Youthsays.com Beta Untuk Malaysia
- 4
- Add a Comment

Satu lagi web komuniti dari hasil buah tangan khailee dan partnernya kali ini, Joel telah pun keluar dalam beta pada 15th April 2008. Dan khailee seperti kita tau, berkata, start-up ini tidak ada kena mengena dengan MindValley kali ini.
Aku telah pun join community culture ini dan anggapan aku adalah amat baik sekali. Ianya terbuka kepada warnegara Malaysia sahaja buat masa ini dan hanya yang berumur 35 tahun dan kebawah sahaja yang layak.Selepas kau join, ader beberapa survey yang tersedia dan setiap survey ada yang dibayar dan ada yang tidak.
Tapi yang paling best ialah bila kau dapat mengenali lebih ramai lagi kawan-kawan yang mempunyai interest yang sama dengan kau dan membuat kawan adalah hobi aku.Paling penting, kau berpeluang menjadi antara yang pertama untuk mencuba sesuatu produk baru atau apa sahaja yang baru di Malaysia, sekiranya ada.
Contoh public profile aku di youthsays.com ada di sini. Dan dapatkan juga review peribadi aku di Tech Blog.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


