FAM

Malaysia Kena Belasah Lagi-5-0 Kali Ini Dengan UAE

Aduyai! Pecah Telo Aku!Nampaknya kekecewaan seakan-akan menjadi katakunci yang sentiasa melekat pada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia. Dan semalam, luka yang makin dalam kini tambah bernanah. Malaysia pasukan belasahan? Anda semua fikirkan sendiri.

Sebelum itu, untuk mengatakan bahawa kita mampu mengatasi UAE, pastilah ianya tidak logik dalam keadaan pasukan bola sepak Malaysia yang amat rapuh sekarang. Namun, di belasah dengan 5 gol tanpa balas juga bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh pasukan Malaysia yang pernah berada pada ranking ke 76 FIFA.

Walauapapun, terbukti bahawa ranking tidak membawa kelebihan apa-apa pada pasukan Malaysia.Pasukan yang sangat digeruni seantero Asia suatu masa dulu, malah mungkin juga segelintir pasukan Eropah yang pernah bertarung dengan pasukan Harimau Malaya kita. Arsenal, pernah kalah dengan pasukan Malaysia 1-0 di Stadium Merdeka, dan tidak berpuas hati, lalu mereka mengaturkan perlawanan semula di Pulau Pinang, yang berakhir dengan 1-1. Malaysia tidak kalah.

Pernah menewaskan England B,1-0 dan juga menewaskan Korea Selatan 3-2, malah membelasah Indonesia,Filipina, Singapura dan Kemboja dengan purata 7 gol tanpa balas. Namun, peristiwa ini tidak akan berlaku lagi, sekurang-kurangya, dalam masa 5 tahun lagi.

Punca-Punca Bolasepak Malaysia Makin Merudum

Tahap Kecergasan

Apa kena mengena tahap kecergasan dengan kekalahan ini? Bukan sahaja dengan perlawanan ini, malah dengan perlawanan yang terdahulu juga. Kecergasan merupakan faktor utama membuatkan pemain Malaysia “berbontot berat”. Tidak mempunyai daya untuk bersaing dengan pemain yang lebih cergas dan lincah serta mempunyai stamina yang tinggi.

Perlu diingatkan bahawa, kecergasan pemain amat penting dalam sesuatu perlawan. Ianya bukan sahaja melibatkan kesediaan fizikal, malah ketahanan mental juga terlibat dengan cara tak langsung. Mempunyai fizikal yang baik dan kecergasan yang optimum, merupakan kunci kepada ketahanan, daya saing, serta keupayaan untuk melancarkan serangan.

Kelemahan ini telah dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan ternyata, LIGA SUPER bukanlah tempat yang ideal buat masa ini untuk bermain bola sepak. Ini bukan liga mencipta pemain. Ini hanyalah liga mencipta nama,main bola untuk dapat gaji, dan untuk mendapatkan insentif menarik dari kerajaan sebagai Pemain Bola Sepak Malaysia.

Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, namun ini adalah perkara asas yang utama perlu dilihat oleh setiap pasukan kelab/ negeri yang bertanding di Liga Super. Ambil sahaja contoh negara luar seperti England. Jika dilihat, keupayaan dan skill, tidak banyak bezanya dengan pemain negara kita. Mungkin fizikal merupakan kelemahan, namun ini juga bukan alasan selagi ada pasukan lain seperti Argentina, Mexico, dan juga Korea Selatan yang mempunyai fizikal yang agak sama.

Penerapan disiplin di dalam latihan merupakan kunci utama. Berlatih 5 hari seminggu, di waktu pagi selama 4 jam dan petang selama 2 jam, merupakan satu solusi menraik untuk diaplikasikan. Dan juga pagi sebelum perlawanan, ianya juga merupakan satu latihan build up kecergasan yang perlu untuk memastikan pemain sentiasa cergas dan berada pada tahap yang optimum.

Pemain Malaysia bukanlah tidak bagus, namun mempunyai disiplin yang kurang, serta motivasi pasukan dan diri yang lemah. Tidak perlu menunding FAM tentang perkara ini selagi pasukan kelab / negeri juga tidak menghasilkan pemain yang bermutu untuk mewakili pasukan negara. Mahu salahkan B. Sathianathan? Tidak perlu. Dia sudhpun buat kerja dia. Dan pilihan yang dia ada juga, hanyalah yang “bolehlah” sahaja. mahu tidak mahu, tanggungjawab sudah tergalas dan dia telahpun memberikan apa yang terbaik.

Solusi?

FAM, Pasukan Kelab / Negeri, Pemain-pemain, serta penerapan sains sukan. Ini semua perlu dikaji semula. Semua pihak perlu saling berganding bahu dalam melahirkan pemain yang betul-betul berbakat dan mempunyai kecergasan yang tinggi untuk mewakili pasukan bolasepak Malaysia.

Taktik? Pemakanan? Fizikal? Penerapan Set-Piece? Skill? dan bermacam-macam lagi persoalan. Sekiranya suara rakyat diambil kira, dan sebetulnya, mereka-mereka ini perlu melakukan perubahan demi menjaga nama pasukan negara. Inginkan peminat memenuhi stadium pada setiap perlawanan? Kutipan tiket tinggi semula? Fikirkanlah wahai penjaga amanat bolasepak Malaysia.

Ibarat “kredit handphone sudah kehabisan, lagi mau miss kol”.Assalammualaikum.

update : Sedikit Video Kemarahan peminat dan kata dari B. Sathianathan. Well, saya menyokong kata-kata beliau. Lga M bukan liga bolasepak.

B. Sathianathan Dan Peminat Bola Sepak Malaysia

*p.s:ibarat tadi tu memang disengajakan..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

FAM Semakin Lemah

Berikutan keputusan FAM untuk membekukan pemain import pada Liga Bolasepak Malaysia musim depan, aku amat tidak bersetuju dengan natijah berikut. Tindakan sebegitu sebenarnya, lebih banyak membuka kelemahan FAM dalam mengendalikan sukan berprestij kegemaran rakyat Malaysia secara am-nya.

Kenyataan bahawa, ianya adalah untuk memberi peluang kepada pemain tempatan untuk lebih menyinar dan menyerlah, ternyata meleset dan keputusan tersebut dibuat berasaskan individu dan bukannya dari pemikiran seorang peminat bolasepak yang tegar.

Pertama sekali, alasannya adalah kerana kebanjiran pemain import membuatkan pemain tempatan tidak kompetetif serta mengurangkan kualiti pemain tempatan khususnya penyerang. Di sini, ingin aku menekankan bahawa profesionalisma apakah yang dibawa dalam liga bolasepak kita ini. Sebagai tulang belakang atau induk dalam merencanakan bolasepak negara, pemikiran dan keputusan untuk membekukan pemain import sebenarnya menunjukkan bahawa pemain kita sangat lemah dan lembik untuk bersaing dengan pemain luar negara yang lebih bersungguh serta beretika.

Ketiadaan pemain import juga, membuatkan FAM semakin memanjakan pemain-pemain tempatan yang sebenarnya sudah naik lemak serta tidak patriotik dalam membawa nama negara ke tahap yang lebih baik dalam bola sepak. Sebenarnya, era profesionalisma bolasepak negara kita juga tidak pernah mencapai objektif malah semakin menurun tahapnya, berbanding pada zaman semi-pro yang kegemilangannya, sampai sekarang masih belum lagi dapat diulang kembali.

Kita tidak perlu menunding jari kepada pemain import dalam hal ini. Pemain tempatan kita sendiri perlu bersaing dengan pemain import dalam menunjukkan mereka benar-benar berada di kalangan terbaik dan mampu bersaing dengan pemain berkaliber di luar negara yang lebih kompetetif.Masalah lain pula adalah berakar dari FAM sendiri. Pembabitan orang politik dalam bolasepak, sebenarnya tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan pembaziran wang, masa, dan tenaga.

Bagaimana anda ingin menerajui sesuatu oraganisasi sukan sedangkan anda sendiri tidak mempunyai minat yang bersungguh dalam memajukan bolasepak negara. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai melantik seorang doktor untuk membuat kerja seorang tukang rumah. Ianya tidak relevan sama sekali. Sepatutnya, kita perlukan seseorang pentadbir yang mempunyai latar belakang yang baik dengan sukan tersebut serta mempunyai beberapa lagi pegawai tertinggi yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bolasepak.

Panggilah seberapa banyak jurulatih yang bagus sekalipun, ianya belum tentu dapat mengubah apa-apa dalam meningkatkan mutu bolasepak negara kita. Sebetulnya, kita perlukan presiden yang terdiri dari bekas pemain negara, pengurus sukan bolasepak negeri yang terdiri daripada bekas pemain bola sepak yang baik, serta proses pemilihan pemain yang lebih ketat, serta lebih berdisiplin. Perbuatan memanjakan pemain sebenarnya perlulah di hapuskan sama sekali.

Biarlah kita kalah berbelas kosong sekalipun, tetapi pemain tersebut merupakan pemain yang bersungguh-sungguh untuk bermain membawa nama negara. Pada permulaannya, ianya pasti akan menimbulkan sedikit masalah, namun sekiranya pemilihan pemain lebih ketat, tanpa berkompromi dengan disiplin dan etika seorang pemain bolasepak professional, pastinya keadaan bola sepak negara akan menjadi lebih baik dari sebelumnya dan negara kita akan disegani semula sebagai “Harimau Malaya” dalam arena sukan bolasepak.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!