Tips

Download Percuma McAfee VirusScan Plus 2008 Dengan Genuine License

Aku hari ini,nak share satu barang dengan korang yang aku rasa tidak manis kalau guna sorang-sorang jer. Hari ini,hadiahnya ialah, aku bagi kamu semua download McAfee VirusScan Plus 2008 dengan lesen yang valid.Harap-harapnya, korang semua dapat memanfaatkannya.

Selalu kita pakai antivirus yang beli dari CD cetak rompak dan tidak ada lesen,so database dia tidak boleh di-update. Jadi, dengan adanya hadiah percuam ini,harap PC kamu semua akan lebih selamat.Ikut langkah-langkah dibawah.

1)Buka laman ini melalui browser yang kamu minat.http://us.mcafee.com/en-us/affiliates/dod/landingpages/

2) Tandakan “I certify that I am a current employee of the Department of Defense” dan pilih department mana yang anda minat(pilih je apa-apa).Kemudian, klik Sign-Up Now.

3) Kamu hanya perlu menulis nama, alamat e-mail dan juga password.Kemudian klik butang I Agree.Password anda mestilah terdiri daripada 8 aksara yang sekurang-kurangya mengandungi kombinasi huruf dan nombor.

4) Selepas berjaya, terus tekan butang My Account dan anda sepatutnya melihat ada dua option.Pilih yang pertama yang bertulis McAfee VirusScan Plus 1 year subscription dan klik Download.

5) Klik I Agree.

6) Klik Download dan seterusnya, anda akan mendownload DMSetup.exe.

Antivirus ini mengandungi VirusScan, Firewall and SiteAdvisor. Kalau ada apa-apa masalah,komen sahaja di bawah atau hubungi aku.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sehari Melawat Projek TeleCentre Di Melaka

Hari ni, sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengikut rakan yang sepatutnya menjaga kelancaran SMIDEC, tetapi, aku terpaksa pergi ke sekitar Melaka untuk melihat tinjauan dan perkembangan projek TeleCentre. Lawatan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk melihat tempat yang akan digunakan untuk projek tersebut.

Hari ini, sasarannya adalah 5 buah tempat di sekitar Bachang, Ayer Molek dan Perkampungan Portugis. Ada jugalah beberapa keping gambar yang disnap. Sila klik untuk besarkan gambar..

*Aku bersama Abg Zailani yang membawa kami ke tempat Projek*

*Kol dari seseorang mengajak untuk makan tengahri di Taman Mini*

* Salah satu dari tempat yang di lawati*

*Gambar nih aku saje ambik..Biasala..orang dah pegang kamera nih,tangan gatal ckit*

Hari nih,aku agak mengantuk sikit, jadi mungkin aku akan tidur awal malam nih. So geng, aku nak siapkan keje aku dulu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Stacy Juara Akademi Fantasia Ke 6

Wanita adalah kompleks? Susahnya memahami wanita dan mengendalikan mood mereka. Aku bukanlah pakar dalam mengendalikan mereka yang kadang-kadang unpredictable. Tidak seperti mereka yang bergelar perempuan, lebih mudah untuk mereka memahami lelaki, dan ianya tidak benar sama-sekali.

Wanita kononya lebih mudah memahami lelaki tetapi realiti sebenarnya adalah lelaki lebih sukar difahami. Lelaki dikurniakan pelbagai sifat dan tingkahlaku bergantung pada situasi dan keadaan jika memerlukan. Dan, mereka juga dikurniakan senjata ayat dan tingkahlaku yang fake, sesuai untuk dalam keadaan yang memerlukan mereka berbuat begitu. Dan ternyata, perempuan lebih mudah terpedaya dengan lelaki sebegini.

Apakah sebenarnya kualiti yang perlu dicari oleh seorang perempuan terhadap lelaki dan bagaimana untuk tidak terpedaya dengan sebarang penipuan yang cuba dilakukan oleh mereka.

1) Rupa- Ianya tidak perlu di utamakan kerana rupa adalah subjektif. Cukuplah sekadar ia kelihatan menarik pada diri wanita itu sendiri. Cute dan kacak tidak menjamin kebahagiaan, tetapi dapat menjamin kepuasan bila dipeluk dan disenggama oleh lelaki sebegini.

2)Wang- Ianya juga tidaklah terlalu penting sekiranya si dia seorang yang rajin berusaha dan hidup ini adalah perkongsian. Maka, cukuplah sekadar si dia mampu untuk memberi anda makan dan meneruskan hidup, itu adalah lebih penting. Dan anda sebagai wanita, berdirilah di samping mereka sebagai azimat untuk mereka mencari lebih kesempurnaan dalam diri mereka.

3) Hati- Hati merupakan agak kompleks dan kebanyakan wanita agak terpedaya dengan hati yang palsu. Cinta bukan buta, tetapi hati yang buta. Ingat phrase ini bebaik. Kebanyakan wanita tidak pernah mengimpikan ingin menjadi perampas atau bercinta dengan lelaki yang telah dimiliki oleh orang lain, tetapi inilah penyakit yang banyak terjadi.

Mengapa terjadi perkara sebegini? Simple word= Melayan. Dan bila hati sudah suka, cakaplah apa sahaja yang tidak baik tentang lelaki tersebut, haram dia nak percaya dan wanita akan percaya pada kata-kata lelaki itu sahaja. So, what’s the solution? Periksa background mereka terlebih dahulu. Ada pelbagai cara untuk periksa dan disini aku cuba untuk memberi beberapa tips bagi wanita.

1) Jika dia memiliki seseorang dan dalam pada waktu yang sama cuba mengurat anda, jauhilah mereka. Sekiranya anda melayan, maka padahla anda. Ini kerana, jika mereka boleh menipu awek atau isteri mereka, tidak mustahil anda juga ditipu. Jangan kata ianya takdir atau apa sahaja, bagi lelaki, yang pertama itu tetap yang terindah dan jika anda berada pada platform yang kedua, anda hanyalah ge-girl bagi mereka.

2) Jika mereka mematikan hp atau silentkan sekiranya sedang keluar dengan anda, maknanya dia sedang cuba untuk tidak kantoi. Kalau dalam candle light dinner untuk melamar anda, perkara ini boleh dimaafkan tetapi jika ianya hanyalah untuk biasa-biasa sahaja, itu adalah penipuan yang cuba dilakukan.

3) Jika mereka menerima panggilan dan menjawab panggilan tersebut jauh daripada anda, itu bermakna ada perkara atau sesuatu yang cuba disembunyikan supaya dan anda patut berwaspada dengan orang seperti ni.

Ada banyak lagi perkara yang akan dikupaskan selepas ini dan sebelum itu, tanhiah kepada Stacy kerana menjuarai Akademi Fantasia ke-6 kali ni. You the best girl.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!