Nyanyi

Cover Song-Mawar Khayalan From Laila’s Lounge

Hari ini, aku agak tidak sibuk sama sekali, jadi aku mengambil keputusan untuk mengupload video yang telah aku rakam 2 hari yang lepas. Actually, aku tengah boring gila dan bersama rakan, aku terus shoot video amatur ini dan menyanyikan lagu Mawar Khayalan oleh kumpulan Laila’s Lounge. Lagu ini juga dijadikan lagu tema untuk filem “Kami” selain dari Meet Uncle Hussin dan kumpulan Couple. Aku sediakan lirik sekali kat bawah untuk korang nyanyikan bersama.

Sebelum itu, aku minta maaf sekiranya lagu yang di’sumbang’kan oleh aku ini,bakal merencatkan perjalanan hidup kamu semua selepas ini.

Mawar Khayalan- Laila’s Lounge

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya

Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya

Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala

Oh mawar khayalan

* update: Disebabkan kepopularan post ini menarik perhatian para-para googlers dan peminat muzik indie, aku menyenaraikan terus link untuk kamu semua mendownload lagu asal. Kamu semua boleh ambik lagu itu di sini. Mawar Khayalan-Laila’s Lounge.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Aku Perlukan Bantuan

Grunge

Jikalau ada yang belum tahu, aku merupakan pemuzik amatur yang telah bermain muzik selama 13 tahun iaitu semenjak aku belajar di sekolah darjah 6 lagi. Dan aku amat bebal apabila berada dalam pilihan untuk memilih software muzik yang terbaik untuk aku gunakan sebagai platform bagi melahirkan muzik-muzik segar ala-ala Eddie Hamid.

Aku ada mengetahui tentang software GarageBand yang ada pada laptop keluaran Apple, dan aku juga cuba mencari sesuatu seperti itu untuk Windows Vista kerana software itu sangat amazing. Tetapi, setakat ini, semuanya hampeh dan tidak sesuai dengan aku yang hanya ada guitar tong Yamaha sahaja.

Jadi, aku perlukan sesuatu yang ada drum loops, dan effect-effect built in yang dapat aku gunakan dalam mem”produce” muzik berkualitas.Bagi sesiapa yang tahu sofware-software sebegitu, bantuan anda amatlah diperlukan. Aku akan jenguk ke PirateBay selepas itu. Apa-apa pun, dengarkan sebuah lagu jiwang dari aku, berjudul, *Kaki ku, Masuk Setengah Di Lubang Jamban*.


Feeder-Feeling A Moment

*Proceed with Caution-May Distract Your Ears and Tear Them Apart. Also contain explicit lyrics that may violate mind, culture and root behavior of yourself. This author of the song doesn’t entitled to any bad or side effect for the cause of hearing the song.Please state in mind that this is for educational purposes only*

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!