Ali Rustam Dilarang Bertanding-Khairy Jamaludin Diberi Amaran
- 9
- Add a Comment
Mengikut sumber terkini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam telah dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno hujung bulan ini setelah didapati bersalah kerana melanggar peraturan pemilihan Umno. Sementara itu, calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin pula hanya diberikan amaran. Bagi Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo, ahli lembaga mendapati Datuk Seri tidak bersalah.
Berikut merupakan petikan daripada MalaysiaKini,
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.
Hasil siasatan tersebut, seorang – Mohd Ali Rustam – dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Negeri.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.
Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.
Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.
Nampaknya sudah terlihat siapakah yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno setelah salah seorang dari Ahli yang terkuat, sudahpun terkeluar dari persaingan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





