catzer
Wednesday, March 11th, 2009
by uzair
Baiklah, hari ini, ada satu lagi review yang perlu disetelkan.Perlu diberi perhatian sekali lagi, bahawa review ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu mahupun atas influence disebabkan wang ringgit. Jadi, ianya adalah betul-betul tulus dan ikhlas dan aku tidak akan memihak pada mana-mana sekalipun.
Sebelum itu, apakah yang dikatakan tentang Bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh saudara saudari Catzer ini?
Bengkel Wordpress ini adalah untuk mereka yang mahu mengurangkan perbelanjaan memiliki dan menguruskan laman web serta mengetahui selok-belok untuk meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform Wordpress sebagai laman perniagaan anda.
Mungkin ramai di antara anda semua sudahpun tahu bagaimana untuk mengendalikan blog atau website dan sebagainya, dan diingatkan di sini, bahawa sasaran bengkel ini adalah kepada individu-individu atau pun organisasi-organisasi perniagaan yang mahu memperkenalkan perniagaan anda atau menjelmakan imej anda kepada prospek yang lebih meluas lagi.

Tahukan anda tentang pembinaan imej, merupakan satu faktor penting untuk anda mahupun perniagaan anda agar lebih dikenali dan juga membina satu trust yang amat penting di antara anda dan juga klien. Dengan adanya blog, ataupun laman perniagaan anda sendiri, ianya bakal memberikan impak yang lebih berkesan terhadap prospek perniagaan anda di mata bakal-bakal klien.
Walaupun ada banyak jenis CMS seperti Joomla, Drupal, PHPNuke, dan sebagainya, yang boleh dijadikan platform untuk anda memperkenalkan perniagaan anda, bagi pendapat aku sendiri, Wordpress merupakan satu platform yang lebih mudah dan efektif untuk semua orang, yang menjadikan masa itu merupakan input yang paling penting.
Kelebihan menggunakan Wordpress sebagai platform untuk membina laman web adalah:
1) Mudah diselenggarakan
2) Mempunyai banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menyesuaikan projek, atau perniagaan anda
3) Tidak memerlukan PHD atau master untuk diselenggarakan.
4) Mempunyai banyak ruang untuk di kembangkan dan mempunyai ribuan themes yang boleh digunapakai.
5) Ianya sangat mudah, dan senang untuk diintregasikan dan paling penting, user-friendly.
Ini adalah di antara kelebihan-kelebihan yang ada sekiranya anda merupakan pengguna Wordpress.Dan, lebih menarik lagi, anda semua boleh menjimatkan masa anda. Ada yang berkata, nak buat web ni free jer, dan boleh search kat Google.
Tapi tahukan anda, orang yang bijak adalah orang yang menghargai masa. Sekiranya anda yang tidak tahu apa-apa, saya sarankan anda untuk menghadiri bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh Catzer ini untuk menyingkatkan perjalanan pelajaran anda dan seterusnya menggunakan kelebihan masa itu untuk membina imej dan brand anda seterusnya menjana pendapatan yang berkali ganda dari sebelumnya.
Saya amat menyarankan kepada sesiapa yang ingin mendalami bagaimana untuk menggunakan Wordpress sebagai platform CMS atau blog anda ataupun bagi membina jenama syarikat, Bengkel Wordpress anjuran Catzer ini adalah yang terbaik. Hanya dengan RM 290, agak murah jika dibandingkan dengan seminar0seminar lain yang hanya lebih kepada teori dan motivasi, bengkel ini lebih kepada hands-on.
Belajar sambil buat. Cara paling mudah dan berkesan untuk anda mempelajarinya. Mari rakan-rakan yang sudah frust dengan Blogstarz, hadiri bengkel ini dan pelajari apa tidak di ajar oleh Bos anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Friday, January 23rd, 2009
by uzair

Fishin' in the paddy fields by Ben's
Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rezekinya ke atas diri dan keluarga serta insan tersayang yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan nasihat yang diperlukan dalam mengharungi perniagaan serta kehidupan.
Berbalik pada tajuk hari ini, saya ingin mengumumkan tentang pertambahan dua lagi blog ke dalam Positive Media, iaitu syarikat yang menjalankan penerbitan media digital. Pertama sekali, objektif syarikat adalah untuk melibatkan diri dalam bidang “web publishing” serta ingin meluaskan rangkaian network dalam skop-skop industri utama iaitu Automobil, ICT, Entertainment, dan perkara-perkara berkaitan yang seiring dengan objektif penubuhan.
Setelah Newbie Webmaster oleh Catzer, Gaming,Gunpla, Movie & Music oleh Mohd Nazif, dan kini ditambah pula dengan Financial Analyst oleh Mohd Redzuan serta Informasi Komputer Dan Teknologi oleh TecIT. Menyusul selepas ini adalah laman web Positive Media sendiri serta proses restorasi dan pembaharuan untuk Miijoo.com.
Newbie Webmaster oleh Catzer.
-Blog ini dikendali oleh gadis comel, atau lebih popular dengan nickname Catzer dan sudahpun lama berada di dalam blogging ini. Dan sepatutnya, tidak layak sekiranya terma “Newbie Webmaster” itu digunakan. Skill dan pengalamannya sudah lebih untuk terma seperti itu. Namun saya difahamkan bahawa blognya ingin menjadi satu tempat bagi golongan-golongan newbie yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam dengan perniagaan internet.
Servis yang dikenakan oleh Catzer juga adalah amat berpatutan dan hasil kerjanya juga bermutu. Jadi bagi anda yang baru untuk mengenali dunia perniagaan internet ini, adalah disarankan untuk menjenguk ke blog Catzer sebagai permulaan dan seterusnya, boleh menempah servis beliau bagi meneruskan hajat anda semua.
Mohd Nazif.com
Sebetulnya, Mohd Nazif a.k.a Apek, merupakan rakan persekolahan saya dahulu di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan kami berada di dalam satu kelas dari Tingkatan 4 hingga tamat persekolahan. Ada banyak cerita nakal, gembira dan sedih, namun itu semua tidak menghalang kami untuk berjaya dalam kehidupan dan pelajaran masing-masing.
Mohd Nazif juga boleh dikatakan “otai” dalam blogging ni, namun lebih banyak mendiamkan diri dan hanya menulis untuk minatnya sahaja. Satu perkara yang tidak berubah sejak dari sekolah, Music, Manga, Gunpla, Dan Anime. Juga merupakan HardCore Gamer serta Gadget Evangelist dan menjadi penulis tetap bagi ruangan itu untuk majalah IT online kami nanti. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengorek rahsia, Cheat Code dan sebagainya, boleh meneruskan hajat anda di blog beliau.
Mohd Redzuan.com
Saudara Redzuan a.k.a Wan merupakan rakan pejabat saya dan juga merupakan antara co-founder di dalam Company adalah seorang Finacial Analyst yang banyak melibatkan diri dalam Economy Research, Funds dan pemerhatian mendalam tentang pelaburan dalam sektor Bonds, Funds, IPO, dan lain-lain lagi.
Juga seorang pelabur, dan pemerhati yang bijak menduga keadaan ekonomi semasa, beliau amat sesuai untuk menceritakan dan berkongsi pengalamannya dengan anda tentang pelaburan.( Bukan Pelaburan Internet!) Dan di atas nasihatnya juga, banyak menyelamatkan portfolio pelaburan saya pada waktu suku akhir tahun lepas. Jadi, pandangannya tentang ekonomi serta Future Investment, adalah sangat menarik untuk dikongsi bersama.
TechIT
Diilhamkan atas sebab ingin menjadi peneraju dalam memberikan maklumat tentang IT, Komputer dan Gadget kepada masyarakat Malaysia, khususnya bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan mendalami ilmu tentang pengkomputeran. Blog ini memberikan penekanan untuk sama-sama meng “educate” rakyat malaysia, tentang ICT, khususnya Do-It-Yourself (DIY).
Dan yang menarik adalah, ianya berbahasa melayu dan sekiranya ada maklumbalas yang baik, kami akan adakan dwi bahasa. Disamping itu, kami juga akan menerbitkan majalah online percuma untuk diedarkan kepada pengunjung-pengunjung kami pada setiap bulan. Sasaran kami adalah untuk membawa seberapa ramai rakyat malaysia untuk keluar dari kepompong buta IT yang masih lagi tidak berubah peratusannya.
Jadi, diharap anda semua dapat menyokong kami dalam membawakan sesuatu yang segar disamping dapat mempelajari dan berkongsi ilmu di antara satu sama lain.
Founder- Ahmad Uzair Bin Ahmad Fuzi
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Sunday, April 27th, 2008
by uzair
huh..Ingatkan semalam nak post, tapi disebabkan Manchester United kalah..aku jadi tension.Terbawa-bawa hingga ke alam mimpi. Shit!. Tapi tidak mengapa. Aku still konfiden yang MU boleh juara lagi tahu ini. So, sesiapa yang tidak suka dengan aku pasal aku sokong MU, kau memang tahi! Jangan pasal bola kita bertelagah ok?
Semalam aku ada buat peraduan meneka barang apa yang aku nak beli, tapi tak dapat sambutan.Takpelah.Blog baru, so, orang pun tak ambil port sangat. Yang komen hanya catzer sahaja.Walaupun apa yang dia teka tu salah, aku bagi jugak hadiah tu kat dia.Pasal memang aku nak bagi sesuatu dekat orang yang menjadi visitor blog ini.
So, apa yang aku beli?

yeah..laptop baru. Hanya berharga RM 1799.Jenama Compaq.
Spec dia:
AMd Turion 2.0Ghz
2GB RAM
15.4″ Screen
Aku hanya gunakan untuk buat kerja sahaja.Mobile.So, aku takkan terlepas untuk blogging walaupun aku keluar kemana-mana.Hajat di hati nak beli MACbook Air, tapi aku rasa tak berbaloi pulak. Dan aku juga beli sebuah washing machine baru berjenama Samsung.Tapi, sampai sekarang, belum dapat lagi. Aku rasa macam nak amuk je nih.Takkan Jusco lambat macamnikan? Anyway, aku akan pergi jenguk mesin basuh aku tu kejap lagi.

Ini resit pembelian.Aku ni memang suka beli barang.Tapi bukan membazir tidak tentu pasal.Semuanya perlu ada sebab. So, sekarang ada dua platform aku nak blog and buat business, and satu lagi, untuk menggantikan mesin basuh lama yang dah tak boleh nak spin.
Pemenang peraduan semalam ialah saudari Catzer kita.Tahniah.Walaupun dia salah teka, aku tetap jugak nak bagi dia duit sebab dia komen peraduan aku dan berusaha untuk teka.Dan selepas ini, aku akan umumkan warga network yang terbaru.Agak-agak sapelah dia yer…
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!