6 Blog Malaysia Yang Aku Baca Setiap Hari
- 16
- Add a Comment
Aku mengambil peluang tiada kerja yang remeh hari ini dengan membuat satu post tentang “6 Blog oleh Blogger Malaysia” yang aku selalu baca,singgah dan komen. Pertama sekali, ini bukanlah entry yang merepek dan setiap blog yang aku pilih, ada sebab-sebab tertentu untuk aku baca dan meluangkan masa untuk komen. Tanpa membuang masa, aku terukan sahaja entry ini dengan pilhan aku tersebut.
Blog dari saudara Mohd Ismail ini memang menjadi satu sebab untuk aku buka komputer setiap hari.Bukan sebab dia adalah seorang lelaki hot malah jauh dari seksi, tetapi kerana setiap post beliau lahir dari diri sendiri dan setiap post bukanlah post yang merepek apatah lagi merepek. Aku sangat suka dengan gaya bahasa yang digunakan serta jenaka kejam yang selalu terbit dari setiap post tersebut. Apa-apapun, diharap kesibukan masanya sekarang tidak akan membantutkan beliau untuk membuat post yang lebih menarik lagi.
Sebelum tu, aku nak bagitau.Aku bukan suka baca blog dia sebab dia hot babes or apa sahaja yang kamu semua fikirkan, tetapi aku suka baca blog dia pasal dia suka merepek dan merapu-rapu. Dengan ayat bersahaja dan tidak berselindung. Seorang teenagers yang pandai design,melukis dan juga flirting with hot guys? Am i right? Walau apa-pun, setiap post dia memang ada sebab untuk buat aku membacanya.
3) Noktahhitam.com
Noktahhitam, aku memang suka baca rant dia. Enough.Selain itu, kebanyakan postnya memang banyak menceritakan tentang betap rebelnya beliau mengenai isu-isu penting di dalam negara.
Saudara Zool merupakan rakan satu tempat kerja di Jabatan Ketua Menteri Melaka,tetapi berlainan unit.Aku suka baca blog beliau sebab beliau rajin mengupdate blog dia.Kebanyakan cerita-cerita di dalam blog beliau juga amat bermanfaat jika hendak dibandingkan dengan blog aku ini. Harap kau terus menulis Zool.
5)Amanz.my
Blog saudara amanz ini juga menjadi satu tempat yang menarik untuk aku mengetahui informasi-informasi terkini tentang apa yang berlaku di internet, selain daripada membaca blog gigantic dari luar seperti Techcrunch, Valleywag, Silicon Alley Insider dan banyak lagi. Postnya selalu dapat mengikut perkembangan semasa dan ini adalah tempat dan blog yang paling aku suka baca sebab aku memang gila dengan teknologi dan internet serta komputer.
Ha..ni blog yang paling aku suka baca. Memang ada sahaja cerita menarik dari beliau. Apa yang best, adalah sifat sarkastik dia yang samapi buat aku ketawa tidak henti-henti, selain daripada gambar-gambar dia yang diedit memang kelakar habis. Pernah juga dilanda kontroversi tetapi ia tidak menampakkan kesan dan untuk makluman, beliau merupakan blogger paling popular di Malaysia bagi aku, selain daripada Tun Dr. Mahathir sendiri dengan blognya di Chedet.com. Walaupun sarkastik, tetapi dia juga mampu membuat post yang tidak disangka-sangka akan membuatkan anda mengalir air mata.Begitulah hebatnya penulisan beliau. Keraplah mengunjung di blog beliau untuk sarapan berita anda di pagi hari.
Sebelum itu, terimalah video nyanyian aku yang telah pun aku upload ke youtube dan telahpun menerima beberapa ulasan negatif dari pengunjung disana.Aku tidak bertanggungjawab sekiranya kamu hilang deria pendengaran kamu nanti.
Sebenarnya, ada banyak lagi blog yang aku baca tetapi ini adalah pilihan aku untuk blog di Malaysia yang memang aku suka baca dan tertunggu-tunggu post diorang. Apap-apapun, masing-masing ada pilihan dan aku memilih mereka disebabkan oleh karya dan ketegasan mereka melontarkan sesuatu idea dan berita.Selain jenaka-jenaka melampau dan lucah, aku tidak ada benda lain untuk diperkatakan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




