Minggu ini,aku agak sibuk sedikit untuk menyiapkan portal Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka yang dijadualkan akan ke-udara pada 1 Januari 2009. Melalui Positive Media, syarikat yang telah aku tubuhkan sendiri pada April 2008,ini merupakan satu portfolio yang menarik untuk dihasilkan.
Selain menjana pendapatan melalui affiliate Market Leverage dan Clickbank, ini juga merupakan satu lagi sumber pendapatan yang dapat menambahkan lagi income untuk diri aku. Maaf sekiranya aku tidak dapat post something yang useful di sini buat sementara waktu. Dan aku mengharapkan sekiranya ada rakan-rakan di luar sana yang sudi membantu untuk menjadi blogger undangan dan post entry yang berguna di sini. Sekiranya kamu ada sesuatu yang menarik untuk disampaikan,silalah hubungi aku agar kita boleh berdiscuss dengan lebih detail.
E-book Affiliate aku pula juga akan dijadualkan sama dengan tarikh pelancaran Laman portal Upen iaitu 1 Januari 2009.Jadi anda di luar sana boleh bersedia pada tarikh tersebut. Harga e-book tersebut adalah RM 67 untuk 1000 yang pertama dan RM 97 untuk yang seterusnya. Ianya amat berbaloi dengan isi dan teknik yang aku ulaskan.
Haih..aku baru je nak test skill PPC aku ngan Clickbank ni.Selama ni aku hanya tumpu pada CJ dan Market Leverage je.Aku suka market leverage pasal dia punya CPA tu masyuk.Walaupun sikit,tapi kadar CTR aku yang baik telah menjelmakan jumlah yang agak baik.
Aku cuba aplikasikan pengalaman yang aku ada mengikut step-by-step urutan yang telah pun aku tuliskan untuk e-book aku.Baru sahaja beberapa jam,aku telahpun menghasilkan sales yag pertama dengan clickbank ini.
So, aku check balik adwords aku,tengok berapa kos yang aku dah keluarkan untuk generate sales ni.
So, baru je RM 18.74 sen.Tapi,bukan mudah juga ye kawan-kawan.Aku ambik masa 2 hari selidik competitors untuk keyword yang aku gunakan dan juga menggali information dari pesaing-pesaing aku tuh.Hmm..Aku set RM 100 sehari untuk budget iklan aku tuh.
By the way,ini baru je permulaannya.Nanti aku bagitau result seterusnya.
Aku memang minat betul dengan benda bling-bling ni.Tapi bukan itu sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan.Hari ini,sari cerita aku totally crap.Hari ini,aku amat sibuk dengan mesyuarat dan sebagainya,sehinggakan aku sudah mulai hilang identiti sendiri yang selama ini pemalas,gemok,banyak makan,dan suka buat kerja gila.
Tapi,sejak setahun dua ini, perubahan perangai dan tatalaku meningkat dengan efektif sekali.Bayak benda yang dah berubah dalam diri.Lebih rileks dan kool rasanya.Dan mulai lebih sinikal dan kurang memberontak.Seiring dengan umur rasanya perubahan ini.
Dulu inginkan gadis dan hot babes yang top dan cantik,kissable lips,mata bulat,kulit merah-merah macam arab,bontot besar,body mantap,tapi sekarang tidak lagi.Cukuplah sekadar sedap mata memandang.Ataupun aku sudah mulai hilang rasa aku terhadap perempuan cantik?Entahla.
Hari ini,office sangat sejuk.Rasa macam duduk dalam icebox.Habis mengecut otot-otot aku.Buat paper pun menggigil-gigil tangan aku.Aku sebenarnya inginkan cabaran baru dalam hidup.Bagi aku,aku jenis yang tidak boleh atau lebih suka untuk tidak duduk dalam ruang yang selesa.Bila aku dah bosan, aku sukakan cabaran baru.Apa yang aku nak buat?Entahla.Bagi aku fikir dulu.Apa-apa hal pun,aku nak balik.Layan DVD lagi besh.
Aku bukak laman web ni tadi pasal nak tengok berapa statistik aku hari nih.Sekali tengok akaun dah kena suspended.Aku rasa owner dia ni terlupa bayar nih.Harap dapat diselesaikan secepat mungkin sebab benda macamni boleh effect kredibiliti.
Hasil karya pelajar bernama Vincent Chai untuk final degree projectnya kepada Universiti Of Hertfordshire ini merupakan antara karya 3D animasi yang berjaya menarik perhatian aku semasa belayar bagi mencari video-video menarik tadi. Kekadang tertanya,di mana pelajar-pelajar kita yang mampu buat animasi macam ini. Aku tahu dia ada di luar sana..