Monday, March 16th, 2009
by uzair
Hari ini, aku ambil medical certificate (MC) sebab demam yang masih tidak kebah-kebah. Siap tersedu-sedu dan batuk yang tidak henti. Namun, yang paling aku tidak suka adalah bila kena selsema. Rasa sangat tidak selesa. Dalam bosan-bosan selepas memonitor kempen Affiliate, aku mencari masa untuk menghiburkan diri sendiri dengan membaca-baca blog orang lain.
Namun, perhatian aku terus lekat di blog lama Eddie di Blogspot tentang ujian Mensa. Jadi, oleh kerana rasa tercabar(mungkin), aku tanpa segan silu cuba menjawab setiap soalan yang dikemukan tanpa memikirkan samada aku mampu menjawabnya atau tidak.
Jadi, inilah keputusannya.
Ha..ha..tidak sangka aku genius. Barangsiapa yang tidak percaya, tutup sahaja mulut kamu. Kamu semua boleh cuba menguji minda anda semua di sini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Tuesday, March 3rd, 2009
by uzair
Baiklah, mungkin post kali ini agak panjang dan mungkin juga akan mengundang kontroversi bagi pembeli-pembeli PakejVideo Puan Lisa Hilmi. Namun, aku tidak kisah semua itu. Apa yang aku ceritakan, adalah melalui pengalaman aku sendiri sebagai affiliate marketer.
Mungkin bagi sesetengah anda merasakan menggunakan video marketing ini cara yang baru, tetapi ia sebenarnya sudah agak lama juga. Terpanggilnya aku untuk menulis post ini adalah disebabkan, keinginan aku untuk menurunkan segala ilmu yang ada. Sebelum itu, ingin diberi peringatan bahawa aku tidak pernah membeli pakej video Puan Lisa tersebut. Apa yang ditulis disini, adalah benar dari pengalaman sendiri.
Baiklah, mengapa menggunakan video dan mengapa di Youtube?
Sekarang zaman dah berubah. Marketing menggunakan video lebih memberi kesan yang lebih efektif. Dan mengapa di Youtube? Kalau anda yang selama ini tidur atau duduk di bawah tanah, Youtube adalah laman web video paling aktif dan paling besar di dunia.
Baiklah, content sebenar adalah bagaimana untuk menjana pendapatan menggunakan Youtube?
Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana ramai IM-IM di Malaysia yang heboh dapat menjana pendapatan melalui affiliate dengan menggunakan Youtube. Post ini bukanlah untuk provoke buku atau mana-mana pemilik blog. Ini adalah tutorial percuma bagi mereka yang tertanya-tanya.
1) Affiliate network.
- Anda perlu sign-up untuk menjadi affiliate bagi mempromosikan produk. Dan ada banyak affiliate network yang anda sendiri boleh pilih. Contohnya paling mudah adalah Clickbank(femes dah nih kat malaysia), Commision Junction, Market Leverage, Affiliate.com, Neverbluads, dan banyak lagi.
2) Buat Research
- Ini merupakan perkara paling penting. Bagaimana nak tau top keywords ke Youtube atau top keywords untuk trend terkini? Di antara cara paling mudah adalah dengan menggunakan Yahoo Buzz. Kelebihan menggunakan Yahoo Buzz adalah, anda boleh melihat trend-trend terkini untuk setiap kategori popular yang di-update setiap jam.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan Google Trend, ataupun menggunakan Free Keyword Tool dari Google untuk mencari keyword apakah boleh digunakan, untuk anda exploitasi.

3) Mencari Produk Yang Sesuai
- Setelah mengenalpasti trend terkini dan apakah keyword-keyword yang mempunyai permintaan, di sini anda perlu mencari produk yang sesuai. Pilih sahaja produk yang berkenaan atau related dengan mencari produk berkenaan di affiliate network anda.
4) Proses Mencari Video
-Baiklah, sebelum itu, aku tidak menyarankan langsung anda semua untuk mendownload video orang lain dan jadikan ianya video anda sendiri walaupun anda meninggalkan kredit link bagi video tersebut. Kecuali ianya adalah video pendidikan percuma dan sebagainya yang dibenarkan oleh pemilik untuk tujuan pendidikan. Tapi, itu semua adalah hak masing-masing.
Seboleh-bolehnya, sekiranya affiliate merchant anda ada mengeluarkan video mereka sendiri, itu adalah lebih baik. Namun, keputusan terletak di tangan masing-masing.
Setelah mendapat video yang diingini, ada beberapa tools dan software yang perlu anda gunakan bagi tujuan tersebut. Bagi pengguna Firefox, anda boleh menggunakan Plug-In Video Downloader ini untuk mendownload video dari kebanyakan Video Sites.
Dan anda juga boleh mneggunakan perkhidmatan percuma seperti Zamzar untuk memuat turun video. Sekarang, apa yang perlu anda buat, adalah untuk mengedit video tersebut untuk memberikan hak eksklusif(atau mengelakkan video anda di copy) oleh orang lain.
Proses yang perlu anda gunakan adalah untuk “watermark” video anda tersebut sebelum di-upload ke Youtube. Ini adalah langkah penting bagi mengelakkan kewujudan video yang sama ataupun peniruan. Anda boleh mendapatkan Software watermark di sini. Walaupun anda semua boleh menggunakan torrent untuk mencari software ini secara pirate, aku tidak menggalakkannya.
Setelah mengedit dan membuat watermark bagi video anda, sekarang tibalah masa untuk mengupload video anda ke Youtube.
Perlu di beri perhatian bahawa, anda perlu meletakkan tajuk yang bersesuaian iaitu, tajuk yang mengikut research anda di atas tadi. Gunakan keyword yang sebaiknya. Dan anda juga perlu meletakkan video tersebut mengikut kategori yang sesuai dan juga meletakkan tags yang berkenaan dengan keyword-keyword dan trend terkini yang dicari.
Di ruang description, di sinilah anda boleh meletakkan link affiliate anda. namun, saranan aku adalah anda masking affiliate link anda dengan menggunakan cloaking method. Ada beberapa cara, namun untuk memudahkan anda semua, aku berikan yang servis percuma seperti Pinurl dan juga SnipUrl. Tulis description anda dengan baik, dan gunakan psikologi bagi membuatkan mereka klik link affiliate anda.
Contoh mudah adalah, sekiranya anda ingin mempromosi produk ” How To Play Guitar Better”..Anda boleh menggunakan reverse psikologi yang menarik di sini. Caranya adalah menggunakan video yang meletakkan seseorang yang sangat pandai bermain guitar, kemudian di ruangan description, anda boleh menulis, “Tired To See Anyone Else Playing guitar like a pro? This method Will help You To Be like Them and Make You Play Like A Pro!”.
Itu contoh sahaja ye.
5) Baiklah, tentu ramai tertanya-tertanya juga bagaimana untuk mendapatkan hits yang tinggi. Ramai yang email kepada aku bertanyakan bagaimana mereka dapat view yang tinggi, walhal baru satu hari?
Aku tidak sarankan anda semua menggunakan teknik black ni ok. Aku lebih suka anda semua buat video yang unik. Namun, inilah rahsia kebanyakan mereka yang buat. Caranya adalah menggunakan Tube increaser. Apakah tube Increaser ini?
Tube Icreaser ini adalah software yang bertujuan, untuk meningkatkan view video anda di Youtube. Dengan menggunakan Proxy list yang juga disediakan oleh Pihak pengeluar software, atau pun anda boleh search sendiri list-list proxy, anda boleh membuatkan video anda mendapat hit atau view yang tinggi dalam masa beberapa jam.
Tujuannya adalah, untuk mendapatkan tempat di Feature videos di Youtube, mengikut kategori yang anda dah set sebelum itu. Sekiranya video anda mendapat hits yang tinggi, chances anda untuk mendapatkan tempat di featured videos adalah besar. Dan akhirnya, meletakkan ranking video anda ke tempat yang paling tinggi untuk kategori tersebut, ataupun menjadi video pilihan bagi visitors yang menaip keyword yang anda dah research tadi.
Selain itu, kelebihannya adalah, seperti yang anda tahu, Google juga amat sukakan Youtube. Dan berkemungkinan, Video anda tersebut juga bakal berada di search engine google bagi keyword yang dah anda set tadi.
So, sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya bagaimana mereka-mereka semua melakukannya, ini adalah faktor asas yang aku ketahui. Sebelum itu, ingin aku memberi peringatan bahawa, tiada link affiliate di sini. ianya adalah tujuan pembelajaran. Aku juga tidak menggalakkan anda menggunakan teknik black dalam proses marketing tadi. Tapi, itu adalah hakikatnya.
Apa-apapun, harap anda semua mendapat info yang anda mahu.Sekian.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!