Adakah Kau Rajin Atau Malas?

Seringkali aku dihumbankan dengan ratusan pertanyaan bagaimana aku membuat duit dan seringkali itu jugaklah aku hanya bertanyakan kembali satu persoalan? Adakah kau dalam kategori rajin atau malas? Dan selalunya jawapan yang diberikan adalah sangat hipokrit atau bermuka-muka.

Bagi aku, hanya ada dua sikap yang membezakan taraf kehidupan kita untuk menjadi lebih baik iaitu, rajin dan malas. Aku tidak mempunyai masalah untuk mengajar orang itu dan ini, tetapi aku ada masalah dalam mengajar orang yang malas dan takut. Kebanyakan yang datang, selalunya bertanyakan bagaimana nak buat tetapi, bila ianya melibatkan kos, mereka sudah mula takut. Itu tahi’ namanya.

Al maklum, aku seorang affiliate, dan aku mencari duit dengan mempromosikan barang atau servis pihak ketiga dan menerima komisyen bagi setiap jualan atau lead yang aku dapat. Dan ia, aku menggunakan hampir 97% kos aku di dalam PPC untuk menjana wang. Dan bagi sesiapa yang tahu, PPC bukanlah mudah dan ianya akan melibatkan wang yang banyak sekiranya kau tidak berhat-hati.

Yang paling aku kurang senang adalah, sikap tidak mahu mengambil risiko. Nak duit, tapi tak mahu keluar kos. Itu aku paling pantang. Ya, memang ada kaedah percuma untuk traffic seperti search engine dan sebagainya, tetapi aku menggunakan PPC. Jadi cara aku memang melibatkan kos. Sikap nak duit tanpa mahu mengeluarkan apa-apa adalah bullshit.

Sebenarnya, ianya tidaklah begitu susah. Dengan hanya bermodalkan RM 100 untuk PPC, RM 40 untuk domain( ada yang lebih murah), RM 15 untuk hosting selama sebulan dan RM 0 untuk sedikit kerajinan membuat landing pages, keyword research dan analisis. Jumlah, RM 155 untuk percubaan pertama anda. Bak kata Mael, “ianya umpama belajar menaiki basikal ketika kita kecil”. Tidak bermakna kegagalan kali pertama ,kita akan gagal lagi. Yang penting, bagaimana kita adapt kegagalan tersebut dan mengatasi dan mencari di mana kelemahan kita tadi. Cuba dan cuba sehingga berjaya. Analisis setiap kegagalan.

DI sini, ingin aku tekankan, bahawa, kita semua dikurniakan kelebihan dan otak yang sama. Yang membezakan kita antara yang lain adalah sikap kita sendiri terhadap diri kita. Bagaimana anda mahu membawa diri anda adalah terpulang pada anda. Ingat, sikap rajin dan tidak putus asa, akam memberi kehidupan yang cemerlang tanpa anda sedari suatu hari nanti. Yang penting, adalah sikap tidak mahu mengalah dan merendah diri, wasatiah dalam setiap perkara supaya apa ilmu dan rezeki yang kita terima, berkat walaupun sedikit.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

7 Comments

benar dan tak dapat disangkal lagi. orang kita masih ada yang berperangai sedemikian.

ada keinginan utk capai sesuatu tapi malas berusaha.

itulah Megat..nak, tapi malas dan takut. Kalau buang perasaan itu jauh2, pasti lambat laun kita akan berjaya.

Akulah org yg malas tu :D

ko pegi mane ler catzer..ttiba blog ko ilang dari dunia web?

ramai lagi tak tahu pasal high risk high return ni eh. hehe :)

kekekeke, erm botak sesaje parked teringin gak nak rasa. Erm actually domain tu dlm process transfer then ada masalah nak save backup file kat cpanel. Xpe tunggu saat aku ubah blog tu menjadi..kekekek..super catz

[...] citer aper? Buat duit? Malas ah.Beli jer buku Labanon ni. Confirm leh kaya..hahaha..Tu pun kalau ko rajin la kan. Takpun kalau ko nak buat rekod menghilangkan duit kau dalam sekelip mata dan mendapat [...]

Leave a Comment