Review
Tuesday, October 27th, 2009
by uzair
Lama x update post kat sini. Almaklumlah, agak sibuk sikit untuk proses refund. Walau apa pun, hari ni saya nak kongsi sikit tentang ebook percuma yang dikeluarkan oleh seseorang yang agak rapat dengan saya sebelum ini. Sebelum terhasilnya ebook percuma ini, beliau pernah menceritakan idea tentang ebook ini, dan saya sebagai kawan, sememangnya amat mengaluk-alukan agar ebook ini diberi percuma kepada penggiat adsense di luar sana, khasnya untuk newbie yang baru berkecimpung dalam dunia adsense.
Penduduk Malaysia adalah di antara yang teramai sekali menggunakan adsense sebagai mata pencarian internet mereka, dan tidak hairanlah terdapat banyak topik dan ianya masih hangat berkenaan cara-cara menjana wang dengan adsense. Namun begitu, terdapat banyak aktiviti-aktiviti blackhat melibatkan 3rd party yang banyak membuatkan akaun kena banned tak tentu pasal oleh Team Adsense.
Jadi, kehadiran ebook ini, adalah untuk mempersiapkan anda semua tentang apa yang perlu anda elakkan dan apa yang perlu anda buat agar anda dapat menjana pendapatan dengan adsense tanpa risau tentang kena banned.Sebelum itu, mari saya terangkan apa yang ada dalam ebook ini:
- Mengandungi kisah ekslusif bagaimana penulis bermula dengan Adsense dan bagaimana ianya berakhir derngan kerugian mencecah ribuan ringgit
- Apa yang telah penulis pelajari dari pengalaman PAHIT ini. Ianya mungkin menjadi PENGAJARAN untuk anda juga.
- Mengandungi senarai PANTANG LARANG agar akaun Adsense anda selamat.
- Kata-kata nasihat dari penggiat Adsense yang lebih berpengalaman.
Pengalaman penulis yang dikongsikan dalam ebook beliau merupakan harga yang tidak ternilai. Dan bagi anda di luar sana, sepatutnya anda mengambil peluang untuk memuat turun ebook ini. Jangan buang masa lagi. Ianya PERCUMA!

Konspirasi Adsense
Muat Turun Ebook Di Sini!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Wednesday, March 11th, 2009
by uzair
Baiklah, hari ini, ada satu lagi review yang perlu disetelkan.Perlu diberi perhatian sekali lagi, bahawa review ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu mahupun atas influence disebabkan wang ringgit. Jadi, ianya adalah betul-betul tulus dan ikhlas dan aku tidak akan memihak pada mana-mana sekalipun.
Sebelum itu, apakah yang dikatakan tentang Bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh saudara saudari Catzer ini?
Bengkel Wordpress ini adalah untuk mereka yang mahu mengurangkan perbelanjaan memiliki dan menguruskan laman web serta mengetahui selok-belok untuk meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform Wordpress sebagai laman perniagaan anda.
Mungkin ramai di antara anda semua sudahpun tahu bagaimana untuk mengendalikan blog atau website dan sebagainya, dan diingatkan di sini, bahawa sasaran bengkel ini adalah kepada individu-individu atau pun organisasi-organisasi perniagaan yang mahu memperkenalkan perniagaan anda atau menjelmakan imej anda kepada prospek yang lebih meluas lagi.

Tahukan anda tentang pembinaan imej, merupakan satu faktor penting untuk anda mahupun perniagaan anda agar lebih dikenali dan juga membina satu trust yang amat penting di antara anda dan juga klien. Dengan adanya blog, ataupun laman perniagaan anda sendiri, ianya bakal memberikan impak yang lebih berkesan terhadap prospek perniagaan anda di mata bakal-bakal klien.
Walaupun ada banyak jenis CMS seperti Joomla, Drupal, PHPNuke, dan sebagainya, yang boleh dijadikan platform untuk anda memperkenalkan perniagaan anda, bagi pendapat aku sendiri, Wordpress merupakan satu platform yang lebih mudah dan efektif untuk semua orang, yang menjadikan masa itu merupakan input yang paling penting.
Kelebihan menggunakan Wordpress sebagai platform untuk membina laman web adalah:
1) Mudah diselenggarakan
2) Mempunyai banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menyesuaikan projek, atau perniagaan anda
3) Tidak memerlukan PHD atau master untuk diselenggarakan.
4) Mempunyai banyak ruang untuk di kembangkan dan mempunyai ribuan themes yang boleh digunapakai.
5) Ianya sangat mudah, dan senang untuk diintregasikan dan paling penting, user-friendly.
Ini adalah di antara kelebihan-kelebihan yang ada sekiranya anda merupakan pengguna Wordpress.Dan, lebih menarik lagi, anda semua boleh menjimatkan masa anda. Ada yang berkata, nak buat web ni free jer, dan boleh search kat Google.
Tapi tahukan anda, orang yang bijak adalah orang yang menghargai masa. Sekiranya anda yang tidak tahu apa-apa, saya sarankan anda untuk menghadiri bengkel Wordpress yang dianjurkan oleh Catzer ini untuk menyingkatkan perjalanan pelajaran anda dan seterusnya menggunakan kelebihan masa itu untuk membina imej danĀ brand anda seterusnya menjana pendapatan yang berkali ganda dari sebelumnya.
Saya amat menyarankan kepada sesiapa yang ingin mendalami bagaimana untuk menggunakan Wordpress sebagai platform CMS atau blog anda ataupun bagi membina jenama syarikat, Bengkel Wordpress anjuran Catzer ini adalah yang terbaik. Hanya dengan RM 290, agak murah jika dibandingkan dengan seminar0seminar lain yang hanya lebih kepada teori dan motivasi, bengkel ini lebih kepada hands-on.
Belajar sambil buat. Cara paling mudah dan berkesan untuk anda mempelajarinya. Mari rakan-rakan yang sudah frust dengan Blogstarz, hadiri bengkel ini dan pelajari apa tidak di ajar oleh Bos anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Monday, March 2nd, 2009
by uzair
Tidak berapa lama, Amit Mehta dan rakannya Anik Singal telahpun melancarkan produk versi upgrade mereka iaitu PPC Classroom 2.0. Dan, hanya dalam 24 jam, mereka telahpun mencapai hampir 3000 pesanan untuk DVD percuma mereka. Apa yang perlu dibayar adalah, kos shipping & handling sebanyak $ 9.97 sekiranya anda berada di luar US dan $ 6.97 sekiranya anda berada di US.
Persoalannya di sini, adakah ianya bagus seperti apa yang dikatakan?
Satu perkara yang terus keluar dari minda saya adalah, adakah ianya betul-betul bernilai? Dan hari ini, saya ingin memberitahu kepada anda semua, bahawa sekiranya anda sudah ada pengalaman dengan PPC marketing, ini bukanlah solusi yang sesuai!
Tidak perlu saya perjelaskan lagi di sini, bahawa info dan content di dalamnya, adalah sesuai sekiranya anda newbie dalam PPC. Tidak ada isi penting yang unik, dan juga kebanyakannya adalah sangat asas untuk anda semua. Namun, apa yang membuatkan saya untuk memberikan ulasan terhadap produk ini adalah, bagaimana mereka berdua mengaplikasikan teknik offer seperti model CPA offer dengan mengenakan bayaran $ 97 selepas sebulan anda mendaftar kelas tersebut.
Dan inilah yang perlu anda perhatikan dan fikirkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Sales pages yang hype, dan juga trick CPA offer ynag menarik, yang pasti membuatkan anda bingung memikirkan kemana hilangnya duit anda setiap bulan.
Mungkin ramai yang terpengaruh dengan offer yang sebegini, “wow, free jer..bayar kos shipping..xdehal..” Tetapi, perlu diingatkan, apabila offer itu kelihatan terlalu bagus, pasti ada udang di sebalik mee. Bagi yang biasa dengan CPA offers ini, sudah pasti anda semua tahu teknik marketing ini bukan.
Jadi, konklusinya disini, saya tidak menyarankan anda semua untuk mendaftar produk ini. Pasti ramai yang akan berkata “Woi, ko sape nak dibandingkan dengan Amit tu.Dia buat 5 angka sebulan!” So, what the fuck! Aku memang misterius dan suka dengan keadaan begini.
Tujuan aku, hanyalan untuk memberi maklumat yang aku rasakan berbaloi pada pengunjung blog ini. Tidak ada niat lain disebaliknya. Aku cuma rasa jelak dengan IM-IM yang sekarang ni banyak membuat content yang tiada makna untuk dibeli dan juga menyalahgunakan imej dan branding diorang.Itu sahaja. Tidak kira IM malaysia ataupun antarabangsa.
Post aku tidak ada kompromi. Jika aku rasa ianya bagus dan berbaloi, aku akan sokong, namun sekiranya ianya sampah, aku akan provoke. Diorang tak bayar aku untuk buat ulasan terhadap produk diorang. Akhir kata, Assalammualaikum.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!