10 Perkara Yang Kau Perlu Tahu Tentang Aku
Hari ini, idea agak kureng setelah agak kepenatan semalam, jadi entry kali ini, hanyalah sebagai penambah perisa dalam blog ini. Ramai orang cuba untuk berkenalan dengan aku, tapi tidak ramai yang stay sebab niat diorang untuk berkawan dengan aku.
Aku tidak mengatakan aku jejaka hot, tapi mungkin rezeki masih berpihak pada aku. Aku tidak pernah mengimpikan wanita yang sangat hot dan cantik, berbeza dengan aku yang hitam dan kepam ini. Adakah aku pandai bermain ayat.Huh, aku bukan jiwang dan romantik.Berikut adalah 10 perkara yang kau perlu tahu tentang aku.
1) Aku Sangat Suka Dengan Muzik
- Ia sudah menjadi darah daging aku.Tiada apa dapat mengubahnya.Dari zaman sonic youth dan Nirvana, ubah rasa ke heavy metal dan trash and lastly, slow-rock dan pop. Muzik menginspirasi aku.
2) Aku Seorang Yang Pemalu
-Serius, memang aku seorang yang amat malu.Lebih-lebih lagi, bila berhadapan dengan gadis-gadis comel. Memang terkedu. Tapi, bila dah kenal, akulah yang paling tak malu. Tapi tu dulu. Sekarang tidak lagi.Kemaluanku tidak lagi seperti dulu. Aku bisa berkawan dengan sesiapa sahaja, tidak kira gay,lesbian, atau sesiapa sahaja.
3) Gua Slumber Beb
- Slumber nih, memang susah nak cakap. Maybe ia adalah sifat kepala otak aku yang terlalu open-minded. Kalau aku rasa tak faham, memang aku terus tanya. Sampaikan kawan-kawan perempuan aku dulu kata aku gatal. Bukan aku sengaja, tapi memang begitu. Aku sukakan jawanpan dari setiap persoalan.
4) Aku Sayang Baby(Budak-budak)
- Ini memang aku tak boleh nafikan. Kau boleh tanyakan sesiapa sahaja dari kalangan saudara-maraku ataupun keluarga, aku memang sangat suka gile babas dengan budak-budak.Ini membuatkan aku popular dikalangan mereka terutamanya bila balik kampung. Terharu bila teringat sepupu atau anak sepupuku yang masih kecil, menangis bila aku pulang dan bertanyakan bila aku akan pulang menemui mereka. Perasaan yang sangat indah.
5) Giler Jeans
-Ini satu perangai yang aku cuba nak kikis. Sebab ia dah banyak kikis duit aku.Tapi, perasaan ini meronta-ronta.Akhirnya, aku tetap macamtu.
6) Aku Tidak Hensem
-Ha..ini statement paling ikhlas dari aku. Dengan penuh jujur aku mengaku yang aku memang tidak ada rupa yang hensem, sebab aku pun tak pernah nak ambil tahu apakah kriteria hensem yang sebenar. Bagi aku, semuanya hensem dan jangan rasa rendah diri, akan ada mata yang datang dari bakal isteri kau, melihat kau hensem.Perempuan yang matang dan bijak, akan mengenepikan hensem dan wang ringgit. Mereka akan lebih inginkan seseorang yang mampu memberikan kebahagiaan dan perlindungan, serta kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi.Perempuan amat sukakan belaian.So, kalau ada gadis-gadis comel diluar sana yang ingin berkenalan, aku sudi menerimanya.Perhatian, rupa tidak menjadi ukuran untuk berkawan dengan aku.
7) Ish..Gatal!
-yes, aku memang sangat gatal.Dan sangat terbuka.Aku suka berkawan dengan lelaki atau perempuan yang sangat terbuka.Terbuka dalam menerima dan memberi.Aku mungkin nakal, tetapi tidak jahat. Sifat lelaki tulen memang begitu.
Aku suka Main
-Aku suka main guitar, main chess, main games, main komputer, main bola sepak, main futsal, main panjat gunung dan macam-macam main lagi yang aku tidak dapat lanjutkan didalam penulisan ini.Yes, aku aktif dalam sukan.Dan menonton video.
9) Aku Mempunyai Barang Sepanjang 7″
-Jangan tanya apa barang tuh.Aku takkan jawab!!!Full Stop!!!
10) Aku Lelaki
-Nak aku describe in details ke? I don’t think so!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







