Aktiviti Hari Sabtu Dan Jumpa Pocong-Ngeri Siyol
- 9
- Add a Comment
Hari sabtu hari tu, merupakan hari yang paling ngeri pernah berlaku dalam hidup aku. Actually, hari tu, aku juga amat sibuk menghadiri majlis kenduri kahwin kakak kepada Rina dan Suehainny bersama rakan baik iaitu Miji, Abg. Naz, Amir, Wan. Kami tiba agak lewat dari yang dijadualkan kerana terpaksa melayan kerenah si Miji yang ingin kelihatan hensem di majlis perkahwinan tersebut. Alangkah malangnya kerana kami sampai pukul 3.30 petang dan kebanyakan aweks telah pun pulang dengan keluarga masing-masing. Damn!
Selepas makan-makan dan berborak sedikit, kami terus pulang dengan hati yang hampa. Nasib baik SUehainny bagi hadiah yang aku sendiri langsung tak jangka. Katanya, special untuk seseorang yang dia hargai dalam hidup dia. Yang lain dia bagi keychain. Alah, cover le tuh. Aku tanya diorang, takde pun dapat keychain. Tapi hadiah tu telahpun dirembat oleh seorang lagi gadis comel bernama Rabiatul Adawiyah, ringkasnya, Adah.Hu.Hu.Hu. Tidak mengapa. Jangan buat lap hingus sudahla.
Balik dari majlis kenduri kahwin, aku dan abg. Naz meneruskan aktiviti kami untuk keluar bersama Yana dan Adah. Actually, aku hanya ikut jer sebab yang nak keluar sebenarnya adalah abg Naz.Ehem..skandal dengan Adah. Baguslah macam tu. Berkenal-kenalan. Aktiviti kami di petang itu dimulakan dengan menonton cerita Hancock di Dataran Pahlawan. Ya, filem tu best bagi aku. Dapat banyak nilai-nilai hidup yang akan aku aplikasikan dalam diri lepas ni. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Gadong untuk menjamu selera di sebuah restoran Yong-Tau-Fu yang agak famous. Aku tak pernah pun pergi situ dan pengalaman kali pertama, well, not bad. Selepas membiarkan abg naz dan Adah untuk lebih bermesra, jam dah pun menunjukkan pukul 10.30 malam dan kami ada perlawanan futsal pada tengah malam itu.
Kami bergegas pulang untuk bersiap dan tertidur sebentar disebabkan kepenatan. Tepat pukul 12 malam, kami pergi ke rumah Yana dan Adah untuk menjemput mereka menonton kami bermain futsal. Agak terlewat sedikit dari jadual yang kami rancangkan sebenarnya. Ingatkan nak pergi ke rumah Suehainny untuk membalas balik hadiah yang dia bagi kat aku petang tadi. Tapi pasal aku ni jahat, aku tak mahu mengganggu rumah family orang lewat malam. Niat tu aku tunda pada hari Ahad.
Sampai jer kat Sport Planet di Klebang, Melaka, team futsal aku pun bersiap-siap dengan lagak ala-ala ’star player’ dengan mengambil masa terlalu lama menukar pakaian. Sebelum itu, Adah dan Yana mencabar Abg Naz sekiranya team kami kalah, kami terpaksa membelanja diorang dan begitulah sebaliknya. Aku tak pandai main bola, apatah lagi menendang. Orang yang kaki bangku macam aku ni sepatutnya tidak layak berada di dalam team tersebut. Namun, kami tetap menang tipis 7-6. Ha.ha.ha.
Nampaknya, gadis-gadis tersebut terpaksa membelanja abg naz disebabkan kalah pertaruhan. Perjalanan diteruskan ke sebuah restoran yang kalau tidak silap, berhadapan dengan Ocean( bus station lama). Faiz, mengikut kami untuk ber yam-seng bersama-sama. Tidak banyak story yang aku nak bagi disebabkan kami hanya berbual kosong dengan mata dan badan yang amat penat.
Lepas makan, kami terus menghantar minah-minah comel tu balik rumah. Dalam perjalanan balik, lokasinya ialah di Jalan Hospital Pantai Puteri, kami dikejutkan dengan satu insiden yang memang betul-betul tak boleh bla. Jalan tu sebenarnya dah banyak kali aku lalu sorang-sorang sebelum ini dan tidak pernah ada berlaku benda pelik-pelik.
Dalam kerancakan kami berborak tentang keseronokan Abg. Naz keluar dengan Adah, aku dikejutkan dengan satu refleks spontan dari abg Naz dengan raut wajah yang terkejut dan penuh dengan ketakutan. Dia mencuit aku untuk memandang kehadapan. Aku pula, dengan penuh kehairanan, terus memalingkan muka ke arah jalan. Shit! Aku nampak sesuatu benda putih berbungkus terbaring di tengah jalan yang aku ingatkan pada mulanya ialah kertas atau plastik ikan. Jarak pada masa itu adalah 70 meter. Aku fokus lagi untuk lebih dekat sebab aku memang tidak puas hati kalau tak tengok betul-betul.
Jarak pada masa itu adalah 30 meter dengan kelajuan kereta 40 km/h. Kali ini, aku tenung betul-betul. Aku pakai spek mata dan….Damn! Terus meremang bulu roma aku. Astaga! kenapalah aku diuji macamnih. benda berbungkus itu adalah pocong. Dengan lilitan di kepala dan kaki yang masih lagi kemas dan bergerak-gerak sedikit. Terasa jantung aku berhenti berdegup sekejap. Dengan tingkap kereta yang tidak pula aku naikkan, rasa meremang itu makin kuat, risau kalau-kalau ia bergolek-golek di sebelah kereta.
Kami terus membuat U-Turn untuk kembali melalui jalan terbabit dan apa yang kami lihat, ianya dah hilang. Shit! Aku mengambil keputusan untuk tidak balik ke rumah dahulu kerana risau sekiranya benda itu mengikut kami. Kami terus pergi ke Subaidah di MITC untuk rehat sebentar sehingga azan Subuh sebelum pulang.
Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 6 pagi. Mandi, terus solat dan akhirnya terbaring penuh ketakutan. Aku pula tidak dapat tidur nyenyak kerana badan aku panas. Kalau kamu semua hendak tahu, aku dah banyak kali jumpa benda tu sejak dari kecil lagi dan bomoh yang pernah mengubat aku pernah mengatakan yang umur aku mungkin tidak panjang. Aku tidak percaya kerana segala benda hidup dan mati adalah ketentuan dari Allah S.w.t.
Apa yang aku nampak itu,mungkin satu peringatan kepada aku. atau mungkin juga hint dari Allah sendiri untuk aku beringat. Jadi, bagi sesiapa yang pernah terasa dengan kata-kata aku, aku ingin meminta maaf daripada kamu semua. Dan bagi gadis-gadis yang sayang kat aku tapi tidak mahu meluahkan perasaan, aku suggest kamu semua luahkanlah segera sebelum terlambat. Sekurang-kurangnya, kamu telahpun meluahkan apa yang terbuku di hati, dan aku juga mengetahui perasan kalian. InsyaAllah.
ps* add aku kat YM korang : alphagiga83
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




