Hari ni, sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengikut rakan yang sepatutnya menjaga kelancaran SMIDEC, tetapi, aku terpaksa pergi ke sekitar Melaka untuk melihat tinjauan dan perkembangan projek TeleCentre. Lawatan ini sebenarnya lebih bertujuan untuk melihat tempat yang akan digunakan untuk projek tersebut.
Hari ini, sasarannya adalah 5 buah tempat di sekitar Bachang, Ayer Molek dan Perkampungan Portugis. Ada jugalah beberapa keping gambar yang disnap. Sila klik untuk besarkan gambar..
*Aku bersama Abg Zailani yang membawa kami ke tempat Projek*
*Kol dari seseorang mengajak untuk makan tengahri di Taman Mini*
Video best nih aku terjumpa masa aku twitter.Memang best.Tepat dengan maksud yang sangat mendalam.Peperangan di antara FaceBook dan Myspace.Keletihan di pejabat, lega dengan menonton video ini.Tengoklah sendiri.
Setelah berjaya mendapatkan tempat menggosok baju yang elegan, perut mula terasa lapar.Aku melihat isi duit di poket, masih berkeadaan baik, lantas aku terus memasuki salah satu dari restoran kegemaranku, Laksa Shack di Melaka Mall. Aku merupakan jaguh laksa di kampung halamanku di Kuala Kangsar dan tidak perlu diperjelaskan lagi mengapa dan kenapa aku sering kesini. Yang paling penting,aku dapat menyedut laksa terbabit dan menghirup kuahnya yang amat memeberikan masa depan yang sungguh gemilang pada hari aku yang mendatang.
Sesambil itu, aku juga meng’order’ Ipoh White Coffe dan makanan sampingan bagi memberikan kepuasan maksima iaitu Ayam Percik. Teringat pada mulanya aku sangat loya melihat rupa keadaan Ayam Percik tersebut yang kelihatan seperti muntah kucing. Tetapi selepas aku memberanikan diri merasanya, “Don’t Judge A Book By It’s Cover”
Akhirnya, hari ni aku telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 30.28 yang sepatutnya dapat menanggung aku selama satu minggu barangkali.Tetapi, kepuasan maksima adalah hak milik setiap insan dan aku mengerti perasaan itu.Kalau kau semua ada masa atau “terpijak” di bumi Melaka nanti, jangan lupa singgah di sini.