Aku adalah di antara salah satu ahli jawatankuasa bagi Unit kami di Jabatan Ketua Menteri Melaka. Kami secara sepakat menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengambil bahagian dalam presentation “Kumpulan Meningkat Mutu Kerja” yang dihoskan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka pada tahun 2009.
Aku telah ditugaskan untuk mereka cipta logo kumpulan kami yang diberi nama “UPEN” iaitu:
U-Utmost
P-Prudence
E-Efficient
N-Nation
Tema projek team UPEN pada tahun ini adalah “PENGURUSAN SISTEM FAIL PENSWASTAAN”. Objektif dan juga target pencapaian kami pada tahun ini adalah ingin merebut kejuaraan yang dipegang oleh Unit I.T pada tahun 2007 yang lepas.
Jadi, beberapa perkara penting telah diambil perhatian untuk memastikan agar segala input dapat dijelaskan dengan mudah dan juga memastikan output yang benar-benar berkesan dan mempunyai nilai dan kualiti yang tersendiri. Aku rasa amat berbesar hati untuk dipilih kedalam team ini dan bertekad untuk mengalahkan pesaing kami dan memberikan sesuatu yang benar-benar dapat diaplikasikan dalam badan kerajaan sendiri untuk menjadi lebih efisyen dan proaktif.
Tugas pertama aku adalah mereka bentuk logo kumpulan kami dan ianya bukan satu tanggungjawab yang mudah oleh kerana aku amat memastikan logo tersebut mempunyai nilai dan mesej yang benar-benar melambangkan kumpulan kami.
Proses mereka bentuk logo ini mengambil masa hampir 5 jam secara keseluruhannya. Agak sukar juga untuk aku menterjemahkan mesej yang sepatutnya dalam logo ini, namun begitu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala sempurna.
Logo di atas adalah hasil 5 jam proses yang aku buat. Walaupun ianya nampak macam kebudak-budakkan, tapi tidak mengapalah.Janji mesej yang aku ingin sampaikan dapat difahami. Kamu semua jangan gelakkan aku yer. Apa lagi, berilah komen sikit pasal logo ni.
Your Name: karl
Email: karl@iskandar.me
Website: http://
Message:
hoi babi! Ada juga nak kena budak bongok ni. Aku akan cari lu la. Jgn risau polis
akan ekori kau dari sekarang. I will guarenty lu. Ingat klu lu nak main2 gua lu
memang salah org la
Ini adalah email yang aku terima dari founder Blogstarz.my setalah aku memberikan peringatang kepadanya ke atas content di dalam blog beliau yang tidak memberikan kredit kepada penulis asal, termasuk beberapa content aku sendiri yang diciplak di dalam blog peribadinya.
Kamu semua lihatlah,siapa diri dia sebenarnya.Oleh kerana email ini adalah bersifat ugutan, jadi aku telahpun mengambil langkah yang sebetulnya iaitu dengan membuat laporan polis yang bertarikh 20/4/2009 pada pukul 2.30 petang tadi.
Namun, sebelum itu, aku sebenarnya tidak takut dengan ugutan tersebut.Lebih kepada memberikan pengajaran kepada founder Blogstarz.my ini.Jadi, siapa yang polis kejar, aku pun musykil sekarang. Terlebih dahulu, aku tidak akan menerima permohonan maaf atau apa sahaja deal luar yang bakal diberikan.Ini adalah lebih bersifatkan sebagai api lawan api.
Mungkin juga saudara Karl ini belum mengenali siapa sebenarnya aku, jadi aku berharap sangat agar dia dapat menjejakkan kaki di bumi Jebat ini.Datang bersalam, aku sambut.Datang bertempik aku ajar.Jadi, jangan jadi kurang ajar sebelum ilmu belum penuh di dada.Tiada merah takutkan kuning kerana ia bersatu menjadi warna alam.
Lainkali, betulkan grammar anda.Malulah kalau lulusan universiti luar negara seperti anda mempunyai tatabahasa yang amat lemah untuk ayat yang sebegitu mudah. Mungkin juga saudara Karl fikir aku takut dengan amaran dan ugutan beliau yang hanya tahu datang dari mulut sahaja. Orang yang mempunyai kejantanan, tidak perlu bertikam lidah yang tidak berkesudahan.
Jangan lupa untuk datang ke mari, dan jangan juga lupa untuk persiapkan diri.Selain itu, selepas meneliti laporan polis itu nanti, jangan salahkan aku sekiranya kamu ditahan.Lainkali, bercakap biar berisi.Pantang nenek moyang aku mengalah sebelum ajal.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
Hari ini, aku agak tidak sibuk sama sekali, jadi aku mengambil keputusan untuk mengupload video yang telah aku rakam 2 hari yang lepas. Actually, aku tengah boring gila dan bersama rakan, aku terus shoot video amatur ini dan menyanyikan lagu Mawar Khayalan oleh kumpulan Laila’s Lounge. Lagu ini juga dijadikan lagu tema untuk filem “Kami” selain dari Meet Uncle Hussin dan kumpulan Couple. Aku sediakan lirik sekali kat bawah untuk korang nyanyikan bersama.
Sebelum itu, aku minta maaf sekiranya lagu yang di’sumbang’kan oleh aku ini,bakal merencatkan perjalanan hidup kamu semua selepas ini.
Mawar Khayalan- Laila’s Lounge
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya
Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala
Oh mawar khayalan
* update: Disebabkan kepopularan post ini menarik perhatian para-para googlers dan peminat muzik indie, aku menyenaraikan terus link untuk kamu semua mendownload lagu asal. Kamu semua boleh ambik lagu itu di sini. Mawar Khayalan-Laila’s Lounge.