The Joker(Heath Ledger)Dapat Kritikan

August 6, 2008 by uzair  
Filed under Movie Review, Sesaje

Bagi sesiapa yang dah pun menonton filem The Dark Knight bulan lalu, pasti kamu semua teruja dengan filem aksi tersebut, lebih-lebih lagi, watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger, yang memang tidak dinafikan begitu berkesan sekali.

Kritikan yang sihat diberikan pada hasil lakonan mendiang, tetapi kali ini, datangnya dari dua Ahli Parlimen British. Dalam berita harian hari ini, filem ini mula mendapat perhatian akibat perlakuan ganas yang dilakonkan oleh watak Joker, yang dikatakan, akan memberikan pengaruh yang buruk bagi kanak-kanak, khususnya bagi umur di bawah 12 tahun.

Kedua-dua ahli parlimen hairan bagaimana filem tersebut melepasi kawalan tontonan bagi umur 12 tahun ke-atas. Tetapi, bagi aku pulak, ini menandakan bahawa, Health Ledger telah menjadi legenda dengan filem ini, akibat dari watak Joker yang mendiang lakonkan. Memang tidak dinafikan, aku lebih menyukai Joker dari Batman sendiri untuk filem The Dark Knight ini.

Aku tidak mahu sesiapa lagi melakonkan watak Joker.Biarlah ia mati sendiri, bersama dengan Heath Ledger. The Best Joker i’ve ever watched in my whole life. Anyway, why so serious?? HAHAHAHAHAHA!!!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!