Epilog-Pencarian

July 9, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Ikutkan rasa, tidak ada satu buah fikiran atau pun satira yang ingin aku nukilkan disini. Namun, kerana ikutkan hati, jari ini bergerak dengan sendiri ke atas papan kekunci. Dan sebab ikut akal, aku mula menaip sesuatu. Rasa seperti diri ini dibelenggu semacam keresahan, setiap saat, ia semakin menggugat pemikiran normal untuk menjadi sebaliknya.

Perasaan ini, sering datang berulang, menerjah segala isi pelusuk hati dan merobek kesuciaan yang murni pada malam-malam hari. Aku tidak mahu bercerita tentang perasaan, tetapi perasaan itulah yang membuatkan aku manusia, seorang yang sering alpa dengan suruhan tuhan namun bingkas pula bangun dari tidurnya, jika di berikan hidayah dan rahmat.

” Indahnya jikalau setiap pilihan yang salah, kita boleh ubah”.

” Aku seorang yang perahsia dan sebab itu aku menulis lagu”

Sakit rasanya hati, bila mengejar seseorang yang kita cintai dan sayang, yang telahpun di “usya” oleh orang lain. Aku mempunyai prinsip hidup agar tidak menggangu perhubungan yang sudah termeterai walaupun belum bernoktah. Adakah aku pengecut? Takutkah aku sekiranya aku berkorban kebahagiaanku, untuk melihat si dia gembira?

Apa yang aku pasti, sekiranya kita telah pun ditakdirkan, jika bukan sekarang, mungkin esok hari. Ramai yang bertanyakan soalan kepadaku, bagaimana aku boleh setia menyintai dan menyayangi hanya seorang perempuan dalam hidup aku?

Jawapan aku: “Sebab amat mudah bagi kita membenci seseorang, tetapi bukan mudah untuk menyayangi, apatah lagi melupakan.”

Setiap perhubungan, bagiku, perlu bermula dengan keikhlasan. Ianya ibarat telur ayam. Semakin kuat kita genggam, semakin mudah ia pecah. Aku bukan pemikir agung. Aku hanyalah seorang manusia, yang tidak pernah putus asa dengan kegagalan dan segala macam rintangan hidup. Bagiku, sabar adalah tiang pendirian, usaha adalah tangga kejayaan, dan tawakal adalah tanda keutuhan iman.

Kalau dulu aku mengejar rupa, tapi sekarang aku mengejar hati. Kalau dulu aku mengejar wang, sekarang aku mengejar kebahagiaan. Kalau dulu aku merebut cinta, sekarang aku mengejar sayang. Hanya 1 saat diperlukan untuk aku jatuh cinta, tapi ianya memerlukan seluruh hidup untuk menyayangi seseorang.

Ini bukan repekan, dan juga bukanlah novel picisan. Ini adalah diari hati, diari seorang lelaki.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apabila Jatuh Cinta Dengan Orang Yang Kau Tidak Sangka

June 2, 2008 by uzair  
Filed under Macam-Macam, Personal

Well, aku rasa, ianya agak kureng untuk aku postkan entry ini, tetapi mungkin lebih baik sekiranya ada pandangan dan buah fikiran dari rakan-rakan blogger sekalian. Cerita ini, biarlah aku jelaskan disini, tiada kena mengena dengan aku, tetapi untuk menjadikan setiap ayat dan tutur bahasa aku disini lebih dekat dengan korang semua, jadi aku mengambil alih menjadi pelakon utama dalam entry ini. Sebelum itu, aku amat gembira kerana blog aku di Miijoo.com telah menerima 24K visitors dari stumbleupon hanya kerana cerita tentang seorang tentera bersara Perancis dalam percubaannya memecahkan rekod dunia untuk berlepas dari ketinggian 140K kaki dari tanah dan percubaan memecahkan rekod kelajuan bunyi. Sesungguhnya, ia sesuatu yang mengujakan bila melihat blog kita menjadi popular hanya kerana di”stumble”.

Begini, pada mulanya, aku tidak ada mempunyai apa-apa perasaan setelah dikecewakan dan aku banyak mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dalam banyak hal serta tidak bercampur gaul dengan rakan-rakanku seperti biasa. Dan memang tindakan aku itu, sebenarnya lebih menambahkan tekanan dalam jiwa ni. Sepatutnya, rakan-rakan akanmenjadi pendorong bagi aku, jadi tidak perlu aku menjauhi mereka. Lalu, kau cuba menjadi diri aku kembali seperti dulu, seperti sebelum aku dikecewakan, seperti sebelum aku ditakdirkan bercinta.

Ternyata langkah yang aku ambil itu, tidak silap dan aku menjadi semakin ceria dan gembira dalam hidup yang selama ini, aku rasakan amat gelap sama sekali. Dan aku berjaya mengenali ramai gadis-gadis yang sebelum ini, aku elakkan kononnya ingin berlaku setia dengan pasangan yang terdahulu. Rasanya, aku sangat bertuah kerana kebanyakannya memberikan respon yang sangat baik dan kadang-kadang, sifat caring diorang itu, sudah terlebih dari caring seorang kawan. Namun, aku cuba mengelak dari perasaan-perasaan seperti itu kerana ianya seperti berlaku dengan cepat dan kali ini, aku tidak mahu tergopoh-gapah dalam perhubungan selepas ini.

Terus-terang aku katakan, dalam 5 orang gadis yang aku kenali, ada seorang yang betul-betul menarik perhatian aku. Walhal, aku lebih rapat dengan 4 orang yang lain. Dan dengan dia, kami bolehlah dikatakan hanya kawan satu office yang perhubungan, hanya terhad bila bekerja sahaja. Namun, dia unik dari yang lain dan aku tidak pernah terlintas untuk menjadikan hubungan kami lebih rapat dari sebelumnya.

Jikalau dia moody, aku akan cuba untuk membuat dia tidak bosan dan menceriakan kembali keadaannya. Cuma apa yang aku perasan, aku boleh sifatkan dia ni mempunyai ciri-ciri player kerana aku amat arif tentang orang yang bersikap begini. Tetapi, menjadi orang yang pertama dalam banyak hal adalah menjadi kebanggaan aku bila memecahkan tembok seorang perempuan yang memang betul-betul ego. Dan, apakah yang korang rasa jikalau ego seorang perempuan tersebut hilang bila berdepan dengan aku?

Mungkinkah rasa hormat, atau ianya seperti mempunyai perasaan yang lain? Aku tidak mempunyai jawapannnya sekarang, tetapi apabila jatuh cinta dengan orang yang aku sendiri tidak sangka, rasanya agak janggal sedikit. Seseorang yang aku rasakan seperti tidak mempunyai apa-apa tapi kali ini, memberikan satu definasi lain terhadap aku.

Buat masa ini, aku akan cuba mengelakkan perasaan platonik ini, sehinggalah aku tidak lagi berdaya menghalangnya. Dan apabila waktu itu tiba, akan aku jaganya seperti menjaga nyawaku sendiri.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!