Macamana Aku Nak Turunkan Berat Badan

April 29, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Berat badan aku semakin meningkat. Adakah metabolisma badan aku sudah tidak berfungsi lagi? Kenaikan 10KG dalam masa 4 bulan merupakan sesuatu yang ngeri bagi aku. Belum pernah seumur hidup aku mencecah berat badan sampai 73KG dengan ketinggian hanya 175cm.

Sampai penimbang yang boleh bercakap kat Jusco hari tu pun cakap aku fat! Malu siot.Kuat pulak tuh. Aku dah cuba bermacam-macam ubat diet, teh orang kampung, sampai naik kebas macam kena bius punggong aku sebab asyik ulang-alik pergi jamban.Hanya satu sahaja yang belum lagi aku cuba. Iaitu, bersukan.

Sebenarnya, aku dah 4 bulan tidak bersukan.Kalau ada pun, cumalah bersukan di atas ranjang yang mungkin tidak cukup kuat untuk membakar lemak-lemak tepu di pinggang dan serata badan.Muka pun dah chubby. Adakah aku patut bersukan kembali? Masalahnya aku malas.Amat malas.Dan malas itu yang buat badan aku tak turun-turun.

So, aku dah bercadang nak beli mesin berlari atau apa sahaja mesin yang boleh buat aku bersenam hanya dirumah. Lebih-lebih lagi, aku amat gemar berlari-lari anak dalam keadaan bogel. Jadi, tidak manis sekiranya aku praktikkan di luar.Akan berlaku satu “culture shock” di setinggan aku nanti. Aku inginkan keadaan aku yang seperti dulu. Yang badannya ala-ala Cristiano, bezanya dia ada 6 packs di perut, aku cuma satu.Ha..ha..

Walaupun ada yang bising kata tidak payah kurus, aku tetap jugak nak turunkan berat badan.Sekurang-kurangnya, dalam 7kg. Tapi, sebelum itu, aku perlu kawal nafsu makan aku yang menggila. Sejak ada yang tolong masakkan, aku memang dah gila makan. Alang-alang puasa pun bakal tiba, eloklah aku bertatih menahan perut dari sekarang. Sekurang-kurangya, manis yang aku ada tidak pudar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!