Uncategorized
Sunday, September 28th, 2008
by uzair
Ha..ha..Tak sabar rasanya nak raya.Tapi baju satu apa pun tak terbeli lagi. Ni tinggal lagi 2 hari nak raya, aku masih lagi terkankang nak cari baju melayu.Sebenarnya, nak cari yang cecantik sikit.Sebab nak buat pakai pegi keje tiap-tiap hari Jumaat.
Puasla aku cari kat Jusco, Melaka Mall, tapi masih jugak tak jumpa yang berkenan dihati. Ni pun, sepupu aku ada pun tak guna.Langsung tidak memberi buah idea yang baik. Asyik buah mulut je membebel. Kekadang rasa nak bagi buah kaki je pulak.
Apa-apa hal pun, aku nak pegi cari baju jap. Harap-harap, adalah yang bebaik sikit.ED, tolong aku cari baju.Tidak kang, aku malas masak.hahaha..makanla ko nugget tu jer..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Thursday, September 25th, 2008
by uzair
Dalam diam tak diam, hanya tinggal lagi 5 hari untuk kita berpuasa. Setelah bermacam dugaan ditempuh dengan penuh sabar dan tawaduk, akhirnya kita akan menyambut bulan Syawal yang mulia. Hari kemenangan bagi semua umat islam di seluruh dunia.
Aku baru selesai membayar Zakat fitrah aku tadi. Cadangnya, aku ingin membayar esok, tapi, lepas aku beli minyak wangi di Jusco tadi, nampak kaunter pembayaran zakat. Alang-alang, aku terus sahaja bayar disitu. Dulu, ayah aku yang bayarkan. Tapi, sejak dah kerja sendiri dan berdikari jauh dari ibu-bapa, aku perlu membayar sendiri setiap tahun. Tiada gunanya amalan dan kebaikan di bulan puasa ini jika kita tidak membayar zakat fitrah kita.
Jangan ingat shopping sahaja.Beli sampai habis beribu ringgit, tetapi zakat fitrah yang cuma di bawah RM 10 kita tak boleh nak bayar.Aku ingin menunggu hari esok untuk membeli belah kerana dengar khabar tentang pasaraya besar di Melaka akan ada diskaun sehingga 70%. Title diskaun itu tidak bermakna aku akan membeli banyak, tetapi membeli hanya yang perlu sahaja.
Esok sahaja untuk sari berita penting.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Wednesday, September 24th, 2008
by uzair
Aku merupakan hantu DVD dan tidak kisah samada cerita melayu atau antarabangsa. Tetapi, selalunya, aku banyak memilih cerita antarabangsa, kerana kepelbagaian ceritanya dan tidak hanya terikat pada satu-satu genre seperti yang ada di negara kita.
Actually, aku mula-mula tak perasan sangat filem nih, tapi masa aku tengah dok belek-belek cari cerita filem-filem P. Ramlee, aku terpandang satu DVD yang simple sangat tajuk dia. Pensil. Langsung aku tumpukan perhatian aku kat muka depan dia. Laju je tangan aku respon, terus ambik dan tengok sinopsis.
Daripada sinopsis tu, aku baca, filem ni macam biasa-biasa je. Hati aku mula tawar balik. Tapi, memandangkan aku dah lama tak tengok filem tempatan kita, dan budget pulak ada lebih lagi, so aku rembat jugak cerita pensil tu.
Balik, aku terus bukak, dengan boxer cili cabuk aku tu, sambil menghirup nescafe panas dan sedas rokok Dunhill 14, aku mula menyesuaikan mood supaya aku dapat menghayati filem ni. Ternyata ianya menjadi. Cerita hanya baru 15 minit, aku sudah sebak dan air mata aku bergenang. Rasa macam hilang sikit macho, tapi WTF!. Bagi aku, aku tetap juga lelaki walaupun aku sebak. Sebab aku ada unsur kemanusiaan.
Ceritanya, berkisarkan tentang liku-liku kehidupan seorang pemuda cacat bernama Badrul, akibat diserang demam panas semasa berumur 8 tahun. Yang aku kagum tentang cerita ini, adalah tentang bagaimana ia mampu membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah diri
Aku banyak mendapat pengajaran dan penginsafan dan juga penyedaran dengan cerita ini, yang bagi aku, amat menarik untuk ditonton kerana ianya dekat dengan alam realiti dan kisahnya masih releven dengan gaya hidup dan keadaan masyarakat kita sekarang. 4 1/2 bintang aku berikan untuk cerita ini dari 5 bintang. Filem wajib tonton untuk kesedaran.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Monday, September 22nd, 2008
by uzair

This is what I called, Awesome!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Thursday, September 18th, 2008
by uzair

Adakah ini laman muka maybank2u.com yang baru? Aku pasti tidak lama lagi, mereka akan menukarkan muka lama tersebut kepada yang baru ini.Dari apa yang aku lihat, website tidak lagi bercirikan korporat dan sudah mula mengorak langkah untuk lebih web 2.0 dan mudah untuk pengguna menggunakan website Maybank2u.com yang baru ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!