Bonus Rahsia Clickbank-Update
- 3
- Add a Comment
Baiklah, selepas semalam aku cuba untuk conquer keyword “bonus rahsia clickbank” ini, akhirnya, ia memberi keputusan yang positif pada hari ini, walaupun ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk berada di dalam serp, iaitu lebih kurang 3 jam dari masa mula-mula post aku dipublishkan.
Aku mengambil kira ranking di Google.com dan juga di Google.com.my. Keputusannya adalah:
1) Google.com = Ke 16
2) Google.com.my = Ke 5
Ranking yang aku maksudkan adalah bukan kepada domain, tetapi kepada page Bonus Rahsia Clickbank yang aku post semalam. Jadi, setakat pada hari ini, keputusannya adalah memberangsangkan tanpa melakukan banyak kerja untuk link building dan sebagainya.
Fokus utama aku semasa menulis adalah menulis untuk dibaca oleh visitors, bukan untuk bots-bots dari search engine.Jika diperhatikan ranking aku di Google.com .my , pages-pages yang berada di atas aku merupakan pages yang dari social site dan juga forum.
Perkara yang paling penting mengikut pengalaman aku dalam SEO(walaupun aku agak malas untuk SEO) adalah, membuatkan Google merasakan page atau website/blog korang, relevan dengan keyword yang korang cuba aim. Ia sebenarnya tidaklah sesusah mana. Perlukan sedikit usaha untuk improvekan page dan blog masing-masing.
Perlu diingat, aku masih lagi tidak menggunakan direktori untuk submit page BonusRahsia Clickbank ini. Semuanya menggunakan teknik yang free dan yang biasa ko dengar di mana-mana blog dan juga forum. Untuk berlaku adil, aku menetapkan selama 7 hari bermula dari semalam, untuk aku rank first dalam keyword “bonus rahsia clickbank” ini.
Dan objektifnya juga, bukan untuk rank tempat pertama dalam masa 2,3 hari, tetapi dalam jangkamasa yang lama. Jadi, sekurang-kurangnya, ia akan membuktikan, samada teknik yang aku pelajari selama ini,tetapi aku tidak gunakan sangat, berkesan atau tidak.
Jumpa esok saja!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


