Top 5 Kejadian Luar Biasa Dalam Online Gaming
December 19, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam
Macam-macam game online yang kita main,World of Warcraft, Second Life dan sebagainya.Namun kita kurang biasa mendengar tentang kejadian-kejadian yang tidak kita sangka oleh fanatikal-fanatikal gamers ini.Terus saja ke isinya dibawah:
1) Tikam Rakan Sendiri Kerana Menjual Sebilah Pedang Legend of Mir 3
Berlaku pada tahun 2005, Qiu Chengwei, berusia 41 tahun dari Shanghai telah menikam rakannya, Zhu Caoyuan di dada berkali-kali kerana menjual sebilah pedang yang dikenali di dalam Legend of Mir 3 sebagai “dragon sabre” yang mereka berdua menangi bersama dalam perlawanan MMORPG (Massively Multiplayer Online Role Playing Game).
Menurut laporan China Daily, Qiu Chengwei, sebelum melakukan pembunuhan, beliau telah pergi ke balai polis terlebih dahulu. Namun setelah mengetahui bahawa tiada undang-undang untuk menghalang penjualan pedang tersebut, dia telah melaksanakan “undang-undang” nya sendiri.Akibat dari perbuatan tersebut, beliau dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
2) Penculikan pemain GunBound oleh Geng Dari Brazil
Pada awal tahun ini, 4 lelaki dari Brazil, berumur lingkungan 19-28 tahun, merancang untuk melakukan “Phising”, iaitu satu proses untuk mencuri kata laluan pemain yang menduduki ranking tertinggi bagi permainan online Gun Bound.Objektif mereka ialah untuk menjual akaun pemain tersebut di internet untuk $8000.
Langkah pertama mereka adalah dengan menggunakan kekasih Igor(ketua kumpulan), untuk cuba mendekatkan diri dengan salah seorang pemain GunBound tersebut. Mereka dapat melaksanakan pelan tersbut dengan jayanya melalui laman web sosial Google,Orkut, yang memang diketahui amat popular di Brazil. Setelah berhubungan selama beberapa hari, kekasih Igor tersebut telah mengajak pemain tersebut untuk berjumpa dengannya di sebuah kompleks membeli belah.
Pemain tersebut pergi,tetapi terkejut kerana bukan sahaja dia berjumpa dengan kekasih Igor, malah Igor sendiri telah hadir dengan bersenjatakan pistol, bertujuan untuk memeras ugut.Meraka telah membawa pemain tersebut ke satu tempat yang dirahsiakan.Setelah 5 jam di ugut oleh, pemain tersebut tetap tidak mahu memberitahu kata laluan akaunya.Dia dilepaskan selepas itu.
Pemain itu, kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa,yang kemudian menangkap semua ahli kumpulan tersebut.
3) Seorang Remaja Perempuan Mati Akibat Bermain World of Warcraft(WOW)
Berlaku pada tahun 2005, seorang remaja perempuan yang lebih dikenali sebagai “Snowly”, mati akibat kepenatan bermain MMORPG World of Warcraft selama 3 hari tanpa henti.Diberitakan bahawa beliau sedang melakukan persiapan untuk membunuh watak “Black Dragon Prince”, dan mati akibat tidak berehat bagi melakukan persiapan tersebut.
Ironinya, rakan-rakan permainan maya beliau telah melakukan upacara berkabung untuknya di dalam permainan maya tersebut,seperti yang dilaporkan oleh Yahoo News China.
4) Remaja Di Tahan Kerana Mencuri Perabot Maya
Selang beberapa minggu yang lepas, seorang remaja berumur 17 tahun,telah mencuri beberapa perabot bernilai hampir $6000 di dalam permainan maya, Habbo Hotel. Habbo merupakan permainan maya dimana penggunanya boleh merekabentuk rumah dan mencipta senario kehidupan secara virtual, yang mereka mungkin tidak akan capai di dalam lehidupan realiti mereka. Namun, segala transaksi pembelian di dalam permainan Virtual tersebut, menggunakan matawang yang sama digunakan oleh kita di alam realiti.
Pemilik permainan maya tersebut, telah mendakwa remaja yang juga didalangi oleh beberapa rakannya, untuk mereka laman web yang bertujuan untuk menggoda beberapa pemain lain untuk mendedahkan kata laluan mereka. Setelah mendapat kata laluan yang diingini, mereka kemudiannya akan menggunakan kata laluan tersebut untuk memasuki akaun pemain lain, dan mencuri perabot-perabot tersbut untuk dipindahkan ke akaun mereka.
Ini merupakan jenayah yang hampir sempurna, tetapi setelah dilaporkan kepada pihak polis(yang betul), remaja tersebut kemudiannya ditangkap.
5) Polis Belgium Bertindak Untuk Memantau Kes Rogol Di “Second Life”.
Keterangan bagi kes tersebut masih belum dapat disahkan, namun pada awal tahun ini, 2 buah syarikat surat khabar di Belgium melaporkan bahawa pihak berkuasa Belgium, akan bertindak untuk mewujudkan satu unit khas, didalam permainan tersebut, bagi mengatasi masalah kejadian rogol yang berleluasa.
Pelik, namun kejadian tersebut telah mendapat fenomena di laman-laman web di seluruh dunia dan pakar Seksologi, mendakwa bahawa, kejadian rogol di dalam permainan virtual tersebut juga mampu memberikan kesan trauma kepada pemainnya.
Terfikir juga mengapa mereka tidak log keluar ataupun menutup sahaja komputer mereka jika berlakunya insiden tersebut?
Begitulah peliknya dunia kita yang dipenuhi oleh manusia yang pelik dan fanatik terhadap sesuatu ciptaan manusia yang mencipta fenomena sehingga mampu mengubah diri kita sendiri menjadi seseorang yang tidak rasional dalam membuat keputusan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Marhaban Ya Ramadhan
September 8, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam
Apa khabar semua? Aku macam biasa, sihat tapi sibuk gilo. Entahla.Sampai bila aku nak hidup macamni pun aku tak tahu. Tapi nanti kalau tak menyibukkan diri, orang kata aku ni pemalas pulak. Macam-macam. Sedar-sedar, dah seminggu puasa(puasa ke ni?). He..he..Aku berpuasa ye.Jangan fikir lain. Atas bawah dah berbulu, takkan tak puasa ye tak?
Masa aku balik seremban hari tu, sempat gakla shopping barang raya sikit.Aku beli seluar levi’s, blouse Scarlett untuk yang tersayang n kasut Clark’s yang dia minat sangat tu.Hangin aku. Baju raya dia dah tempah, tapi aku maybe beli sendiri pasal aku tak minat tailor pilihan dia tu.
And then sekarang ni, aku tengah cari tuan punya kedai kat taman aku tu.Cadang nak buka mini market kat sana. Rasa ada potensi untuk maju. Apa-apa pun, selamat berpuasa. Aku dah pening ni dengan kerja dan penyakit shopping “sayang” aku tuh. HuHuHu..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Kes Tak Tahan Nak Ber@%!
June 22, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam
Pergh! Seksa giler. Tuhan je la yang tahu perasaan aku pagi tadi macamana. Aku sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban melalui highway. Sebelum keluar dari rumah, sempat aku jamah nasi lemak telur dengan fresh orange. Pastu baru aku sedar. Penderitaan yang aku akan hadapi lepas nih, pasti amat menyeksakan.
Dari dalam kereta, aku dah mula tak senang duduk. Sekejap-sekejap ke kiri ke kanan. Aku mula perasan bulu roma aku dah berdiri. Damn! Aku dah mula resah. Stereng aku pegang kuat-kuat. Aku terus tutup air-cond. Aku bukak tingkap. Alamak, lagi sejuk. Aku tutup balik. Si dia dah mula perasan.
” Abg ni kenapa? Xde apa-apa” aku balas balik.Cover line beb. Biasalah, bila dah nak sampai ujung-ujung tu, angin pun keluar sekali. Aku cuba kemut, tapi xboleh. Puas aku praktik cara senam kegel yang bini aku beli DVD hari tu. Tapi kuasa tuhan lebih dari segala-galanya. Aku hanya manusia biasa. Insan yang lemah. Dengan dahi yang berkerut dan air peluh yang mula mengalir, aku lepaskan juga penderitaan aku. Dalam hati, maafkan abg sayang, abg dah tak mampu nak tahan dugaan nih.
Berkat nasi lemak dan telur yang aku makan sebelum berlepas tadi, bercampur pula dengan air fresh orange yang manis, aku dah agak akan kekuatan bau yang maha hebat akan tercetus.Damn! Teori gerakan Brown sedang diaplikasikan. Sedikit demi sedikit, aku mula merasai eksperimen aku mula berjaya. “Bang, bau apa nih? tanya si dia kehairanan. “Entah” Simple je aku jawab. “Sayang kentut eh?” aku mula psiko bini aku. “Apa sayang pulak” bini aku mula marah-marah. ” Busuknya!” ” Bukakla tingkap kalau busuk.Yang diam je tuh buat apa” aku sound bini aku balik.
“Abg ni pengotor la. Nak kentut bukakla tingkap.Nih dia diam je. Macam kita xtahu pulak. Dari tadi duk tak tentu arah” bentak isteri aku. Ada panjang lagi ngomelan dia, tapi aku short kan je la. Aku gelak je. Apa yang aku boleh buat. Benda dah nak jadi kan. Dalam hati, celaka betul. Bila nak samapi R&R nih. Aku rasa kalau aku duduk je kat tandas x sampai miliseconds dah kuar dah. Stereng aku pun dah ,mula menampakkan bekas tangan aku. Itu menunjukkan bahawa betapa kuatnya aku grip stereng tu pasal nak tahan berak.
Last-last, aku nampak hentian Senawang. Wah! Punyalah bersyukur aku time tu. Baru nak ingat tuhan. Sampai nak masuk perhentian pun aku lupa nak bagi signal. Keta belakang siap bagi lampu.Marah la tu. Sori bro. Hamba dah nazak dah ni. Masuk parking pun main belasah je. Aku suruh bini aku parking bebetul. Aku terus keluar terkemut-kemut sebab aku rasa macam kepala dia tuh dah kuar sikit. Slow and steady. Sampai je kat dalam, tak ada yang kosong pulak. Aiseh.Damn! Time macamnila tandas penuh.Lupa aku hari ni hari minggu.Aku dah terkinja-kinja dah ni. Setiap saat yang berlalu, aku rasakan macam seribu tahun. Segalanya sangat perlahan. Dah macam dalam fantasi Aku dah mula high. Ini betul-betul dah tak boleh tahan dah ni.
Allah Maha Besar. Dia pasti akan menolong hambanya yang lemah ni. Aku dengar ada bunyi air. Ha! ni mesti tengah cebok. Aku tunggu dengan penuh semangat. Air dah tutup. Ok. Dah nak dekat dah. Aku budget mesti dia tengah pakai suar. Tiba-tiba dengar balik bunyi air. Shit! Main-main pulak mamat nih! Aku dah mula marah-marah. Kepala paip kat luar tuh macam nak tercabut aku pegang.
Dengar kat sebelah bunyi flush. Pasti pintu terbukak. Aik! Tak cebok ke mamat ni. Ah! Lantakla. Takde masa nak fikir dah. Masuk pun kelam-kabut. Brader tu senyum je. Aku terus tutup pintu, bukak apa yang patut, dan…wow! Phew..Lega siol..Apa yang boleh aku cakapkan, perasaannya ketika itu sangatlah mengghairahkan. Nikmat dia lain dari yang lain. Seluar pun xbukak betul lagi. Betul-betul lepas nak kuar taik je. Tu pun tak sempat nak cangkung habis. Dapat separuh je dah kuar.Pergh! memang giler.
Lepas selesaikan hajat dan cuci tangan, aku terus pegi kat keta. Bini aku tergelak-gelak comel. Aku senyum balik. Wah, senyuman bini aku memang menawan. Hehe..Habisla kau malam nih.Selang 15 minit kemudian, sampailah aku ke rumah mak aku. Sempatla makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Rindu aku dengan masakan mak.
Pengajaran yang aku dapat dari kes tadi nih, lain kali kalau rasa nak berak, berak je dulu.Jangan tahan-tahan. Sebelum kuar pegi mana-mana, buang dulu apa yang patut. And pastikan pemakanan anda itu tidak menerhadkan perjalanan anda jika anda membuat perjalanan jauh.
Tapi apa sangatlah tahan berak dari Melaka ke Seremban. Dulu masa naik bas pegi Ipoh dari Seremban.Lagi dasyat. Tapi aku tak mau cerita.Biarlah rahsia.Hahaha. Aku pasti korang semua ada pengalaman macam aku nih.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







