Bagi sesiapa yang dah pun menonton filem The Dark Knight bulan lalu, pasti kamu semua teruja dengan filem aksi tersebut, lebih-lebih lagi, watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger, yang memang tidak dinafikan begitu berkesan sekali.
Kritikan yang sihat diberikan pada hasil lakonan mendiang, tetapi kali ini, datangnya dari dua Ahli Parlimen British. Dalam berita harian hari ini, filem ini mula mendapat perhatian akibat perlakuan ganas yang dilakonkan oleh watak Joker, yang dikatakan, akan memberikan pengaruh yang buruk bagi kanak-kanak, khususnya bagi umur di bawah 12 tahun.
Kedua-dua ahli parlimen hairan bagaimana filem tersebut melepasi kawalan tontonan bagi umur 12 tahun ke-atas. Tetapi, bagi aku pulak, ini menandakan bahawa, Health Ledger telah menjadi legenda dengan filem ini, akibat dari watak Joker yang mendiang lakonkan. Memang tidak dinafikan, aku lebih menyukai Joker dari Batman sendiri untuk filem The Dark Knight ini.
Aku tidak mahu sesiapa lagi melakonkan watak Joker.Biarlah ia mati sendiri, bersama dengan Heath Ledger. The Best Joker i’ve ever watched in my whole life. Anyway, why so serious?? HAHAHAHAHAHA!!!
Hari ni, sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengikut rakan yang sepatutnya menjaga kelancaran SMIDEC, tetapi, aku terpaksa pergi ke sekitar Melaka untuk melihat tinjauan dan perkembangan projek TeleCentre. Lawatan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk melihat tempat yang akan digunakan untuk projek tersebut.
Hari ini, sasarannya adalah 5 buah tempat di sekitar Bachang, Ayer Molek dan Perkampungan Portugis. Ada jugalah beberapa keping gambar yang disnap. Sila klik untuk besarkan gambar..
*Aku bersama Abg Zailani yang membawa kami ke tempat Projek*
*Kol dari seseorang mengajak untuk makan tengahri di Taman Mini*
Video best nih aku terjumpa masa aku twitter.Memang best.Tepat dengan maksud yang sangat mendalam.Peperangan di antara FaceBook dan Myspace.Keletihan di pejabat, lega dengan menonton video ini.Tengoklah sendiri.
Agak bosan sebenarnya pada hari Ahad ni, jadi aku mengambil peluang untuk keluar menemani yang tersayang untuk shopping, disamping cuba memujuknya untuk menonton filem Congkak. Biasalah perempuan ni, kena keluar budget sikit nak pujuk.
So, setelah habis 4 keping not RM50 dikeluarkan untuk membeli barang yang aku rasa tak payah beli, aku akhirnya dapat menonton filem Congkak, karya terbaru Ahmad Idham yang telah lama aku tunggu waktu yang sesuai untuk menontonnya.
Lokasi kami ialah di MBO, Melaka Mall. Dengan dua keping tiket yang ada di tangan, aku memimpin tangan yang tersayang yang dari tadi ku lihat agak risau dan susah hati.Aku sebenarnya ada niat lain, supaya dia takut and nanti kat rumah dia akan menjadi tersangat manja.He..he..Dua dalam satu.
Pada permulaan cerita, aku rasa seperti nak tergelak masa dia introduce asalnya permainan Congkak ni yang dikatakan datang dari langit. Akan tetapi, selepas babak itu, mood seram dah masuk. And saat tu juga yang tersayang merapatiku sedikit demi sedikit dan akhirnya, dan bertaut.
Aku cuba fokus kepada cerita ini, tetapi banyak masa hanya untuk menenangkan dirinya. Tapi, saat saat seram itu, timbul juga bila babak Elly, dirasuk dan juga ditarik ke bawah katil. Filem ini bagus juga tetapi aku rasa ianya terlalu moden sangat dan ada effect.Kalau dibuang effect tu, mungkin akan rasa lebih dekat lagi.
Aku mula-mula nak bagi 2.5 bintang, tapi ada satu babak tu dia mampu buat aku terkejut, jadi aku up lagi satu bintang.Aku bagi 3.5 bintang. Apa-apa pun, semua pelakon membawa watak dengan amat baik sekali.Pergi tengok..Itu je yang mampu aku sarankan.
Ha..ha…, anyway, aku dah lama tengok cite ni.Tapi rasa terpanggil pulak nak cerita kat sini. Sepanjang cerita siri American Pie, aku memang tak pernah miss untuk tengok citer ni.Kebarangkalian aku melihat cerita ini dapat dinisbahkan dengan 3:1.
Aper yang menarik dengan filem ini sebenarnya? Well, sebab pertama yang menangkap keterujaan dan keterunaan aku melihat cerita ini adalah disebabkan oleh gadis-gadis “curvylicious” yang berjaya membuat sifat kelakian aku memberontak.Remember, Sex sells okay.(Bak kata mael,Aku x cakap)
Kalau diikutkan, tidak ader apa yang dapat menambahkan keilmuan kau untuk melihat cerita ini.Cuma seronok apabila mata kau di “doggy-style” kan oleh rentetan demi rentetan gadis-gadis bogel yang cerah, dan mengghairahkan.
Selain aksi seorang gadis membuka botol dengan alat sulitnya, dan sokongan bapa terhadap anaknya dalam mencari erti sebenar kehidupan di kolej, tiada lain yang menarik.Aper-aper pun, terpulang kepada kau untuk menilai sendiri.Bagi aku, cerita ini just sekadar menambahkan dosa aku yang berlipat-lipat dah.