Bagaimanakah Wajah Proton MPV
Walaupun peraduan namakan Proton MPV ini sudahpun berakhir 30 September yang lalu, namun kehangatan dan bahang tentang bagaimana rupa dan keadaannya masih lagi menjadi buah mulut dan cerita orang ramai. Gambar di atas tidaklah mengatakan ianya benar-benar wajah kereta MPV proton tersebut, namun ianya terpulang pada tanfsiran anda semua.
Melihat pada rupa dan rekabentuk pada gambar tersebut, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ada pada setiap kereta Proton yang baru dengan rekaan bumper hadapan yang lebih kurang sama dengan kereta-kereta lain, yang bersifatkan aerodinamik dan mempunyai garisan-garisan tajam bercirikan kereta berteknologi tinggi.
Aku tidak sabar menunggu hasil mutlak kereta MPV ini tahun hadapan. Semoga ia membawa satu lagi era proton yang baru untuk melahirkan kereta-kereta nasional yang lebih berdaya saing dan setaraf dengan pengeluar kereta besar yang lain. Aku menamakan ia “PROTON OPTIMUS”
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Raya Dah Habis Dan Mari Pancutkan Sesuatu
Raya dah pun bermula dan duit pun sudah mula susut dengan galaknya akibat dikerjakan oleh bebudak kecik. Phew, letih jugak tapi seronok menyambut raya dengan diorang ni.Terutamanya, bila kau mempunyai ahli keluarga yang besar.(bukan fizikal besar).
Hari ini, aku malas nak buat apa-apa, tapi cuma memikirkan apa lauk yang aku nak bawak khamis ni sebab pejabat ada buat sambutan majlis hari raya. Aku raya nak bawak ikan masin jer.Goreng sendiri. Nasi ngan lauk, biar orang lain yang bawak.He..he..
Sedang aku belek-belek internet, terjumpa pulak satu laman dengan tajuk dia yang dasyat, PANCUTKAN ISTERI!. Pergh..Tajuk dia memang best. Dan yang paling penting, ia pasti laris dijual sebab ia menumpukan penjualan online. Kalau jual kat kedai, aku rasa tak ramai yang beli sebab malu punya pasal. Lebih-lebih lagi, yang perempuan. Tapi kalau ada, aku belasah je beli. Apa nak malu, nak bagi isteri kita puas, mesti tebalkan muka jugak.
Bab pancut dan memancut ni, memang aku teruja. Lebih-lebih lagi, kalau ianya melibatkan pancutan asmara.Ha..ha.. Dan buku ini, telahpun menjadi salah satu lagi rujukan tambahan untuk aku sendiri. Sememangnya, perempuan juga boleh mengalami ejakulasi. Dengan dildo atau vibrator, perempuan boleh mengalami ejakulasi atau klimaks tidak tertahan yang melampau. Tetapi, ianya tidak sama dengan zakar suami sendiri. Lebih grip dan asyik rasanya.
Dan bab-bab isteri terpancut ni, aku ada banyak kali tengok filem cetak biru nih.Dan memang ada. Siap ada video yang menunjukkan cara dengan hanya menggunakan jari sahaja.Boleh dipraktikkan. Memang menggigil kesedapanlah isteri korang semua.
Tetapi, dengan adanya buku ini, diharapkan ia dapat membuka lembaran baru pada masyarakat melayu kita khususnya lelaki supaya lebih memberikan kepuasan kepada isteri masing-masing.Letaklah ego ketepi sebentar semasa berhubungan agar anda dapat menikmati bahtera indah semasa belayar dan memberikan anjakan paradigma yang mantap kepada pihak isteri anda sendiri. Pastinya isteri anda tidak benarkan anda menonton bola sehingga lewat malam lagi. Kalau ada di antara korang nak maklumat lanjut, pegila kat website ini. Klik je banner kat bawah tu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
FAM Semakin Lemah
Berikutan keputusan FAM untuk membekukan pemain import pada Liga Bolasepak Malaysia musim depan, aku amat tidak bersetuju dengan natijah berikut. Tindakan sebegitu sebenarnya, lebih banyak membuka kelemahan FAM dalam mengendalikan sukan berprestij kegemaran rakyat Malaysia secara am-nya.
Kenyataan bahawa, ianya adalah untuk memberi peluang kepada pemain tempatan untuk lebih menyinar dan menyerlah, ternyata meleset dan keputusan tersebut dibuat berasaskan individu dan bukannya dari pemikiran seorang peminat bolasepak yang tegar.
Pertama sekali, alasannya adalah kerana kebanjiran pemain import membuatkan pemain tempatan tidak kompetetif serta mengurangkan kualiti pemain tempatan khususnya penyerang. Di sini, ingin aku menekankan bahawa profesionalisma apakah yang dibawa dalam liga bolasepak kita ini. Sebagai tulang belakang atau induk dalam merencanakan bolasepak negara, pemikiran dan keputusan untuk membekukan pemain import sebenarnya menunjukkan bahawa pemain kita sangat lemah dan lembik untuk bersaing dengan pemain luar negara yang lebih bersungguh serta beretika.
Ketiadaan pemain import juga, membuatkan FAM semakin memanjakan pemain-pemain tempatan yang sebenarnya sudah naik lemak serta tidak patriotik dalam membawa nama negara ke tahap yang lebih baik dalam bola sepak. Sebenarnya, era profesionalisma bolasepak negara kita juga tidak pernah mencapai objektif malah semakin menurun tahapnya, berbanding pada zaman semi-pro yang kegemilangannya, sampai sekarang masih belum lagi dapat diulang kembali.
Kita tidak perlu menunding jari kepada pemain import dalam hal ini. Pemain tempatan kita sendiri perlu bersaing dengan pemain import dalam menunjukkan mereka benar-benar berada di kalangan terbaik dan mampu bersaing dengan pemain berkaliber di luar negara yang lebih kompetetif.Masalah lain pula adalah berakar dari FAM sendiri. Pembabitan orang politik dalam bolasepak, sebenarnya tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan pembaziran wang, masa, dan tenaga.
Bagaimana anda ingin menerajui sesuatu oraganisasi sukan sedangkan anda sendiri tidak mempunyai minat yang bersungguh dalam memajukan bolasepak negara. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai melantik seorang doktor untuk membuat kerja seorang tukang rumah. Ianya tidak relevan sama sekali. Sepatutnya, kita perlukan seseorang pentadbir yang mempunyai latar belakang yang baik dengan sukan tersebut serta mempunyai beberapa lagi pegawai tertinggi yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bolasepak.
Panggilah seberapa banyak jurulatih yang bagus sekalipun, ianya belum tentu dapat mengubah apa-apa dalam meningkatkan mutu bolasepak negara kita. Sebetulnya, kita perlukan presiden yang terdiri dari bekas pemain negara, pengurus sukan bolasepak negeri yang terdiri daripada bekas pemain bola sepak yang baik, serta proses pemilihan pemain yang lebih ketat, serta lebih berdisiplin. Perbuatan memanjakan pemain sebenarnya perlulah di hapuskan sama sekali.
Biarlah kita kalah berbelas kosong sekalipun, tetapi pemain tersebut merupakan pemain yang bersungguh-sungguh untuk bermain membawa nama negara. Pada permulaannya, ianya pasti akan menimbulkan sedikit masalah, namun sekiranya pemilihan pemain lebih ketat, tanpa berkompromi dengan disiplin dan etika seorang pemain bolasepak professional, pastinya keadaan bola sepak negara akan menjadi lebih baik dari sebelumnya dan negara kita akan disegani semula sebagai “Harimau Malaya” dalam arena sukan bolasepak.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Blog Aku Memerlukan Otak Genius Untuk Membacanya
June 21, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam, Review
Aku lalu dekat blog Knizam tadi, dan terjumpa satu widget yang amat menarik. The Blog Readibility. Sebenarnya, takde apa yang special sangat pun dengan widget nih, tapi sebab Knizam punya blog perlukan otak setinggi graduate college untuk membacanya, aku pun sesajer je try. Dan inilah hasilnya.

Ha.ha.ha. Gilalah.Aku budget pasal crawler dia xpandai bahasa melayu. Tu yang dia bagi Genius Level tuh. Korang trylah korang punya blog pulak, pastu bagitahu aku. Boleh lalu kat link nih.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Sehari Melawat Projek TeleCentre Di Melaka
June 3, 2008 by uzair
Filed under JJCM, Macam-Macam, Movie Review, Personal, Review, Sesaje, Tips, Video
Hari ni, sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengikut rakan yang sepatutnya menjaga kelancaran SMIDEC, tetapi, aku terpaksa pergi ke sekitar Melaka untuk melihat tinjauan dan perkembangan projek TeleCentre. Lawatan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk melihat tempat yang akan digunakan untuk projek tersebut.
Hari ini, sasarannya adalah 5 buah tempat di sekitar Bachang, Ayer Molek dan Perkampungan Portugis. Ada jugalah beberapa keping gambar yang disnap. Sila klik untuk besarkan gambar..
*Aku bersama Abg Zailani yang membawa kami ke tempat Projek*
*Kol dari seseorang mengajak untuk makan tengahri di Taman Mini*
* Salah satu dari tempat yang di lawati*
*Gambar nih aku saje ambik..Biasala..orang dah pegang kamera nih,tangan gatal ckit*
Hari nih,aku agak mengantuk sikit, jadi mungkin aku akan tidur awal malam nih. So geng, aku nak siapkan keje aku dulu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!











