Cabaran Untuk Menguruskan Badan Dalam Masa 7 Hari Sebanyak 7 KG
- 13
- Add a Comment
Assalammualaikum, haha.Cabaran di atas agak mustahil bukan? Namun aku telah pun membuat pesanan dan mungkin dapat dalam Selasa ini. Jadi, keputusan akhir hanya dapat diketahui pada Selasa minggu depan. Cabaran aku kali ini adalah untuk turun berat badan sebanyak 7 KG.
Infact, sebenarnya aku tak kisah,janji turun. Tapi kalau target tu reliable and tinggi sikit, sekurang-kurangnya aku mungkin agak hampir dengan target tadi. Aku cuma memesan 3 peket pelansingan yang cuma berharga RM 50. Setiap paket berisi sebanyak 10 pil. So, 3 peket, 30 pil kesemuanya.
Sebenarnya, aku nak jadikan cabaran ini “live testimonial”, supaya orang lain dan aku sendiri dapat tahu produk ini benar-benar berkesan atau tidak. Sekiranya ia berkesan kepada aku, aku akan cuba promotekan produk ini kepada kamu semua. So, aku nanti tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku apa-apa pada diri masing-masing setelah menggunakannya.
Berat badan aku kini ialah 74 Kg. Dengan ketinggian hanya 175 cm, ianya buncit sedikit di perut. Muscle di perut yang sebelum ini ada 6 pack, sekarang tinggal dua pack, tu pun bukan side-by-side, but top and bottom. So, kamu bayangkan sendiri keadaannya.Dan dengan “chamber”(breast) aku yang kelihatan seperti mahu membesar seperti jaguh, aku tidak dapat menerimanya. Ianya sekarang mampu untuk muat dalam sarung breast berukuran cup 32 B.
Aku ingin kembali kepada berat badan aku yang ideal dahulu iaitu 65 kg. Di kala itu, ke’cute’tan aku amat terselah disampung aura macho yang amat biasa bagi lelaki berzodiak Libra. Ya, lelaki Libra seperti aku mempunyai aura tersendiri. Kemaskulinan aku perlu dipulihkan semula. Keadaan sekarang menampakkan saham aku semakin jatuh merudum.
So, sebelum aku menutup pena digital aku hari ini, berikanlah kata-kata semangat mu wahai teman-teman blogger yang kukasihi.Sekiranya aku meninggal akibat mengambil pil ini, aku mohon ampun terlebih dahulu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



