buat duit di internet

Bagaimana Mahu Membuat Duit Di Internet-Panduan Asas

Atas permintaan, akhirnya aku terpaksa jugak untuk menulis entry tentang tajuk ini.Seboleh-bolehnya, aku ingin mengelakkan, akan tetapi, dengan niat yang baik, aku akan elaboratekan satu persatu. Entry ini sebenarnya telah lama aku buat, tapi terpaksa aku polish kembali kerana ia nampak ke arah middle-end user , maknanya, lebih tertumpu kepada orang yang faham apa itu perniagaan internet.

Secara basicnya, aku klasifikasikan tiga income yang boleh kita jana dekat internet.

1) Penjualan Produk

-Ianya samada kau telah pun mempunyai produk sendiri untuk dijual dan satu lagi ialah dengan menjadi affiliate.Iaitu, kau memasarkan produk orang lain, dan menerima komisen di atas setiap penjualan yang dibuat oleh kau.

2) Pengiklanan

-Ianya sangat meluas. Apa-apa pun, pengiklanan akan berada di mana-mana di internet.Di blog, di social site seperti Friendster dan sebagainya, di surat khabar online, dimana-mana.

3) Selling Your Skill

- Maksudnya, kau menggunakan kelebihan yang ada pada diri, untuk menjual sesuatu. Contohnya, jika kau pandai dalam membuat artikel yang menarik, kau akan jumpa istilah Copywriter. Kalau kau pandai design, kau Designer. Bermakna, orang membayar untuk mendapatkan service dari kau.

So, sekarang ini, bagaimana kau boleh utilizekan kedua-dua source income ini? Sebenarnya, memang tiga source income ini akan berkait rapat. Apa yang perlu kau tanyakan diri kau sebelum kau bermula, adalah bukan keupayaan atau wang ringgit, tetapi passion dan interest kau terhadap apa yang kau akan buat.

1) Apa kelebihan yang kau ada, yang kau boleh gunakan sebagai punca pendapatan

2) Apa produk yang kau ada, atau yang kau rasa, boleh dijualkan

3) Apa yang kau rasa, kau boleh sediakan untuk menyelesaikan atau memudahkan orang lain

Tetapi, apa yang aku ingin tekankan disini, aku lebih suka kepada idea produk yang dapat memudah dan menyelesaikan masalah orang lain, setidak-tidaknya, mengurangkan. Buat masa ini, aku akan tekankan ini sahaja. Tanya diri, luaskan pergaulan, pandangan dan pembacaan. Pasti kau akan terjumpa sesuatu yang boleh kau boleh utilizekan dan mempunyai potensi. Aku akan membuat buku pasal perkara ini, sekiranya ada 10000 orang yang request. Kerana tajuk ini sangat besar, meluas dan detail. Aku tidak suka bercakap benda asas terlalu banyak kerana kau boleh dapatkannya di buku Irfan Khairi, SaifulSham dan juga yang lain-lain.Jumpa lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Perniagaan Internet Ini Sangat Hebat Jika Kau Kreatif

Scream Madness

Hari ini, di tengah aku mengantuk akibat kekurangan waktu tidur yang mencukupi, datang idea kreatif yang sangat menarik yang aku juga tidak sangka akan peluangnya yang sangat-sangat terbuka di Malaysia, mahupun di international.

Dan hari ini dikira sangat bertuah untuk aku kerana tiba-tiba dapat mengesan niche yang selama ini, mempunyai market dan potensi yang sangat besar jika marketing effort dilakukan dengan sewajarnya. Apa-apa pun, aku baru sahaja menghantar faks dan email kepada syarikat yang berpengkalan di Hong Kong dan sebuah lagi di Japan untuk bertindak sebagai supplier bagi pihak syarikat aku.

Sekiranya segala details dan pelan berjalan lancar dengan sewajarnya, aku tidak teragak-agak untuk cuba memasarkan produk ini di Malaysia. Sesuatu yang sangat kreatif. Walaupun ianya telah pun mula mendapat tempat di negara lain, namun negara kita masih lagi belum ditembusi oleh produk sebegini. Dan jangan tanya apa produk itu. Sumpah, aku tidak akan bagitahu.

Tunggulah sehingga ianya betul-betul mengikut perancangan, aku akan mula war-war dan pasarkannya. Yang penting, ianya sangat kreatif dan menarik. Bukan e-book sampah,bukan pitch sales, dan juga bukan offer-offer mengarut yang selalunya kita lihat. Ianya betul-betul produk yang amat berpotensi tinggi. Dan juga bukan monsun biz.Ha..Ha..

“Perniagaan internet sangat hebat sekiranya kau kreatif”. Yang penting, ianya berbeza.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!