karl iskandar
Monday, April 20th, 2009
by uzair
Your Name: karl
Email: karl@iskandar.me
Website: http://
Message:
hoi babi! Ada juga nak kena budak bongok ni. Aku akan cari lu la. Jgn risau polis
akan ekori kau dari sekarang. I will guarenty lu. Ingat klu lu nak main2 gua lu
memang salah org la
Ini adalah email yang aku terima dari founder Blogstarz.my setalah aku memberikan peringatang kepadanya ke atas content di dalam blog beliau yang tidak memberikan kredit kepada penulis asal, termasuk beberapa content aku sendiri yang diciplak di dalam blog peribadinya.
Kamu semua lihatlah,siapa diri dia sebenarnya.Oleh kerana email ini adalah bersifat ugutan, jadi aku telahpun mengambil langkah yang sebetulnya iaitu dengan membuat laporan polis yang bertarikh 20/4/2009 pada pukul 2.30 petang tadi.
Namun, sebelum itu, aku sebenarnya tidak takut dengan ugutan tersebut.Lebih kepada memberikan pengajaran kepada founder Blogstarz.my ini.Jadi, siapa yang polis kejar, aku pun musykil sekarang. Terlebih dahulu, aku tidak akan menerima permohonan maaf atau apa sahaja deal luar yang bakal diberikan.Ini adalah lebih bersifatkan sebagai api lawan api.
Mungkin juga saudara Karl ini belum mengenali siapa sebenarnya aku, jadi aku berharap sangat agar dia dapat menjejakkan kaki di bumi Jebat ini.Datang bersalam, aku sambut.Datang bertempik aku ajar.Jadi, jangan jadi kurang ajar sebelum ilmu belum penuh di dada.Tiada merah takutkan kuning kerana ia bersatu menjadi warna alam.
Lainkali, betulkan grammar anda.Malulah kalau lulusan universiti luar negara seperti anda mempunyai tatabahasa yang amat lemah untuk ayat yang sebegitu mudah. Mungkin juga saudara Karl fikir aku takut dengan amaran dan ugutan beliau yang hanya tahu datang dari mulut sahaja. Orang yang mempunyai kejantanan, tidak perlu bertikam lidah yang tidak berkesudahan.
Jangan lupa untuk datang ke mari, dan jangan juga lupa untuk persiapkan diri.Selain itu, selepas meneliti laporan polis itu nanti, jangan salahkan aku sekiranya kamu ditahan.Lainkali, bercakap biar berisi.Pantang nenek moyang aku mengalah sebelum ajal.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Wednesday, February 11th, 2009
by uzair
Sebelum saya meneruskan penulisan pada hari ini, apa kata kita tengok dulu komen yang telah diberikan oleh saudara Karl dari Blogstarz yang sebenarnya aku tak perasan pasal Akismet kesan komen dia ni sebagai SPAM. Tapi, mungkin itu adalah masalah teknikal.
Salam. Terima kasih kerana membuat komen tentang blogstarz dan cuba menaikkan hit anda menggunakan blogstarz. Saya tau ramai orang tak berpuas hati kerana blogstarz telah mencapai sasarannya iaitu ingin menolong orang mengenal dunia IT dan juga pembelajaran blog. Semua disini saya rasa tau hanya bercakap kosong, tapi boleh kah anda mengajar semua orang secara percuma?
Tapi sebab itulah blogstarz muncul mengatasi blog2 bodoh kononnya ingin mengajar orang buat duit. Hanyalah omongan kosong sahaja. Satu perkara lagi mengenai Nora, bagaimana anda boleh mengatakan saya adalah orang belakang Nora sedangkan saya pun tak kenal dia.
Saya telah berada lebih 12 tahun di internet dan lebih matang lagi menggunakan IT dari budak2 hingusan seperti Mohd Ismail. Jangan nak samakan saya seperti yg lain. Anda bagaimana pula? Seorang yang berjaya atau hanya tau menggarap sahaja? Sebelum buat kenyataan cuba chek betul2 nanti buruk padahnya.
Sehingga hari ini hit Alexa telah mencecah 286,556 dan telah lebih 15 ribu orang mendaftar dengan blogstarz dan kami mempunyai modal yang cukup untuk bertahan sehingga 100 tahun. Apa yang anda ada, cuma ingin membuat provokasi kepada semua orang???!!! No, no, no, inilah anak melayu yang tak tau untung, cuma tau memfitnah, mencerca, mencaci orang, biasalah anak melayu yang belajar hanya sekolahnya di Malaysia, tak pernah keluar melihat dunia luar.
Saya rasa tak perlu saya menjawab semua soalan2 bodoh ini. Anda sendiri boleh melihat perkembangan blogstarz hari ke hari. Kita pun mula dapat review dari akhbar tempatan malah disokong penuh oleh kerajaan. Jangan risau, orang yang buat baik akan dibalas baik dan orang yang cuba menyusahkan orang akan ditimpa bala oleh Allah S.A.W.
Kalau saya pentingkan diri sendiri tak perlu saya buat portal Blogstarz kerana saya dah ada cukup modal untuk buat perniagaan yang besar. Kami dah lama dalam dunia IT. So watch out Blogstarz akan menggegarkan Malaysia dan dunia dan kami telah berada di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan India. Nak mengharap anak melayu yg ada dalam blog ni mana boleh cari makan. Tapi menyusahkan orang memang no 1. Sekian Terima kasih sila layari http://www.iskandar.me untuk keterangan lanjut mengenai diri saya dan juga perkembangan Blogstarz.my
Baiklah, ini jawapan dari aku.
Lebih senang kalau aku wat jawapan balas dengan highlight kan kata-kata Karl..
1) “cuba menaikkan hit anda menggunakan blogstarz”
Cuba menaikkan hit saya menggunakan Blogstarz? Hoho..Salah tu saudara..Saya tak pernah pun berniat untuk menaikkan hit dengan Blogstarz ni. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan hits yang tinggi, namun tiada isi yang berkualiti. Dan, untuk makluman saudara Karl yang bijaksana, anda sepatutnya sudah lebih arif dengan cara dan metrik yang digunakan Alexa memantau hits anda dan anda sepatutnya tahu bahawa anda tidak boleh rely hanya kepada Alexa untuk membuktikan bahawa Blog anda mendapat hits yang tinggi.
Justeru itu, ingin saya ingatkan kembali wahai saudara Karl yang bijak pandai lagi arif, tidak ada niat untuk menjatuhkan Blogstarz atau apa pun, ini hanya kritikan yang perlu saudara fikirkan untuk membawa Blogstarz mencapai tahap dan kualiti yang lebih baik dari sekarang. Dan kalau itu pun anda terasa, selayaknya anda pergi belajar lagi untuk menambah ilmu anda sebelum mengajar orang lain.
2)”menolong orang mengenal dunia IT dan juga pembelajaran blog. Semua disini saya rasa tau hanya bercakap kosong, tapi boleh kah anda mengajar semua orang secara percuma?”
Niat anda memang baik, dan menjadi lebih baik sekiranya anda betul-betul berniat begitu. Saya juga orang business, dan juga bekerja sebagai pegawai kerajaan, dan saya faham benar dan bergaul dengan ramai orang di kalangan businessman.
Adakah semuanya bercakap kosong? Pernah dengar Blogmas? Rasanya kalau 12 tahun main internet, mesti pernah dengar Blogmas ni. Percuma. Macam anda juga fungsinya. Cuma tiada Clickshare, dan juga themes, serta design yang lebih baik, sistem CMS yang lebih secure dan menggunakan Wordpress yang lebih mudah serta lebih mesra pengguna dengan User Experience Interface dan navigation yang lebih baik.
Cuma mungkin ianya kurang promosi serta tidak mempunyai modal yang banyak seperti mana yang anda ada. Tapi, memandangkan anda begitu angkuh, cuma bersabar untuk menunggu persaingan dari saya. Menggunakan CMS yang lebih baik, dan ianya percuma, serta themes, layout dan juga presentation yang lebih baik. Anda perlukan persaingan untuk berjaya, dan aku akan berikan persaingan itu. Mungkin Blogmas tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membuat promosi, namun setelah anda masih lagi tidak mengambil langkah yang positif, nampaknya anda memberikan idea kepada aku.Terima Kasih. Ini bukan omongan kosong.
3) “Saya telah berada lebih 12 tahun di internet dan lebih matang lagi menggunakan IT dari budak2 hingusan seperti Mohd Ismail. Jangan nak samakan saya seperti yg lain. Anda bagaimana pula? Seorang yang berjaya atau hanya tau menggarap sahaja? Sebelum buat kenyataan cuba chek betul2 nanti buruk padahnya.”
Ha. Ini lah yang dikatakan, kurang cerdik dan cuba berlagak pandai. 12 tahun menggunakan internet? Saya rasa bertuah sekiranya pengalaman anda dengan internet sebanyak 12 tahun itu membawa anda lebih baik dari apa yang anda buat sekarang. Bukanlah aku tidak berbangga dengan pencapaian saudara, namun cuma saudara yang tidak mahu menerima kritikan untuk menjadikan Blogstarz lebih baik. Sepatutnya, anda seorang leader, perlu mendengar semua input tidak kira dari siapa pun, dan perlu menganalisa setiap input tersebut dan membuat keputusan yang boleh mnejadikan ia lebih baik, tetapi, kualiti leader itu tidak ada pada anda.Maaf.
Apakah yang anda takrifkan dengan orang yang berjaya? Faktor apa yang anda gunakan? Metrik apa yang anda aplikasikan sebagai penentu kejayaan seseorang? Adakah ianya menggunakan faktor Alexa juga?
Seperti post yang sebelumnya, saudara boleh datang sendiri ke rumah dan alamat juga sudah diberikan. Nombor telefon rumah dan mobile juga telah diberi sekiranya anda tersesat. Jangan risau. Kedatangan anda disambut baik dan anda boleh nilaikan sendiri samada aku berjaya atau tidak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun pengalaman cetek aku dengan internet selama 10 tahun inilah yang memberikan semua itu. Sila datang untuk buat testimonial dan aku harap, saudar akan ceritakan di blog saudara nanti.
4) “Sehingga hari ini hit Alexa telah mencecah 286,556 dan telah lebih 15 ribu orang mendaftar dengan blogstarz dan kami mempunyai modal yang cukup untuk bertahan sehingga 100 tahun. Apa yang anda ada, cuma ingin membuat provokasi kepada semua orang???!!! No, no, no, inilah anak melayu yang tak tau untung, cuma tau memfitnah, mencerca, mencaci orang, biasalah anak melayu yang belajar hanya sekolahnya di Malaysia, tak pernah keluar melihat dunia luar.”
Pasal Alexa, aku telah pun memberikan jawapan. Pasal 15 ribu orang mendaftar, aku ucapkan tahniah dan bantulah mereka dengan janji yang telah saudara berikan. Modal untuk 100 tahun? Aku agak skeptikal tentang perkara ini. Pernah dengar kadar inflasi? Adakah wang yang saudara ada sekarang, sama nilainya dengan 100 tahun akan datang? Aku sanggah perkara ini sehingga saudara Karl datang sendiri berjumpa dengan aku mata bertemu mata dengan membawa bukti yang kukuh.
Membuat provokasi dan kritikan, adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahukah saudara apa beza di antara keduanya. Contoh provokasi, adalah saudara sendiri yang banyak membelakangkan dan menolak mentah-mentah kritikan yang kami cuba sampaikan pada saudara untuk membawa Blogstarz lebih jauh lagi.
Pernah dengar ACCA? Pernah dengar BSc (Hons) in Applied Accounting? Pernah dengar Oxford Brookes University? Aku melayu juga. Tapi tak pernah pula hendak mencaci melayu yang sekolah dan belajar hanya dalam Malaysia. Bagi aku, yang penting, bagaimana kau bawa ilmu yang kau ada itu dan aplikasikan ia dalam hidup serta macamana kau gunakan ilmu kau tu kat tempat yang sepatutnya. Sayangnya, ilmu yang ada, dibanggakan serta merendahkan ilmu dan pendidikan orang lain.
Baiklah, sampai di sini sahaja kali ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Wednesday, January 28th, 2009
by uzair
Hari ini, aku terpanggil untuk menulis tentang Blogstarz.my, sebuah portal komuniti yang diasaskan oleh Syarikat Tager Media Sdn. Bhd, dan di bawah anak Syarikat Oversea Delight Group Company yang mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang IT ini.Diasaskan pada 31 Ogos 2008, mereka mendakwa bahawa mencatat keuntungan RM 500,000 sebulan.
Dan sekarang telahpun mempunyai user seramai lebih dari 10,000 ribu, maka secara puratanya, mereka telahpun membuat duit yang banyak dari portal mereka ini. Dan kepada Karl Iskandar, Founder atau lebih tepat, orang belakang bagi Puan Nora Monsun Biz, harap anda mengambil input positif dari review ini.
Pertama sekali ialah, bagi aku, ini merupakan idea yang menarik, walhal, ia telah lama pun diasaskan oleh Blogmas.com tidak lama dahulu.Cuma, mungkin saudara Karl lebih pandai dalam bagaimana untuk membuat revenue model bagi Blogstarz.Infact, aku tabik dengan skill marketing dan branding beliau.
Blogstarz ini, bagi aku, tidaklah scam atau apa benda yang kebanyakan blogger lain pernah katakan dalam blog masing-masing. Namun, secara jujurnya, implikasinya dan juga natijah dari portal ini, bukanlah sesuatu yang menarik. Kebenarannya ada dalam setiap tulisan blogger-blogger lain tentang Blogstarz ini. Cuma, adakah pihak Blogstarz ini betul-betul berniat untuk membantu masyarakat dalam menjana pendapatan dari internet, atau ingin mengkayakan lagi kantung masing-masing? Lihat apa terjadi dengan Monsun Biz tahun lepas? Anda semua boleh nilaikan sendiri.
Berkenaan dengan sistem yang dikatakan RM 10,000 yang digunakan pihak BlogStarz, rasanya kamu semua mampu untuk buat lebih dari apa yang kamu buat di Blogstarz sekarang ini. Themes dan Layoutnya terlalu “childish” dan nampak seperti sesuatu yang tidak siap. Adakah kamu terlalu terburu-buru dengan pelancaran produk kamu ini? Berdasarkan dari komen-komen di blog lain, jelas dan nyata bahawa Blogstarz ini tidak akan kemana dan akan mulai merudum pada tahun ini, seiring dengan domainnya sendiri yang akan berakhir pada 19 Ogos 2009.
Bagi syarikat yang mempunyai suntikan modal sebanyak 5 juta dan revenue model syarikat yang berasaskan portal dan blog untuk menjana pendapatan, selayaknya anda update domain anda untuk 3 atau 4 tahun kehadapan. Ambil ini sebagai kritikan bernas. Mungkin saudara Karl pandai dalam membina brand dan melakukan marketing besar-besaran, namun aku tidak hairan sekiranya ia mendapat suntikan modal yang besar untuk melakukan semua itu.
Dan diberitakan juga bahawa, blogger-blogger yang berdaftar di Blogstarz boleh menjana pendapatan dengan Referral Program dan juga Clickshare. Namun, untuk click ads sesama sendiri bukanlah satu etika yang baik. Aku tidak pasti samada pihak Blogstarz sendiri yang menyuruh mereka membuat begitu, namun sikap ini membunuh advertiser. Sekiranya saudara Karl tidak pernah membuat arahan sedemikian, alangkah baiknya jika akaun-akaun user anda yang berperangai sedemikian ditamatkan.
Dan maafkan saya saudara Karl, selepas perenggan ini, saya agak biadap. samada saudara ingin terima kritikan ini atau tidak, terpulang kepada anda.Berikut adalah komen dari founder Blogstarz, Karl Iskandar di blog Bob sebelum ini:
Assalamualaikum semua. Saya sebagai founder blogstarz amat berbesar hati dengan komen anda semua dan utk pengetahuan blog anda semua dalam perhatian kami dan juga pihak berkuasa. Saya juga telah membuat report kepada pihak berkuasa keatas semua blogger yang terlibat untuk menjatuhkan blogstarz dan akan menyaman sesiapa juga blogger yang cuba menabur fitnah terhadap kami. Anda semua jangan risau IT forensik pun dah mula memantau semua blog anda. Saya masih lagi boleh dibawa berbincang. Kalau anda semua tak tahu apa yang di bayar oleh semua orang di blogstarz dan kenapa makin ramai yang menggunakannya, ianya adalah kerana sistem yang kami berikan berharga lebih dari RM10,000. Saya mengajak anda semua ke pejabat dan cuba berbincang dengan saya secara telus. Terima kasih kepada semua yang menyokong blogstarz.my
Dan satu lagi
untuk pengetahuan semua. Blog mohdismail.net adalah blog yang pertama akan dikenakan tindakan mahkamah kerana cuba membuat tuduhan melulu dan juga menabur fitnah kepada orang ramai. Kalau anda semua disini juga ingin mengikuti beliau, silakan. Saya tidak akan berdiam diri, saya akan menggunakan pihak berkuasa dan berwajib untuk memantau segala tidak tanduk orang yang ingin menjatuhkan anak melayu sendiri. Inilah yang dikatakan sudahlah bodoh sombong pulak tu. Jangan ingat kita pandai, ada lagi yang lebih pandai dari kita. Sedarlah wahai anak melayu, tiada siapa yang akan tolong kita kecuali bangsa kita sendiri, tapi ini tidak. Kita jugalah cuba menjatuhkan anak bangsa kita sendiri. Nauzubillah minzalik
Aku tidak pasti samada benar itu adalah Saudara Karl, namun, komen anda itu jelas menunjukkan siapa yang bodoh dan sombong. Bangsa melayu memang jelas tidak tahan dengan kritikan. Anda tidak layak membodohkan seseorang yang mempunyai nama yang agak besar dalam dunia Blogging di Malaysia seperti saudara Mohd Ismail. Dan sekiranya kamu ini anak melayu, jadi, tolonglah bangsa melayu betul-betul. Bukan dengan cara membuat duit di atas angin sahaja. Lihat blogger yang berdaftar di Blogstarz tersebut dan bandingkan kualitinya. Hampir 80% memceritakan benda yang sama dan tidak ada apa-apa manfaat dan maklumat yang boleh diambil.
Sistem sebegini, sememangnya hanya akan bertahan sementara sebelum pengguna-pengguna anda sendiri yang akan memberontak seperti mana berlaku pada Monsun Biz. Dan kenapa perlu bayar kepada akaun Puan Nora dan jikalau membuat bayaran melalui tager media juga perlu include id Puan Nora? Hmmm..Ya, kamu memang pandai mengambil peluang ke atas budak-budak baru yang teruja dengan terma buat duit dengan internet ini. Adakah kamu jujur mahu membantu melayu? Maka sahut cabaran saya sekarang.
- Ubahkan sistem blog anda menggunakan wordpress yang lebih menarik, secure, dan juga fleksibel.Blog anda kelihatan seperti profiles friendster sahaja.
- Dan juga listkan blog-blog berdaftar dalam kategori.
- Hapuskan sistem click ads sesama sendiri.
Berikut merupakan komen dari Ali Setan di post Mohd Ismail.
buat ape ada blog yg dpt hitz tggi spt blog cik ismail ni tp x mendtgkn hsil..sy akan mmbawa kesemua bloger blogstarz akan hentam cik ismail.. blogger semua ada dlm 10 ribu org.. jgn risau ramai yg akan dtg tgk hitz yg x mendatangkn hasil ni.. kalu bleh buktikan la brpe cik ismail untung dr blog yg xmendatangkan apa2 hasil ni!!!!!!! huhuhu sbb nak hit tinggi tabur fitnah kat periuk nasi org lain TAK MALU!!!!!!!!!
Dan lagi dari Rajablog
kalo wordpress guna style blogstarz macam mana? kalo myspace guna cara blogstarz macam mana? kenapa blogspot tidak menggunakan cara sebagaimana blogstarz?
sudah tentunya ini adalah pertama kali yang dilakukan oleh blogstarz. kalah pendapatan otai internet orang puteh nampak gayanya.
boleh belajar buat blog dan guna blog (blog ke? )secara percuma. siapa yang bagi semua itu untuk belajar IT. konsep sebenarnya adalah memberikan bantuan untuk pembelajaran IT sambil tambah pendapatan.
Demmit! Ini cerita lawak dari orang yang kata ada business 50 juta dan mempunyai pendapatn RM 17 k dengan Blogstarz. Dengan sini RajaBlog(Raja???), Blogstarz bukan yang pertama,malah nak dibandingkan dengan Blogspot, Wordpress, dan juga Myspace, langsung tidak sepadan. Dari komen kau pun aku dah boleh agak peribadi kau ni. Cerita gebang je lebih. Ingat blogger macam kami ini tidak ada pendidikan ker? Bodoh sangat ke kami?
Ada business 50 juta, tapi ada masa pulak spamming komen orang dan buat perniagaan yang kau sendiri yang akan berasa ragu-ragu tentang masa depannya. bagi businessman macam kau yang dah buat juta-juta ni, jangan jadi bullshit. Cakap tidak sama dengan fakta.Berikan fakta baru bercakap. Orang yang berpengalaman tinggi dalam business seperti kau tidak mungkin akan mempunyai kualiti seorang leader seperti ini.
Dan bagi sesiapa warga Blogstarz yang tidak puas hati,seperti biasa dalam kes Monsun Biz dulu, boleh sahaja datang di rumah aku di no.10, taman puncak bukit katil, 75450, bukit katil, melaka. Dan ini no phone aku, 013-2548255 dan ini no phone rumah, 06-2318750. Boleh jumpa.Tidak ada masalah. Nak tengok pendapatan ke, nak borak-borak ker, atau nak bincang ke, tiada masalah. Aku sangat open. Nak saman, samanlah.
Negara kita ada undang-undang dan aku pun tahu undang-undang. Nak charge aku fitnah, silakan. Buat rugi duit guaman je nanti. Aku counter attack dengan “misleading information” punya civil. Kalau tak tahu, pergi bukak buku. Kalau dulu ada belajar business law, kau pasti dah biasa dengar. Jangan cakap je, aku sambut kedatangan kamu dengan mesra. Jangan risau. Salam kritik dari aku, Ahmad Uzair Bin Ahmad Fuzi.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!