Video

Panduan Cinta-Cinta Oh Cinta|Panduan Untuk Gadis -Gadis Comel Di Luar Sana

Rasa amat bertuah pada hari ini diberikan sedikit masa untuk mengulas tentang e-book terbaru di pasaran karangan Ssaudara Richie, yang diterbitkan oleh Flarebiz Network yang diterajui oleh Labanon dan rakan kongsinya. Baru semalam aku ada sedikit masa untuk membaca setiap bab dengan baik tanpa ada apa-apa halangan.

Baiklah, kepada ramai awek-awek comel di luar sana, pastinya tidak semua di antara awak yang mendapat pengertian dan cinta sepertimana yang awak harapkan. Malah, terlalu ramai juga yang masih tidak memahami perasaan dan jiwa seorang lelaki.Dan ada juga yang masih lagi belum bertemu jodoh yang sesuai.

Mesti awak semua cemburu bila melihat gadis-gadis lain yang kurang menarik, namun masih mendapat lelaki sejati yang tampan yang selalu awak mimpi-mimpikan sebelum awak tidur. Namun aku tidak hairan dengan perkara ini kerana, sesungguhnya, gadis-gadis tersebut amat bertuah kerana dapat memahami lelaki. Ramai di antara awak semua sebenarnya ego yang kononnya, awak memahami lelaki dan lelaki tidak komplikated seperti wanita, namun biarlah aku memcucuk(betul ker??) belon-belon mimpi anda tersebut untuk membawa anda kembali ke dunia yang nyata.

Lelaki Juga Komplikated Seperti Wanita!

Panduan Cinta

Dalam ebook ini, ada 10 bab yang khusus dan ringkas namun mudah untuk difahami untuk awak. Di antara bab-bab yang menarik perhatian saya adalah:

  • Belajar Mengenai Lelaki
  • Kenal Pasti Si Dia Yang Sebenar!
  • Pakaian Dan Penampilan Diri
  • dan, Betulkan Persepsi Mengenai Lelaki

Sememangnya, tips-tips yang ada di dalam ebook ini, tidak terdapat di mana-mana majalah.Samada saya terlepas pandang atau tidak, ianya adalah tips segar dari seorang yang mempunyai pengalaman cinta. Bagi yang pernah merasai apa itu cinta, tips-tips yang ada di dalam ebook ini adalah hampir 90% tepat dalam mengolah seni cinta dan pengertian cinta itu sendiri.

Bab yang paling saya minati adalah bab Mengenali Si Dia Yang Sebenarnya. Seperti yang awak-awak semua perlu dan patut tahu, tidak semua lelaki di luar sana betul-betul ikhlas mencintai atau menyayangi awak.Terdapat banyak kes yang awak-awak smeua ditinggalkan selepas madu awak habis di isap.Di sinilah, saudara Richie mengolah beberapa langkah dan tips penting dalam mengenalpasti kejujuran dan keikhlasan si dia tersebut. Adalah amat penting bagi awak memahami sebenarnya naluri lelaki dan tujuan sebenarnya mereka mengucapkan kata sayang dan cinta pada awak.

Sepertimana yang kita pernah dengar,tentang lelaki meminta kepada awak agar cinta awak kepadanya dibuktikan, dan selalunya awak memberikan kepada mereka benda yang tidak sepatutnya iaitu seks! Ini adalah silap.Silap yang besar. Sangat besar. Lelaki yang jujur tidak memerlukan seks dari walaupun anda sendiri yang offer.Itu adalah lelaki yang baik buat anda.Namun perlu periksa juga samada dia gay.Jika tidak, dan si dia dapat menahan nafsu sehingga pada waktu yang sepatutnya, jagalah lelaki tersebut.

Gadis-gadis comel seperti awak selalu ditipu dan diperdaya oleh teman lelaki awak hanya kerana awak terlalu sayang pada dan juga terpengaruh dengan kata-kata manis lelaki.Oleh sebab itu, Panduan Cinta ini adalah amat sesuai untuk awak lebih mengenali maksud cinta dan memahami isi hati dan cara seorang lelaki berfikir.

Untuk Siapakah Panduan Cinta Ini?

Panduan cinta ini tidak terhad hanya kepada insan yang belum menemui cinta mereka atau kepada awek-awek comel yang kesepian.Ia juga boleh digunakan oleh oleh sesiapa sahaja.

  • Isteri yang ingin lebih mengenali dan menambat hati suami
  • Aweks yang inginkan perhatian dan menjadi raja di hati si dia yang tersayang
  • Bakal-bakal pengantin yang akan melansungkan perkahwinan
  • Aweks-aweks comey yang sepi dan ingin mengenali lelaki pilihan anda

Oleh itu, jika cinta mewakili 2/3 hidup awak dan semangat awak, dapatkan Panduan Cinta ini sebelum orang lain kebas Prince Charming awak!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Melayu Boleh-Frasa Melayu Yang Boleh

melayu boleh

melayu boleh

Hmm..kalau hendak diceritakan pasal melayu boleh ni, sampai besok pun belum tentu habis lagi ceritanya.Tapi kali ini, cerita pasal melayu boleh ini adalah disebabkan aku join satu pertandingan SEO anjuran Saudara Inspiration yang mengumumkannya di Wangcyber dan juga Jombincang.

Bukan hadiah dia sangat yang aku nak kejar.Tapi, cuma nak test skill SEO aku yang dah berabuk ni, samada masih relevan atau tidak.Kalau dilihat di first page Google kalau kalian menaip perkataan melayu boleh, hampir 80% website itu adalah website atau laman web lucah.Seperti sudah sinonim pula keyword melayu boleh itu dikaitkan dengan aksi kelucahan melampau rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dan ini sangat memalukan.

Jadi, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk membersihkan laman-laman web lucah tersebut daripada 1st page di carian Google dan digantikan dengan laman-laman web atau blog yang bersih serta lebih relevan dengan semangat melayu boleh yang sebenar-benarnya.

Jadi, aku membeli domain blog melayu boleh untuk menyertai inisiatif mulia ini.Namun, sampai sekarang masih lagi berlaku masalah.Adutai.Tapi tidak mengapa.Aku tahu syarikat Hosting aku akan mengambil perkara yang sewajarnya.Masa yang sudahpun berlalu 5 hari yang lau, kini tinggal beberapa puluh hari sahaja lagi sebelum pertandingan tamat.namun aku tidak risau.

Jika niat yang baik dan juga asas SEO aku digabungkan, pastinya perkara yang menarik akan berlaku.Harapan aku agar, sekiranya aku tidak memenangi pertandingan SEO Melayu Boleh ini, sekurang-kurangnya, rakanrakan lain yang menyertai pertandingan ini akan dapat mencapai tujuan asal pertandingan ini diadakan.Oleh itu, kepada para bloggers yang membaca entry ini, diharap anda dapat memberi sepenuh sokongan anda tanpa berbelah bahagi diantara nafsu liar dan juga niat baik kami ini. Apa-apa pun, Melayu Boleh!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Entry Tegang Menegang Dan Tertegang

Phew..agak lama juga aku tidak hapdet blog ini. Rasa rindu pulak untuk menaip menggunakan jari-jemariku yang tough ini. Minggu ini, aku agak sibuk sedikit(alasan..). Selain daripada membeli HTC TyTN II, aku juga berkira-kira ingin membeli kereta.Di saat ini, Persona SE menjadi pilihan.

Rasanya, tak salah kalau aku ingin membeli kereta baru.Tapi kadang-kadang, terfikir juga mana aku nak letakkan kereta ini nanti. Argh..itu semua bukan masalah.Pandai-pandailah aku usahakan nanti. Jadual juga akan sibuk sekarang ini dengan Coaching Affiliate serta manage business aku sendiri. Sampai tak perasan aku dah lebih seminggu aku tak hapdet post baru.

Macam-macam cerita politik 2 bukit 1 batang yang akhirnya telah dimenangi bukitnya oleh Barisan Alternatif dan mcm biasa, Batang di menangi oleh Barisan Nasional. Fikir logik pun, Batang memang lemah bile nampak bukit yang mengkal. Tu yang jadi tak keruan tu.Ha.ha.Tidak mengapa. Persetankan seketika.

Setakat ini, kehidupan kembali stabil. Setelah berbulan aku cuba schedule kan waktu aku ini agar lebih proper. Akhirnya, jadual hidup kembali seimbang semula. Hari ini, aku nak pegi main futsal. So, sape nak join? Pastikan team yang dibawa cukup hebat untuk bertarung sebab aku teringin team kami dibelasah pula.Ha..ha..Gurau..Jumpa saje di entry yang alin kemudian.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!