaan juta-juta diorang. Dan masih mengekalkan flash. Bagi aku, flash tidak menimbulkan masalah, cuma ianya membuatkan page loading mereka agak lambat dan amat tidak disukai oleh web crawler.

Satu kejujuran dari aku, aku suka dengan perubahan ini, tetapi bukan bermakna aku menyokong mereka. Jikalau ada Vice President atau CEO dari MIRSB yang membaca blog aku ini, aku mengharapkan agar segala plan dulu, serta merepek di ikuti software BossMailer yang terkenal dengan spamnya itu, ditarik balik dan di improvisekan.

Antara cadangan aku sebelum monsun biz melangkah lebih jauh.

1) Dapatkan kadar traffic yang tinggi lebih dahulu ke portal anda sebelum menjual apa-apa di dalamnya.

2) Jadikan ia portal perniagaan yang free untuk rakyat Malaysia

3) Hire seseorang yang tahu apa itu perniagaan internet dan berpengalaman. Pecat Puan Nora!

4) Menerima pandangan orang lain yang lebih mengetahui dan jangan jadi bodoh sombong.

5) Dan kalau mereka terlalu banyak duit, beli Lelong.com.my, Mudah.com.my.Intergratekan kedua-dua ini dalam monsun biz. Bina satu network yang besar untuk jangka panjang online advertising yang cemerlang.

6) Create satu widget bagi blogger untuk dipaparkan ke dalam blog dan bayar komisen sekiranya ada jualan yang datang dari mereka.

Sebenarnya, market yang monsun biz cuba explore ini adalah sangat competent sekali. Cuma idea yang unique, huge base visitors, dan marketing yang berkesan akan menjadi penentu hidup atau tidak portal mereka ini. Namun, aku tidak merasakan yang mereka mampu membuat begini. Itupun jika diaorang dapat tangkap apa yang aku cuba ceritakan. So, you still sucks then.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mari Jumpa Aku Kalau Tidak Puas Hati-Lihat Siapa Yang Bacul

Monsun Biz Scam

Mari kita baca komen dari uzairubiahbodoh ini sebelum kau mengulas lebih lanjut.

uzairubiahbodoh

Ini lah penyebabnya kenapa orang Melayu tak maju-maju. Baru naik sikit adeee jer yang potong stim. Korang tahu tak bagaimana orang putih, cina dan india boleh kaya berbanding dengan korang orang melayu?? Cuba lah kaji sikit,.. jangan main sedap cakap jer,.. kaji betul2,.. dengar dari mulut orang yang dah buat duit. Aku nak tanya,.. sejak korang main internet ni,.. dah berapa juta korang buat?? Kalau sekadar bayar bil internet pun x lpas jangan cakap besarlah. Korang lulusan mana?? Kalau lulusan univrsiti bodoh sombong,.. memang patutlah dok merapu dalam blog ni. Be professional. Tak puashati,.. call kami di nombor yang tertera di akhbar atau datang sendiri ke pejabat kami.

Yes.Amat kelam kabut sekali komen yang diberikan.Tahniah aku ucapkan kepada “makhluk” ini yang akhirnya berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan bisnes merapu yang mereka jalankan. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi datang ke blog aku ini. Yang keduanya, kerana sudi tidak meninggalkan nama sebenar di dalam komen box aku.

IP Bacul

Beginilah saudara,

1. Aku bukan setakat dengar cakap orang, malah aku pernah pergi monsun biz punya talk dan seminar sebulan yang lepas, dan dari pengalaman aku dan dari lulusan universiti bodoh sombong aku ini, memang monsun biz ini adalah satu perniagaan internet yang paling merapu sekali pelannya dan hanya dieksploitasi oleh orang-orang seperti kamu yang memang tidak tahu apa sebenarnya perniagaan internet ini pada asasnya. Dan yang menjadi mangsa adalah orang-orang Malaysia yang kurang faham tentang perniagaan di internet ini. Aku nasihatkan saudara agar jangan bersilat lidah sekiranya anda sendiri tidak mengerti apa yang anda cakapkan.

2. Aku tahu bagaimana orang India dan Cina lebih maju. Ternyata soalan kau itu sangat merendahkan martabat diri sendiri dan cuba membuatkan aku seperti budak yang baru nak kenal dengan dunia perniagaan internet ini. Bangsa lain maju kerana mereka tidak malas seperti bangsa kita. Mereka berusaha berbulan-bulan, malah bertahun-tahun baru mendapat hasilnya.Tetapi bangsa kita semuanya ingin cepat,Ingin cepat jadi kaya, ingin cepat nak tunjuk kat orang kita kaya sedangkan kau juga menipu duit orang lain. Kau beli lot dan kau sewa kat orang lain.Apa yang mereka dapat? Jangan kau cuba untuk menafikan yang ada pihak lain juga yang sudah tidak puas hati dengan monsun biz ini dan ia datang dari orang kau sendiri. Nak aku temukan.Sila datang berjumpa dengan aku sendiri, ataupun kalau ingin lebih meriah lagi, mari kita berdebat bersama-sama di siaran langsung televisyen. Aku amat teruja untuk bertemu saudara yang memberi komen ini dan memberitahu kepada seluruh rakyat malaysia tentang perniagaan ini sebenarnya.

3. Sejak main internet berapa aku dapat? Kau nak lihat buku akaun aku? Sila jumpa aku di NO.10, Jalan Puncak 3, Taman Puncak Bukit Katil, 75450, Bukit Katil, Melaka. Aku harap, selepas kau lihat berapa jumlah yang aku buat di internet ini, kau boleh berfikir kembali tentang apa yang kau lakukan sekarang. Aku hanya mengeluarkan RM 2,100 sebagai modal sepanjang 3 tahun aku aktif di internet ini. Dan ya, aku membayar sebanyak RM 188.00 untuk Streamyx 2 MB aku. Belum pernah lagi sangkut pembayarannya.

Sebenarnya saudara, aku sangat suka dengan kehadiran kau di blog aku ini. tetapi, asah dulu pemikiran kau sebelum bertarung atau berdebat dengan aku. Kau boleh panggil seberapa ramai panel monsun biz kau untuk buat satu debat dengan bloggers. Dan aku juga boleh kumpul beberapa blogger yang prolofik di Malaysia yang membuat duit di internet. Mungkin kau buat sebanyak RM 20000 sebulan,mahupun berapa saja jumlah yang kau cuba war-warkan, tetapi blogger di Malaysia juga ada mempunyai pendapatan sebanyak USD 10000 hingga USD 30000 sebulan, dan ia dalam USD wahai kawan. Yang paling penting, pendapatan itu datang dari hasil pengiklanan yang pofessional dan tidak menipu orang lain, serta design website dan blog mereka, 100 x lebih cantik dan teruja dari monsun biz itu sendiri.

Sebelum aku menamatkan post ini, aku harap, sokongan dari pihak blogger lain untuk sama-sama kita menamatkan segala spekulasi tentang monsun biz ini.Benda – benda seperti ini yang sebenarnya memberi persepsi buruk kepada orang ramai di Malaysia, tentang apa itu perniagaan internet yang sebenarnya.

*update : Ahli monsun biz yang tidak puas hati

Monsun Biz perniagaan mengarut

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!