Movie Review
Sunday, March 1st, 2009
by uzair
Manchester United, membawa pulang Piala Carling tahun ini.Jadi, bertambahlah trofi-trofi untuk Manchester United. Selepas ini, Piala Liga, Piala F.A dan juga Piala Eropah, bakal digenggam.
Maaf kepada kawan-kawan dan rakanku yang menyokong selain MU, anda semua terpaksa mengamuk sekali lagi kerana MU menang Piala Carling. Mungkin ramai yang bertambah benci pada MU, namun aku tidak peduli.
Aku menyokong MU selama 13 tahun, dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan pilihan aku ini sedari kecil. Aku bukan macam orang lain yang suka tukar-tukar team dan pilih sape yang kuat untuk disokong.
Apa-apa pun, masih jauh lagi perjalanan untuk merebut 5 piala sekaligus, namun ianya tidak mustahil sekiranya MU sentiasa konsisten. GO United!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Wednesday, August 6th, 2008
by uzair

Bagi sesiapa yang dah pun menonton filem The Dark Knight bulan lalu, pasti kamu semua teruja dengan filem aksi tersebut, lebih-lebih lagi, watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger, yang memang tidak dinafikan begitu berkesan sekali.
Kritikan yang sihat diberikan pada hasil lakonan mendiang, tetapi kali ini, datangnya dari dua Ahli Parlimen British. Dalam berita harian hari ini, filem ini mula mendapat perhatian akibat perlakuan ganas yang dilakonkan oleh watak Joker, yang dikatakan, akan memberikan pengaruh yang buruk bagi kanak-kanak, khususnya bagi umur di bawah 12 tahun.
Kedua-dua ahli parlimen hairan bagaimana filem tersebut melepasi kawalan tontonan bagi umur 12 tahun ke-atas. Tetapi, bagi aku pulak, ini menandakan bahawa, Health Ledger telah menjadi legenda dengan filem ini, akibat dari watak Joker yang mendiang lakonkan. Memang tidak dinafikan, aku lebih menyukai Joker dari Batman sendiri untuk filem The Dark Knight ini.
Aku tidak mahu sesiapa lagi melakonkan watak Joker.Biarlah ia mati sendiri, bersama dengan Heath Ledger. The Best Joker i’ve ever watched in my whole life. Anyway, why so serious?? HAHAHAHAHAHA!!!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Tuesday, June 3rd, 2008
by uzair
Hari ni, sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengikut rakan yang sepatutnya menjaga kelancaran SMIDEC, tetapi, aku terpaksa pergi ke sekitar Melaka untuk melihat tinjauan dan perkembangan projek TeleCentre. Lawatan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk melihat tempat yang akan digunakan untuk projek tersebut.
Hari ini, sasarannya adalah 5 buah tempat di sekitar Bachang, Ayer Molek dan Perkampungan Portugis. Ada jugalah beberapa keping gambar yang disnap. Sila klik untuk besarkan gambar..

*Aku bersama Abg Zailani yang membawa kami ke tempat Projek*

*Kol dari seseorang mengajak untuk makan tengahri di Taman Mini*

* Salah satu dari tempat yang di lawati*

*Gambar nih aku saje ambik..Biasala..orang dah pegang kamera nih,tangan gatal ckit*
Hari nih,aku agak mengantuk sikit, jadi mungkin aku akan tidur awal malam nih. So geng, aku nak siapkan keje aku dulu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!