Hari Yang Amat Meletihkan Dan Aku Sangat Penat

April 25, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Tired

Semalam, aku berhempas pulas untuk menyiapkan design yang tiba-tiba disuruh oleh pegawai atasan dan yang paling gila, aku perlu menyiapkannya hanya dalam 5 jam. Ini sesuatu yang gila bagi orang yang langsung tidak tahu menconteng digital ini.

Tapi, atas arahan, aku terpaksa juga senyum dan menerima tugasan yang sebenarnya luar dari bidang, tapi kerana ingin menjaga muka pegawai yang tidak menyiapkan kerjanya itu. Aku menolak permintaannya, tetapi dia merayu, jadi aku terpaksa jugak bersengkang mata di pejabat, berseorangan tanpa sesiapa menemani, dan yang paling menyirap, dia pulak yang balik.

Design itu adalah untuk flyer WICT 2008, yang akan berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka tidak lama lagi. Dan hari ini, badan aku sangat penat untuk membuat apa-apa kerja sekalipun. Mata aku menuntut hutangnya yang tertangguh sejak beberapa hari ini. Sebelum menamatkan entry kali ini, berita baik bagi penulis blog Malaysia, khusus kepada Tech Blogger, Microsoft ada membuat satu contest dan antara hadiahnya ialah LG Portable DVD Player yang elegan. Sila semak entry aku fasal ini di blog aku yang satu lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!