Bersiaran Membuang Duit Di Laksa Shack

March 31, 2008 by uzair  
Filed under JJCM

Setelah berjaya mendapatkan tempat menggosok baju yang elegan, perut mula terasa lapar.Aku melihat isi duit di poket, masih berkeadaan baik, lantas aku terus memasuki salah satu dari restoran kegemaranku, Laksa Shack di Melaka Mall. Aku merupakan jaguh laksa di kampung halamanku di Kuala Kangsar dan tidak perlu diperjelaskan lagi mengapa dan kenapa aku sering kesini. Yang paling penting,aku dapat menyedut laksa terbabit dan menghirup kuahnya yang amat memeberikan masa depan yang sungguh gemilang pada hari aku yang mendatang.

Laksa

Sesambil itu, aku juga meng’order’ Ipoh White Coffe dan makanan sampingan bagi memberikan kepuasan maksima iaitu Ayam Percik. Teringat pada mulanya aku sangat loya melihat rupa keadaan Ayam Percik tersebut yang kelihatan seperti muntah kucing. Tetapi selepas aku memberanikan diri merasanya, “Don’t Judge A Book By It’s Cover”

Laksa Shack Restaurant

  Ayam Percik

Akhirnya, hari ni aku telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 30.28 yang sepatutnya dapat menanggung aku selama satu minggu barangkali.Tetapi, kepuasan maksima adalah hak milik setiap insan dan aku mengerti perasaan itu.Kalau kau semua ada masa atau “terpijak” di bumi Melaka nanti, jangan lupa singgah di sini. 

 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!