Sunday, September 13th, 2009
by uzair
Untuk update coaching, ianya hanya diteruskan dengan menggunakan Yahoo Messenger terlebih dahulu. If ada yang nak teruskan, boleh terus add saya : alphagiga83..bagi sesiapa yang tidak mahu teruskan, saya akan memulangkan refund. Untuk refund, hantar email ke rahsiapro@rahsiaaffiliatepro.com.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Sunday, July 12th, 2009
by uzair
Mungkin ada di antara kalian sudah pun tahu berita tentang pemergian Allahyarham Ahmad Ammar Haziq yang baru sahaja berusia 1 bulan.Pemergiannya benar-benar meragut jiwa aku kini.Tidak dapat untuk aku ungkapkan dengan kata-kata buat masa ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilu jiwa aku sekarang.
Segala duit dan juga kesenangan hidup,tidak ternilai dengan nyawa yang tersayang.Perginya amat-amat mengharukan hidup aku dan wife aku sekarang. Hari-hari aku menangis mengenangkan dia. Dia yang sudah tidak lagi kedengaran tangisannya hari-hari. Boleh aku katakan bahawa hidup aku seakan-akan tidak lagi bermakna sekarang.
Namun, yang hidup perlu meneruskan hidup.Begitu juga aku. Tetapi ia tidaklahsemudah yang disangkakan untuk melihat orang yang tersayang sudah tidak lagi bersama sedangkan aku menunggu lama untuk mendapatkannya. Terima kasih pada rakan-rakan yang mengucapkan takziah kepada aku. Pemergiannya adalah kerana kegagalan fungsi paru-paru.
Sebenarnya berita keadaan kesihatannya telah pun aku ketahui dengan lebih awal dan itulah yang amat merunsingkan aku sehari-hari sehinggalah hari dia pergi akhirnya. Aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan, namun itu, aku perlu ruang untuk mengembalikan semangat dalam diri ini.
Buat Ahmad Ammar Haziq, sekiranya daddy tahu yang ammar akan pergi secepat ini, nescaya daddy akan selalu menemani ammar dari melihat skrin komputer seharian.Pasti daddy akan selalu menimang ammar ketika ammar menangis perlukan belaian.Maafkan daddy Ammar.Semoga roh mu dicucuri rahmat.
Salam sayang dari ayahmu..semoga tulisan ini akan sentiasa mengingatkan ayah dengan kamu…
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Monday, June 15th, 2009
by uzair
Maafkan saya kerana kelewatan mengupdate blog ini dan juga perkara-perkara penting yang lain.Ini adalah kerana disebabkan beberapa perkara terindah dalam hidup yang berlaku dalam keluarga saya yang tidak dapat saya ketepikan buat sementara.
Namun itu, kepada peserta-peserta coaching yang telahpun membuat pembayaran dan sebagainya, ingin saya maklumkan di sini bahawa segalanya berjalan dengan lancar dan menunggu masa untuk dilancarkan sedikit masa sahaja lagi.
Ini kerana saya telahpun membelki sebuah rumah impian di kawasan elit di melaka iaitu di Taman Tasik Utama, dan juga berlaku proses pemindahan talian internet dan sebagainya yang memakan masa. Selain itu, proses untuk mengupgrade server juga sedang dijalankan sebagai persediaan untuk menampung kadar bandwith dan response yang lebih cepat untuk para peserta coaching nanti.
Oleh kerana segala modul berbentuk video, jadi saya tidak dapat mengatakan tidak untuk tidak menggunakan server yang lebih laju. Sekiranya tidak, ia akan membawa masalah lambat loading dan sebagainya yang pastimya akan menimbulkan ketidakpuasan hati para peserta kelak.
Selain itu, saya juga sedang menyiapkan beberapa sistem web online yang akan digunakan untuk coaching ini yang mempunyai sistem tracking, cost evaluation dan sebagainya untuk memudahkan saya untuk track segala aktiviti dan juga prestasi peserta coaching.
Projek ini adalah baby projek saya yang pertama, dan oleh sebab itu, saya memang perfectionist untuk projek coaching ini agar tidak membawa masalah-masalah major pada masa coaching ini akan dijalankan. Segalanya sedang berjalan dengan lancar dan hopefully, semua peserta termasuk saya akan mendapat benefit dan mula menjanakan income selewat-lewatnya dalam bulan 6 ini.
Segala pertanyaan, boleh dilakukan dengan menghantar email ke admin@rahsiaaffiliatepro.com..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!