StereoMu, MonoKu
Dah dua hari, aku menjalani hidup dengan keadaan yang tidak begitu selesa. Even sehingga sekarang, telinga sebelah kananku ini masih lagi belum pulih. Actually, ianya telah tersumbat. Dan aku hanya dapat mendengar sebelah telinga sahaja. Pergh, memang tension tapi apa nak buat.
Sudah bermacam-macam cara telah aku gunakan untuk memulihkan kembali pendengaranku ini, tetapi masih kurang berhasil. Aku sudah plan jika masih lagi tidak pulih, pagi Isnin aku akan berkejar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan sudah pasti aku akan ke hospital Pantai di Melaka. Mengapa ye? Bukan sebab aku dah banyak sangat duit, tetapi sebab Hospital Melaka servisnya sangat menyakitkan hati. Jika kau seorang yang sangat sibuk, Hospital Melaka bukanlah tempat yang ideal untuk kau buat pemeriksaan. Aku pasti, dari 10 orang, sepuluh-sepuluh orang tersebut akan bersetuju dengan pendapat aku yang Hospital Melaka adalah hospital yang paling lembab dan paling teruk servisnya berbanding hospital yang lain-lain.
Aku pernah pergi ke Hospital Besar Seremban, Hospital Alor Gajah, Hospital Sultanah Aminah, HUKM, dan banyak lagi hospital dan Hospital Melaka memang hospital yang terlalu teruk bagi aku. Jadi, Hospital Pantai adalah opsyen yang terbaik walaupun aku terpaksa “menerbangkan” beberapa ratus ringgit untuk rawatan telinga ini sahaja. Tidak mengapa, kalau sanggup beli Honda Civic Type-R, takkan check telinga pun kemut ye tak?
Buat masa ini, aku dalam mood yang tension dan mudah menjadi “orang hijau” kerana ketidakselesaan telinga. Jadi, aku mengambil peluang untuk mengembalikan keceriaan dengan ber”blogging” dan bermain Need For Speed Pro Street. Baik aku layan drift dari layan “amarah” aku nih. Sambil itu, layan saja gadis mungil di atas.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






