Haih..aku baru je nak test skill PPC aku ngan Clickbank ni.Selama ni aku hanya tumpu pada CJ dan Market Leverage je.Aku suka market leverage pasal dia punya CPA tu masyuk.Walaupun sikit,tapi kadar CTR aku yang baik telah menjelmakan jumlah yang agak baik.
Aku cuba aplikasikan pengalaman yang aku ada mengikut step-by-step urutan yang telah pun aku tuliskan untuk e-book aku.Baru sahaja beberapa jam,aku telahpun menghasilkan sales yag pertama dengan clickbank ini.
So, aku check balik adwords aku,tengok berapa kos yang aku dah keluarkan untuk generate sales ni.
So, baru je RM 18.74 sen.Tapi,bukan mudah juga ye kawan-kawan.Aku ambik masa 2 hari selidik competitors untuk keyword yang aku gunakan dan juga menggali information dari pesaing-pesaing aku tuh.Hmm..Aku set RM 100 sehari untuk budget iklan aku tuh.
By the way,ini baru je permulaannya.Nanti aku bagitau result seterusnya.
G.ho.st merupakan satu Operating System(OS) seperti Windows XP, Apple Mac OSX dan Linux, kecuali satu perkara. Ianya berada di alam maya.Difahamkan ianya merupakan hasil dari kerjasama Israel-Palestin.Apa yang menarik adalah ia cuba mewujudkan satu perhubungan yang virtual antara anda dan perkakasan komputer anda. Apabila anda sign-up, anda akan diberikan ruang storage sebanyak 5GB berserta dengan akaun email dengan storan 3GB.
Yang menariknya adalah, setiap kali jika anda dapat mengajak rakan anda untuk mencuba menggunakannya, anada akan dihadiahkan ruang storan sebanyak 1GB. Jadi,kalau nak banyak storan, ajaklah kawan banyak-banyak.
Pada asasnya, sistem operasi ini ada banyak function yang anda perlukan untuk penggunaan komputer setiap hari seperti aplikasi Word,Excel,chatting, dan sebagainya. Kalau mana-mana institusi pendidikan yang block sesuatu aplikasi tuh, eloklah jugak anda berubah menggunakan sistem operasi virtual ini.Perlu diingatkan disini bahawa,ia juga perlukan hardware requirement yang agak advance. Cadangannya ialah PC berkelajuan 2 GHZ ke atas, RAM 1GB ke atas serta mempunyai kad grafik sekurang-kurangya 128MB.Ini adalah untuk menghaluskan perjalanan sistem online anda tersebut. Sisitem ini boleh dibuka dengan apa sahaja web browser yang anda guna, tidak kira Google Chrome, Firefox, Safari dan sebagainya.
Jika ingin mencuba, boleh sahaja pergi melalui link ini. G.Ho.st
Aku mengambil peluang tiada kerja yang remeh hari ini dengan membuat satu post tentang “6 Blog oleh Blogger Malaysia” yang aku selalu baca,singgah dan komen. Pertama sekali, ini bukanlah entry yang merepek dan setiap blog yang aku pilih, ada sebab-sebab tertentu untuk aku baca dan meluangkan masa untuk komen. Tanpa membuang masa, aku terukan sahaja entry ini dengan pilhan aku tersebut.
Blog dari saudara Mohd Ismail ini memang menjadi satu sebab untuk aku buka komputer setiap hari.Bukan sebab dia adalah seorang lelaki hot malah jauh dari seksi, tetapi kerana setiap post beliau lahir dari diri sendiri dan setiap post bukanlah post yang merepek apatah lagi merepek. Aku sangat suka dengan gaya bahasa yang digunakan serta jenaka kejam yang selalu terbit dari setiap post tersebut. Apa-apapun, diharap kesibukan masanya sekarang tidak akan membantutkan beliau untuk membuat post yang lebih menarik lagi.
Sebelum tu, aku nak bagitau.Aku bukan suka baca blog dia sebab dia hot babes or apa sahaja yang kamu semua fikirkan, tetapi aku suka baca blog dia pasal dia suka merepek dan merapu-rapu. Dengan ayat bersahaja dan tidak berselindung. Seorang teenagers yang pandai design,melukis dan juga flirting with hot guys? Am i right? Walau apa-pun, setiap post dia memang ada sebab untuk buat aku membacanya.
3) Noktahhitam.com
Noktahhitam, aku memang suka baca rant dia. Enough.Selain itu, kebanyakan postnya memang banyak menceritakan tentang betap rebelnya beliau mengenai isu-isu penting di dalam negara.
Saudara Zool merupakan rakan satu tempat kerja di Jabatan Ketua Menteri Melaka,tetapi berlainan unit.Aku suka baca blog beliau sebab beliau rajin mengupdate blog dia.Kebanyakan cerita-cerita di dalam blog beliau juga amat bermanfaat jika hendak dibandingkan dengan blog aku ini. Harap kau terus menulis Zool.
Blog saudara amanz ini juga menjadi satu tempat yang menarik untuk aku mengetahui informasi-informasi terkini tentang apa yang berlaku di internet, selain daripada membaca blog gigantic dari luar seperti Techcrunch, Valleywag, Silicon Alley Insider dan banyak lagi. Postnya selalu dapat mengikut perkembangan semasa dan ini adalah tempat dan blog yang paling aku suka baca sebab aku memang gila dengan teknologi dan internet serta komputer.
Ha..ni blog yang paling aku suka baca. Memang ada sahaja cerita menarik dari beliau. Apa yang best, adalah sifat sarkastik dia yang samapi buat aku ketawa tidak henti-henti, selain daripada gambar-gambar dia yang diedit memang kelakar habis. Pernah juga dilanda kontroversi tetapi ia tidak menampakkan kesan dan untuk makluman, beliau merupakan blogger paling popular di Malaysia bagi aku, selain daripada Tun Dr. Mahathir sendiri dengan blognya di Chedet.com. Walaupun sarkastik, tetapi dia juga mampu membuat post yang tidak disangka-sangka akan membuatkan anda mengalir air mata.Begitulah hebatnya penulisan beliau. Keraplah mengunjung di blog beliau untuk sarapan berita anda di pagi hari.
Sebelum itu, terimalah video nyanyian aku yang telah pun aku upload ke youtube dan telahpun menerima beberapa ulasan negatif dari pengunjung disana.Aku tidak bertanggungjawab sekiranya kamu hilang deria pendengaran kamu nanti.
Sebenarnya, ada banyak lagi blog yang aku baca tetapi ini adalah pilihan aku untuk blog di Malaysia yang memang aku suka baca dan tertunggu-tunggu post diorang. Apap-apapun, masing-masing ada pilihan dan aku memilih mereka disebabkan oleh karya dan ketegasan mereka melontarkan sesuatu idea dan berita.Selain jenaka-jenaka melampau dan lucah, aku tidak ada benda lain untuk diperkatakan.
AirAsia X, yang telah lama bertapak di Malaysia sebagai pengangkutan udara paling murah dan telah banyak merangkul anugerah atas khidmat dan servisnya yang baik, kini menapak setakuk lagi dengan memperkenalkan “In-Flight Entertainment” untuk kapal terbang Airbus baru mereka yang akan diperkenalkan pada 2 Novermber 2008 untuk penerbangan ke Perth tidak lama lagi.
Seperti yang kita tahu, servis ini biasanya ada hanya pada pernerbangan yang khusus dan eksklusif tetapi langkah AirAsia X untuk menggunakan perkhidmatan ini pada operasi penerbangan murah mereka, sangatlah dialu-alukan.
Dikhabarkan, ia akan mengandungi pelbagai pilihan muzik dan video yang akan diintregasikan. Selain itu, kemudahan untuk memesan makanan dan minuman pada bila-bila masa yang dikehendaki, adalah satu peningkatan yang baik daripada stail konvensional yang perlu menunggu attendan untuk datang mengambil pesanan. Selain itu, ianya juga akan dilengkapi dengan dengan pelbagai games yang menarik untuk membantu anda menghilangkan rasa bosan akibat dari perjalanan yang jauh.
Antara yang menarik lagi adalah perkhidmatan Instant Messenger(IM) yang membolehkan anda bercit-cat dengan penumpang-penumpang yang lain. Ianya berkonsep IM di dalam kapal terbang. Alangkah baik sekiranya kemudahan ini juga dapat diluaskan tidak hanya terhad untuk interaksi di dalam penerbangan sahaja.
Selain itu, anda juga boleh membeli video atau muzik pilihan anda dan terus sahaja memuat turun kedalam storan bergerak yang anda bawa kerana adanya slot Universal Serial Bus(USB) yang disediakan. Secara tidak langsung, bagi penggemar Ipod, ianya suatu yang memberi kelebihan kerana selain dapat mendengar, membeli dan memuat turun, ianya dapat berfungsi untuk mengecas semula alat eletronik anda tersebut.
Kesimpulannya, langkah AirAsia X untuk memperkenalkan perkhidmatan ini pada penerbangan tambang murahnya, merupakan satu lagi langkah yang bijak bagi mereka untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penerbangan tambang murah no. 1 di dunia dan menarik lebih ramai pelanggan dan pelabur akan mereka dapat meluaskan lagi jarak penerbangan mereka pada masa akan datang. Tony, can you give me a free flight after this?
Tiada apa lagi yang menarik buat aku sekarang selain melayari web dengan menggunakan web browser dari google ini yang dinamakan Google Chrome. Sememangnya Google, selain menjadi enjin carian yang paling relevan pada masa ini, mereka juga cuba menembusi satu lagi elemen penting dalam internet dengan Google Chromenya.
Setelah menggunakan Google Chrome ini selama 2 minggu, akhirnya aku mula dapat membiasakan diri setelah bertahun menghambakan diri bersama Firefox. Sungguhpun mereka telahpun ada update Firefox 3.1 mereka sekarang ini, aku merasakan Google Chrome lebih pantas dan ciri-ciri uniknya, membuatkan aku menjadikan ianya web browser kegemaran aku buat masa ini.
Ciri-ciri yang yang ada padanya, adalah dengan menggunakan “address bar” itu sendiri menjadi ruangan “search”, ciri yang tidak terdapat pada web browser lain pada waktu sekarang. Selain itu, pelayaran we secara “incognito” yang disediakan, amatlah bertepatan dengan aku yang menggunakan web sebagai mata pencarian selain mengakses pelbagai portal yang berkenaan dengan duit, jadi keselamatan perlu diutamakan. Namun, Google Chrome bukanlah yang pertama dengan ciri ini, Safari dari Apple telah lama menggunakannya. Namun, itu adalah ciri terbaik yang patut ada pada semua browser kerana dalam keadaan masa sekarang, kita terdedah pada pelbagai ancaman dari hackers,crackers, dan identity theft yang amat merbahaya.
Selain itu, ia juga ada fungsi “Anti-Crash Control” yang berupaya menghalang browser nda menjadi kejang atau “freeze”. Ini satu fungsi yang baik,namun ia juga melibatkan penggunaan memori yang banyak yang boleh melemahkan sistem anda sekiranya anda masih lagi menggunakan PC yang mempunyai memori kurang dari 1GB. Namun,ianya tidak begitu ketara.
Kesimpulan di sini ialah, Google Chrome ini merupakan adaptasi dari pelbagai kelebihan dari web browser lain seperti Firefox, Flock dan Opera dan menggunakan kelebihan dan kekurangan mereka ini sebagai inspirasi untuk melahirkan Google Chrome. Syabas diucapkan kepada tenaga kerja Google Chrome yang telah merealisasikan web brower yang boleh dikatakan yang terbaik bagi tahun ini. Sila ke pautan ini untuk mengetahui Google Chrome dengan lebih lanjut.