Kes Tak Tahan Nak Ber@%!
- 14
- Add a Comment
Pergh! Seksa giler. Tuhan je la yang tahu perasaan aku pagi tadi macamana. Aku sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban melalui highway. Sebelum keluar dari rumah, sempat aku jamah nasi lemak telur dengan fresh orange. Pastu baru aku sedar. Penderitaan yang aku akan hadapi lepas nih, pasti amat menyeksakan.
Dari dalam kereta, aku dah mula tak senang duduk. Sekejap-sekejap ke kiri ke kanan. Aku mula perasan bulu roma aku dah berdiri. Damn! Aku dah mula resah. Stereng aku pegang kuat-kuat. Aku terus tutup air-cond. Aku bukak tingkap. Alamak, lagi sejuk. Aku tutup balik. Si dia dah mula perasan.
” Abg ni kenapa? Xde apa-apa” aku balas balik.Cover line beb. Biasalah, bila dah nak sampai ujung-ujung tu, angin pun keluar sekali. Aku cuba kemut, tapi xboleh. Puas aku praktik cara senam kegel yang bini aku beli DVD hari tu. Tapi kuasa tuhan lebih dari segala-galanya. Aku hanya manusia biasa. Insan yang lemah. Dengan dahi yang berkerut dan air peluh yang mula mengalir, aku lepaskan juga penderitaan aku. Dalam hati, maafkan abg sayang, abg dah tak mampu nak tahan dugaan nih.
Berkat nasi lemak dan telur yang aku makan sebelum berlepas tadi, bercampur pula dengan air fresh orange yang manis, aku dah agak akan kekuatan bau yang maha hebat akan tercetus.Damn! Teori gerakan Brown sedang diaplikasikan. Sedikit demi sedikit, aku mula merasai eksperimen aku mula berjaya. “Bang, bau apa nih? tanya si dia kehairanan. “Entah” Simple je aku jawab. “Sayang kentut eh?” aku mula psiko bini aku. “Apa sayang pulak” bini aku mula marah-marah. ” Busuknya!” ” Bukakla tingkap kalau busuk.Yang diam je tuh buat apa” aku sound bini aku balik.
“Abg ni pengotor la. Nak kentut bukakla tingkap.Nih dia diam je. Macam kita xtahu pulak. Dari tadi duk tak tentu arah” bentak isteri aku. Ada panjang lagi ngomelan dia, tapi aku short kan je la. Aku gelak je. Apa yang aku boleh buat. Benda dah nak jadi kan. Dalam hati, celaka betul. Bila nak samapi R&R nih. Aku rasa kalau aku duduk je kat tandas x sampai miliseconds dah kuar dah. Stereng aku pun dah ,mula menampakkan bekas tangan aku. Itu menunjukkan bahawa betapa kuatnya aku grip stereng tu pasal nak tahan berak.
Last-last, aku nampak hentian Senawang. Wah! Punyalah bersyukur aku time tu. Baru nak ingat tuhan. Sampai nak masuk perhentian pun aku lupa nak bagi signal. Keta belakang siap bagi lampu.Marah la tu. Sori bro. Hamba dah nazak dah ni. Masuk parking pun main belasah je. Aku suruh bini aku parking bebetul. Aku terus keluar terkemut-kemut sebab aku rasa macam kepala dia tuh dah kuar sikit. Slow and steady. Sampai je kat dalam, tak ada yang kosong pulak. Aiseh.Damn! Time macamnila tandas penuh.Lupa aku hari ni hari minggu.Aku dah terkinja-kinja dah ni. Setiap saat yang berlalu, aku rasakan macam seribu tahun. Segalanya sangat perlahan. Dah macam dalam fantasi Aku dah mula high. Ini betul-betul dah tak boleh tahan dah ni.
Allah Maha Besar. Dia pasti akan menolong hambanya yang lemah ni. Aku dengar ada bunyi air. Ha! ni mesti tengah cebok. Aku tunggu dengan penuh semangat. Air dah tutup. Ok. Dah nak dekat dah. Aku budget mesti dia tengah pakai suar. Tiba-tiba dengar balik bunyi air. Shit! Main-main pulak mamat nih! Aku dah mula marah-marah. Kepala paip kat luar tuh macam nak tercabut aku pegang.
Dengar kat sebelah bunyi flush. Pasti pintu terbukak. Aik! Tak cebok ke mamat ni. Ah! Lantakla. Takde masa nak fikir dah. Masuk pun kelam-kabut. Brader tu senyum je. Aku terus tutup pintu, bukak apa yang patut, dan…wow! Phew..Lega siol..Apa yang boleh aku cakapkan, perasaannya ketika itu sangatlah mengghairahkan. Nikmat dia lain dari yang lain. Seluar pun xbukak betul lagi. Betul-betul lepas nak kuar taik je. Tu pun tak sempat nak cangkung habis. Dapat separuh je dah kuar.Pergh! memang giler.
Lepas selesaikan hajat dan cuci tangan, aku terus pegi kat keta. Bini aku tergelak-gelak comel. Aku senyum balik. Wah, senyuman bini aku memang menawan. Hehe..Habisla kau malam nih.Selang 15 minit kemudian, sampailah aku ke rumah mak aku. Sempatla makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Rindu aku dengan masakan mak.
Pengajaran yang aku dapat dari kes tadi nih, lain kali kalau rasa nak berak, berak je dulu.Jangan tahan-tahan. Sebelum kuar pegi mana-mana, buang dulu apa yang patut. And pastikan pemakanan anda itu tidak menerhadkan perjalanan anda jika anda membuat perjalanan jauh.
Tapi apa sangatlah tahan berak dari Melaka ke Seremban. Dulu masa naik bas pegi Ipoh dari Seremban.Lagi dasyat. Tapi aku tak mau cerita.Biarlah rahsia.Hahaha. Aku pasti korang semua ada pengalaman macam aku nih.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




14 Comments
zool
June 23rd, 2008
at 9:21am
Banyak cilakala lu..
Cerita mau melepas pun citer kat blog..
Simpan sendiri2 la ..
Ha ha ha
uzairubiah
June 23rd, 2008
at 10:33am
kadang fikir2 balik mau tergelak jo..hahaha
Mohd Ismail
June 23rd, 2008
at 2:41pm
yg selalu jadi kat aku kes tak tahan kencing.. he he =) lagi2 kalo dlm bas.. *moral - kalau naik bas, jangan minum air banyak2*
megat
June 23rd, 2008
at 2:44pm
aduh mau cerita dalam blog ka!?
bagus juga camtu kan? apa yg berlaku sekeliling kita boleh citer dalam blog. kira cam pengajaran atau moral juga ni ekeke
mrkay
June 23rd, 2008
at 3:11pm
haku dah gelak gile2 dah ni.. letih woo gelak.. demit!~ detail ko citer.. hahahah
menteil
June 23rd, 2008
at 3:58pm
aduh!! citer berak pulak…
tak baik tahan, sembelit kang.. ye ke?
uzairubiah
June 23rd, 2008
at 4:38pm
mohd ismail: aah..bab selalu nak terkencing ni pun aku selalu kena.
megat: we share everything..ahaks..
menteil: kalau ikut memang xnak tahan,tapi terpaksa tahan..
Uncle G
June 23rd, 2008
at 4:50pm
hahaha.. pakcik pon ada kenangan indah masa kat hentian senawang dulu.. hahaha.. masa tuh pakcik kerja dalam goverment lagi… lebih kurang gak.. cume pakcik jadi drebar kat bos pakcik.. hahahah…
erm… tah camne la rupanya hentian senawang skrang kan!…
lydiarayyan
June 24th, 2008
at 11:32pm
eeeuuwwww….bussshhhyukkk…
ekekekeke
catzer
June 25th, 2008
at 12:56am
Bile cite bab ni adei..aku rasa byk pengalaman gak tp nak cite tu tak perlulah.. :p Paling tak boleh thn masa aku kena diarrhea kat Sabah. Habis cuti2 Malaysia aku di toilet hotel jerk..adei..sadis sungguh
nuaeman
June 25th, 2008
at 4:45am
aduhh.. patutlaa busuk sikit post yang nii.. heheh
BAGAK
June 26th, 2008
at 2:23pm
Perkara yang paling ‘best’ dalam dunia.
Bersenggama pun tak jatuh nombor 2
oDiN
June 26th, 2008
at 5:09pm
first time masuk blog bro ..
saye stadi kt utem mlake ..
nasihat saya .. lepas berak jangan lupe flush .. haha ..
ape yg bro citer tuh dugaan .. at least bro dh ada bini yg dpt tenangkan.. saye naik motor je .. sy cm malas nk berhenti kt rest area seremban .. baru pas area senawang dah rasa x tahan .. amek ko azab .. smpai pedas linggi baru dpt bebaskan segala yang terkandung . Itupon ramai (kena tunggu 15 minit ) orang dari Negara China kt situ sbb rombongan diorang .. sigh
catzer
June 29th, 2008
at 2:31pm
muahahaha…tak habis lagi post pasal e’ek ni