Tuesday, March 17th, 2009
by uzair
Mengikut sumber terkini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam telah dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno hujung bulan ini setelah didapati bersalah kerana melanggar peraturan pemilihan Umno. Sementara itu, calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin pula hanya diberikan amaran. Bagi Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo, ahli lembaga mendapati Datuk Seri tidak bersalah.


Berikut merupakan petikan daripada MalaysiaKini,
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.
Hasil siasatan tersebut, seorang – Mohd Ali Rustam – dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Negeri.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.
Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.
Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.
Nampaknya sudah terlihat siapakah yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno setelah salah seorang dari Ahli yang terkuat, sudahpun terkeluar dari persaingan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Saturday, May 10th, 2008
by uzair
Maaf kerana agak menyepi seketika.Tapi tak lamakan? Just 4 hari jer. Aku mengalami masalah kesihatan.Tekakku berasa seperti hendak tercabut apabila terbatuk dan asyik muntah-muntah. Rasa seperti nyawa ingin tercabut sendiri dari jasad.
Jadi, aku menganggap setiap penyakit yang datang, adalah dalam proses untuk membaiki dosa-dosaku sendiri.Dan dalam ilmu sains pula, ia akan meningkatkan daya tahan dirii aku terhadap melawan segala penyakit selepas ini.
Bagaimana hari yang mendatang? Aku agak terbiar tanpa informasi dan berita yang paling menarik ialah berita tentang kenaikan harga beras. Wow.Semakin lama semakin galak harga-harga barang meningkat.
Ada satu persoalan yang ingin aku utara-selatankan kepada kerajaan Malaysia yang tercinta ini.
Sekali lagi, mengikut falsafah logik aku, sebenarnya kita menjadi mangsa kerakusan pemimpin-pemimpin kita yang bagi aku, ingin mengejar misi sendiri untuk negara dan menaikkan nama, namun kesan yang kita dapat adalah kebanyakkannya, tidak begitu baik.
Mengikut populasi banci Malaysia pada tahun 2007, rakyat negara kita hanya dianggarkan berjumlah 27 juta orang. Tetapi mengapa kita tetap merasakan yang kehidupan kita sentiasa dihimpit masalah wang.Sedangkan pendapatan negara bukanlah sedikit.
Typical Malaysian, mengejar nama dan status adalah lebih penting dari periuk nasi orang lain.Bayangkan sahaja sekiranya jumlah perbelanjaan bola takraw untuk pasukan negara sebanyak 50 juta itu diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, aku sedang menulis dalam demam panas dan entry kali ini mungkin paling crap yang aku rasa.Maafkan aku.Aku tiada daya untuk menekan papan kekunci.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!