balik kampung

Aku Pulang Ke Rumah

Kampung

Hari ini, aku ingin pulang ke rumah setelah 4 bulan aku lupa tentang asal usulku kerana tuntutan pekerjaan.Aku mengambil cuti pada hari Jumaat ini, jadi cuti selama 4 hari ini akan aku gunakan dengan sebaiknya.

Aku pasti adik-adik aku sedang menunggu dengan penuh sabar kepulanganku.Lebih-lebih lagi, adik perempuanku yang ku panggil kakak, sudah pasti dia ingin menuntut hutang kerana aku telah berjanji akan memberinya hadiah sekiranya dia mendapat pointer 3.00 dalam keputusan akhir Matrikulasinya.Damn! Ini adalah kekalahan aku kali ke-4.

Aku telahpun bersiap-sedia untuk pulang. Pohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa. Sekiranya ada yang tersinggung, maafkan aku.Aku hanyalah manusia yang sering melakukan kesilapan.Sekiranya kepulangan ini adalah kepulanganku yang terakhir, biarlah ia jadi memori yang paling indah dalam hidup aku.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!