Tuesday, November 4th, 2008
by uzair
Aku bukak laman web ni tadi pasal nak tengok berapa statistik aku hari nih.Sekali tengok akaun dah kena suspended.Aku rasa owner dia ni terlupa bayar nih.Harap dapat diselesaikan secepat mungkin sebab benda macamni boleh effect kredibiliti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Saturday, November 1st, 2008
by uzair
Pemeriksaan buah dada.Owh..topik yang panas juga.Pemeriksaan buah dada amat perlu sebenarnya bagi mengelakkan kanser yang banyak meragut kaum wanita ini.Tetapi, rata-ratanya perempuan sangat malas hendak nak buat.
Mungkin kerana tidak mengetahui teknik sebenar ataupun memang terlalu malas.Buat wanita yang memang malas nak buat sendiri,aku syorkan kamu berjumpa dengan mereka ini.Memang pakar.Ha..ha..Actually.Ini video lama.tapi aku suka cara diorang nih.Intelligent and sarcasm.Video ni memain je.Jangan menggatal pegi cari pulak.
*P.S.Aku pun leh checkkan.Ada sesiapa yang nak aku bantu?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Saturday, November 1st, 2008
by uzair
Tiada apa yang lebih menarik jika bukan dari komedi satira untuk di layan di petang sabtu ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Tuesday, October 14th, 2008
by uzair

ScreenShot Saman
Apa nak jadi dengan calon Ketua Pemuda kita nih..bayarlah saman anda tu dulu. Ni diri sendiri pun elak bayar saman,macamana.Mungkin dia sibuk sangat kot sampai dah berbelas saman had laju dia tak bayar.Siap langgar lampu merah lagi. Belajar lah menghormati undang-undang.Opss..tiba-tiba aku terfikir kenapa dia tak hormat undang-undang..Faham-faham sendiri.
kredit: Wanmus
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Saturday, October 11th, 2008
by uzair

Shah Rukh Khan Dapat Datuk
Heboh sana sini mengatakan bahawa Shah Rukh Khan dapat Anugerah Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka.Sememangnya, aku amat pelik bagaimana pelakon Bollywood tersohor ini mendapat penganugerahan Datuk sedangkan diketahui ia tidak membawa apa-apa kemajuan dan dorongan yang baik selain menggalakkan ibu-ibu di rumah untuk mengahbiskan masa selama 3 jam di depan TV daripada membantu atau membuat kerja lain yang lebih berfaedah.
Secara tidak langsung, sekali lagi dengan ini membuktikan, pangkat “Datuk” sudah terlalu murah dan tidak lagi bernilai. Sepatutnya, ianya diberikan kepada seseorang yang banyak berjasa kepada negeri khususnya di negeri melaka sendiri, tetapi, ianya sudah termaktub bahawa Shah Rukh Khan, telah pun mendapat Datuk, dan dia sendiri tidak dapat hadir untuk menerimanya, menunjukkan bahawa tuan punya badan sendiri tidak menghormati betapa besarnya nilai Datuk yang diberikan kepadanya.
Pasti ada orang-orang yang sebenarnya tidak sabar untuk menemui superstar Bollywood ini secara dekat, namun hajatnya tidak kesampaian. Walau apapun, sepatutnya, Kerajaan Melaka lebih telus dalam menganugerahkan pangkat dan darjah kebesaran kepada orang yang hanya benar-benar berusaha keras dalam membangunkan negeri melaka, bukanlah seseorang yang hanya mampu membuai mimpi anda dan memaksa anda membzairkan sejumlah wang untuknya bagi mendapat hiburan. Fikir-fikirkanlah.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!